Friday, August 26, 2011

Penipuan Yang Berjaya Ditumpaskan

Iklan jap ye.

Hari tu saya kena naik lrt ke pejabat. Macam biasa lalu kat depan Roti Boy and kedai-kedai lain kat KLCC tu. Dari jauh saya nampak mamat ni tengok papan tanda. Papan tanda tu nak bagitahu kat pengunjung yang nak ke escalator ke kawasan Maybank & Toys R Us tu tutup sampai September 2011. Saya nampak dia pandang saya. Saya buat tak tahu je sebab saya tak kenal. Dah ke depan sikit dekat dengan chocolate island tu dia tegur saya:

Mamat: Errr...macam mana nak pergi kat tempat ikan tu?

Saya: (Haaaa??? Tempat ikan? Keh keh keh...ada jugak orang panggil Aquaria tu tempat ikan. Padahal bukan susah sangat nak nyebutnya.) Err...Aquaria ke?

Mamat: A'ah ye.

Saya: Ikut je orang-orang ni semua. Diorang ni semua nak ke sana lah.

Punya la bagus bagi direction. Macam confident je orang tu semua nak pergi Aquaria. Ye la...jalannya sama. Lepas Aquaria tu, masing-masing ikut la haluan sendiri.

Mamat: Ni nak pergi ke sana jugak ke? Kerja kat mana? Hari-hari lalu sini?

Saya: Ye. (Saya kerja kat bawah tanah.) Ni nak pergi Convention Centre ke? (tanya macam ni nak tengok dia nak jawab apa. Kat Convention Centre tu selalu ada seminar dan yang sewaktu dengannya. Saya nak tanya ada seminar ke tapi saya tunggu dia bagitahu sendiri. Tapi dia tak cakap apa-apa pun. Kalau betul ada seminar, mesti dia dah cakap. Benda lain yang tak payah suruh cakap tu, laju pulak dia cerita. Nampak sangat.)

Mamat: A'ah. Nak jumpa kawan kat sana. Baru pertama kali datang sini. Malunya tak tau mana tempat ikan tu. Saya baru transfer sini. Saya doktor. Dari hospital kat Perak.

Saya: Oh..kat sini kena transfer kat hospital mana?

Mamat: Hospital Pantai Cheras.

Dalam masa beberapa minit tu, semua dia cerita. Daripada dia umur dia, sampailah ke dia jaga anak bongsu sebab dah berpisah dengan isteri dia. Lepas tu bagi hint kat saya yang kalau-perempuan-lain-mesti-dah-suka-gila-la-ada-jugak-doktor-nak-berkenalan. Saya dari awal lagi rasa rimas bila dia nak ikut berjalan dengan saya. Nak je saya kata: "eh, awak boleh jalan dulu tak? saya tak biasa jalan dengan lelaki bukan mahram ni". Sat gi kang dia buat apa-apa kat saya, tak ke naya. Dah le tak kenal. Nak nombor, saya bagi. Saya senang je, nak saya bagi. Kalau saya tak nak layan, saya tak layan. Buat-buat la ambik nombor dia, lepas tu delete la. Kalau dia call, nombor dia dah kena delete, tak ada la dalam handphone saya, maknanya saya tak kenal nombor tu, saya tak angkat lah. Memang perangai saya, kalau nombor saya tak kenal atau tak ada dalam handphone saya, saya tak akan angkat.

Makanya, saya pun tanya la soalan perangkap:

Saya: Dulu belajar kat mana?
Mamat: Kat UM. Lepas tu sambung kat Oxford. You belajar kat mana?
Saya: (saya sekolah pondok je keh keh keh)

Sampai pejabat, makcik terus delete nombor handphone dia. Makcik dah mula curious. Jadi, makcik pun google medic course kat Oxford. Memang ada tapi jarang dengar orang sambung medic kat Oxford kan? Ada ke doktor yang dikenali sebagai orang yang educated karekternya macam kerek je.

Makcik pun search doctor dalam website hospital Pantai. Nama doktor Zaki tak ada. Nama doktor Zakir ada la tapi kat hospital Pantai Kelang, bukan hospital Pantai Ipoh.

Hahaha...dah lama buat kerja ni? Makcik tak desperate ye "doktor". Cara tanya "tempat ikan" pun dah boleh buat makcik suspect.

