Monday, August 30, 2010

Kerja Depa La Tu...Siapa Lagi

Selepas berbuka puasa, sebelum ke masjid untuk tarawih, kami hairan tengok Pak Andak mundar mandir sambil pegang bungkusan plastik. Dalam plastik tu ada bungkusan surat khabar pulak. Dia menuju ke pintu. Pak Teh saya bertanya sambil seloroh; "Awak jadi imam tarawih ke malam ni?". Pak Andak saya jawab sambil ketawa; "Tak lah. Ada benda ni".

Tak lama selepas tu, dia letak bungkusan plastik tu atas riba Mas. Dalam hati saya tertanya-tanya apa benda la tu agaknya. Dah la berbungkus rapat. Lepas tu bungkus lagi dengan plastik. Tiba-tiba Pak Tam saya keluar dari bilik selepas solat maghrib dan bertanya pada Pak Andak saya; "Din, awak dapat banyak tak tahun ni?". Uiiihhhh...saya bertambah curious ok. Apa "benda" yang dapat ni? Pak Andak saya jawab; "Tu...dah bagi kat Mas". Yang si Mas pulak buat muka "eh-apsal-letak-benda-alah-ni-atas-riba-aku-mana-aku-nak-letak-muka-ni-malu-wooo".

Baru la kepala saya dapat tangkap. Terus saya cakap; "Weiii...mana boleh ni. Musa Hassan kata kat pasar ramadhan pun tak boleh jual. Salah ni. Apa lagi Kastam Kuantan bagi kat Polis Kuantan. Tolong pergi ambik handphone kakak dalam bilik tu. Nak buat report sikit".

Riuh rendah diorang gelak. Lepas tu Mak Teh saya cakap; "Itu baru sikit, polis yang kat Perlis tu ketua segala mercun. Kalau dia yang balik, tak ada RM500 punya mercun, jangan panggil dia Sarjan Khairuddin".

Itu Pak Lang saya. Seplastik besar sekali bawak balik.

Heeeeeeeeeee.....itulah ketua segala ketua. Patutlah si Mas buat muka macam tu. Rupanya dia dah tau atas riba dia tu ialah barang salah.

Memang betullah. Polis dan kastam yang rampas, diorang jugak yang bagi kat saudara-mara, jiran tetangga main. Habis tu macam mana la tak ada yang putus jari saban tahun.

Kat kawasan rumah saya, hari pertama ramadhan, sebaik saja pakcik yang duduk atas kerusi tu umum esoknya puasa, terus ada bunyi mercun. Terperanjat jugak. Bukan terperanjat sebab bunyi mercun tapi terperanjat pasal laju sungguh depa ni dapat supply mercun.

2 comments:

Lan Bingka said...

minggu pertama hari tu ada budak mana entah main mercun kat halaman surau, imam terkejut sampai terlupa bacaan surah.. nasib baik ada makmum di belakang yg bantu.. apa la budak2 ni..

eL said...

hehehe...tergelak dibuatnya. Imam imam...nasib makmum boleh tolong.