Terima kasih la "doktor" sebab bagi saya pengalaman ni. Boleh saya cerita kat orang supaya orang lain yang excited tak terkena.

Wednesday, August 24, 2011

TA Mei 2011 - 8

Masuk je dalam bas macam kehabisan nyawa selepas bersesak-sesak tadi. Itu belum haji lagi. Tok abah naik bas dengan di tangannya ada aiskrim dan ice blended mangga. Dia bagi kami satu sorang. Satu je kat bumi suci ni, walaupun nama dia  ice blended tapi tak sejuk pun. Rasa tak puaslah minum kan. Tapi apa pilihan yang kita ada. Kat sana tak bolehlah macam-macam. Terima je dengan redha.

Ustaz Bashar mula mengagihkan air mineral dan sepeket kek. Setiap kali kami berziarah, mesti ada bekal untuk kami. Bagus betul. Dapatlah rasa biskut atau kek yang lain sikit daripada yang ada kat Malaysia ni.

Air mineral dan kek yang dibekalkan pada kami. Alas perut sebelum sampai ke hotel semula untuk makan tengahari.

Kat kawasan Masjid Quba’ ni ada juga orang jual kurma tapi lebih mahal dari di ladang kurma.

Setelah semua jemaah menaiki bas, kami dibawa ke Masjid Qiblatain untuk bersolat sunat. Masjid Qiblatain ni bermaksud masjid 2 kiblat. Dulu kiblat kita ke arah Baitulmaqdis di Masjidil Aqsa. Ketika Rasulullah tengah solat kat masjid ni, turunlah wahyu supaya ubah kiblat ke Masjidil Haram. Rasulullah memberhentikan solatnya dan tukar kiblat ke Masjidil Haram. Ustaz Bashar pesan, jangan pulak kita tengah solat, rakaat pertama kiblat ke Masjidil Aqsa, rakaat kedua kiblat ke Masjidil Haram. Tak boleh ye kawan-kawan.

Kat masjid ni pun ramai orang tapi saya tak dengar cerita pasal kecurian. Saya yakin kat mana mana masjid yang jadi tumpuan jemaah mesti berlaku kecurian. Memang tak boleh elak. Dah ramai-ramai tu, kadang-kadang kita lalai, kita lupa nak jaga beg kita. Sedangkan kat poket pun habis ditorehnya. Kalau tak kena kat kita, kena kat orang lain. Cuma berhati-hatilah. Kalau Allah kata nak kena kat kita, kena jugak walaupun berhati-hati. Jangan jadikan semua tu untuk kita serik ke Tanah Suci. Tanah Suci tu tak bersalah. Yang bersalah adalah kita sendiri. Orang kat sana pakai serba hitam berkelubung. Kita tak boleh tahu sama ada mereka tu orang Islam ke tak. Kita tak tahu sama ada mereka tu lelaki ke perempuan. Pakai dah elok tutup aurat, memang boleh masuk masjid. Muka tak nampak tapi pakai jubah macam perempuan. Saya ada terdengar cerita, ada lelaki yang menyamar pakai jubah perempuan, masuk masjid kawasan muslimah, curi duit muslimah. Tengok...tu semua diluar kawalan kita.

Semua kekurangan yang berlaku pada kita kat sana, tak dapat dibandingkan dengan betapa seronoknya kita berada di sana. Percaya cakap saya. Dulu, bila orang bercerita kat saya tentang tanah suci, boleh dikatakan saya tak ada perasaan pun. Tak boleh nak rasa apa orang tu cerita. Tapi dalam hati memang teringin nak pergi. Bila dah pergi, orang yang pergi tu je yang tahu keterujaannya.

Setelah semua jemaah naik bas, kami dibawa ke ladang kurma. Dikatakan kurma Madinah adalah kurma terbaik. Di antara yang terbaik tu, ada lagi yang terbaik bernama Ajwa. Kurma ni sekilo harganya 80 - 100 riyal. Nak kenal kurma ni, dia kecik je dan pada strukturnya ada urat putih-putih. Ladang kurma ni, selain daripada jual kurma, ada juga jual buah tin, kekacang, coklat, biji habbatusauda, minyak habbatussauda, hati unta kering dan macam-macam ubat lagi lah.

Tangan siapalah agaknya tu. Tengah saya nak snap tiba-tiba tangan dia muncul.

Suasana kedai kurma di dalam ladang kurma

Ini dia kurma Ajwa

Pokok kurma. Macam pokok kelapa sawit kan?

Deretan kurma yang berlainan jenis dan harga. Tak pulak saya tanya kat penjual tu siapa nama kurma-kurma tu.



Kurma-kurma yang telah dibungkus. Ada yang bersalut coklat, ada yang berkacang.

Suasana ladang kurma di belakang kedai kurma.

Inai dan celak pun ada jual kat sini.


Kak zah sibuk beli kekacang. Dia paling akhir naik bas sampai Pak Teh kena turun pergi cari. Dia nak jadi shareholder ladang kurma tu kot :-)

Rambang mata tengok coklat-coklat yang berinti kurma dan kekacang ni. Semua sedap. Kalau nak rasa, boleh tapi mintaklah kebenaran penjualnya ye. Beli boleh campur-campur. Kalau tak silap saya, sekilo 40 riyal.

Bersambung....

Tuesday, August 23, 2011

TA Mei 2011 - 7

Baru masuk hari kedua di Madinah? Padahal dah 7 posting. Ya Allah...apa ke lembab sungguh kamu ni el. Shhh...jangan cakap apa-apa. Taip je terus.

Hari kedua selepas subuh, kami diarahkan untuk berada di lobi hotel jam 6.30 am. 6.30 am kalau waktu saudi cuaca dah cerah. Matahari memancar-mancar. Kami akan dibawa berziarah. Namanya ziarah luar. Ziarah ke masjid Quba’, Masjid Qiblatain dan ladang kurma. Masjid Tujuh kami sempat lalu je dan diberi penerangan mengenainya sebab kalau kami singgah nanti lambat. Yang jadi lambat tu sebab ada satu kejadian di Masjid Quba’. Begitu juga Kilang Percetakan Al-Quran, kami tak pergi sebab kami sampai situ awal sedangkan kilang tu tak bukak lagi.

Nak tahu apa yang berlaku di Masjid Quba’? Saya dah cerita yang kak zah dan tok mama dapat tangkap pencuri duit jemaah tapi pencuri tu terlepas lari kan? Lepas semua dah solat, kami nak keluar dan balik semula ke bas kami. Masa nak balik tu, entah apa yang buat laluan nak keluar tu sangat sesak. Masa nak masuk tadi, laluan tu biasa je. Tak ramai sangat orang. Tak payah gerak sangat kaki kita, orang tolak kita dah boleh jalan sendiri. Punyalah sesak. Kat situ je ada la dalam setengah jam kot. Mungkin masa kami sampai tu, jemaah-jemaah dari agensi-agensi lain belum ramai yang sampai. Bila nak balik tu, ada yang nak masuk laluan yang sama, mungkin itu yang jadi sesak sangat.

Kak Min kata ada jalan lain sebelah sana masjid tapi jauh sikitlah. Masa dia cakap tu, kami baru je boleh bernafas. Baru dapat keluar dari tempat tu. Aduuuuhhhh....punyalah ramai manusia yang nak bersolat kat Masjid Quba’ ni. Lupa pulak nak cakap, kalau anda berziarah ke Masjid Quba’ ni, ambil wuduk siap-siap dari hotel. Kenapa? Sebab Rasulullah pernah bersabda: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. Haaaa...belum buat umrah, dah dapat pahala umrah. Taknak ke?

Suasana di pintu masuk muslimah di Masjid Quba'. Ni selepas kami semua dah singgah bersolat di sini sambil menunggu jemaah lain yang satu bas dengan kami selesai bersolat. Gayanya macam kak zah dan tok mama sedang sibuk bercerita kat Kak Min tentang pencuri duit yang mereka dapat tangkap tu.

Masjid Quba' dari sisi pintu masuk muslimah. Sempat ambil gambar ni je. Nak ambil gambar dari depan, bukan setakat ramai orang, saya juga perlu menjaga tata susila supaya tujuan saya ke sini bukanlah untuk snap gambar semata-mata.

Inilah rupanya laluan keluar masuk yang saya kata sesak tu. Sempat saya snap. Masa ni belum jalan macam penguin lagi. Ke depan sikit baru saya berjalan macam penguin. Tak payah angkat kaki. Orang tolak je, terus dah boleh berjalan.

bersambung....