Tuesday, January 31, 2012

Dia Datang


Siap! Nak buat apa pun tak tau lah. Boleh release tension saya tengok benda-benda ni sampai.

posted from Bloggeroid

Sunday, January 29, 2012

Pedestrian Brigde Convex/Pavilion

Terasa jakun jadi pengguna hari pertama jambatan yang menghubungkan Pavilion dan Kuala Lumpur Convention Centre. Lama juga tunggu bila la nak siap. Nak tengok hasilnya. Memang tak menghampakan terutama sekali kalau hari hujan waktu balik kerja atau balik kerja waktu malam .


Kawasan yang tak ada aircon


Kawasan yang ada aircon sampailah ke Convention Centre.

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 24, 2012

Hadiah Buat Aina

Macam tajuk novel pulak. Boleh buat filem hikssss....


Coin purse. Strawberry theme. Depan.


Belakang.


Handphone case dan keychain. Hearts theme. Depan.


Belakang.


Saya dah janji dengan sepupu saya, Aina nak bagi hadiah harijadinya. Dalam kepala ni terus kata nak buat benda-benda ni sekali dengan keychainnya. Terkial-kial buat. Padan muka saya. Saya masih belajar untuk potong abjad. Saya masih belajar untuk hias dengan cara dan identiti sendiri.


Yang saya dah buat sejak Disember lepas. Banyak yang saya dah bagi kat orang.

posted from Bloggeroid

Saturday, January 21, 2012

Hair Barrette


Puas hati saya dapat buat jahitan backstitch macam yang saya nak. Selama ni jahitan backstitch saya buruk la sesangat terutama bahagian belakang. Terlupa saya nak snap. Nanti saya buat lagi saya snap.


Bahagian belakang. Jahitan backstitchnya tak nampak dah sebab saya dah lapis dengan kain felt lagi.

posted from Bloggeroid

Friday, January 20, 2012

Risau Tak Tentu Arah Yang Tak Berbaloi


Hujung tahun selalunya masa untuk shred segala dokumen sulit yang tersalah cetak atau terlebih cetak di pejabat saya. Si S dapat pembantu baru November lepas, tinggalkan "wasiat" sekotak besar kertas-kertas yang nak dishred pada pembantunya sebelum dia bercuti Krismas.

Saya ada 3 kotak sebesar kotak kertas A4 lima rim tu. S masih juara.


Selalunya proses dilakukan oleh drebar bos di dalam bilik fail. Entah kenapa kali ni si A pembantu si S ni nak shred dekat dengan meja saya. Punya bising la. Berhabuk habis segala barang saya. Nasib baik saya tak ada asma atau resdung.

Itu tak apa lagi. Yang menjadi "apa" sekarang ialah:


"Eh, kenapa surat asal (original) Bank Negara ni ada kat sini? S suruh A shred surat asal ke?"

Ni saya cakap dalam hati.


Saya belek-belek lagi timbunan kertas-kertas yang A nak shred. Bila saya dah pasti memang surat asal, DARAH SAYA SEJAT SAMPAI KE KAKI. Nak panggil si A pun tak keluar suara saya. Bila suara dah keluar, tergagap-gagap pulak.

Dengan cemas saya panggil A.

Saya: Laaaa....A!!! You buat apa ni? S suruh you shred surat ni ke? Ni original ni.


A: S tak cakap apa-apa. Dia suruh shred semua fail tahun 2008 sampai 2010. Tinggalkan tahun 2011 je.

Saya: Tapi takkan dia tak pesan apa-apa pasal surat Bank Negara ni.

A: Oh, kalau surat-surat tu I dah asingkan kat dalam kotak belakang tempat S.

Saya: Tapi yang dah kena shred ni macam surat original.


A dah pucat. Sempat tak mengaku sebab dia bergilir-gilir shred dengan drebar bos, si J. J ni shred je semua surat yang A dah tapis.


Saya mula punggah kertas yang dah kena shred halus-halus tu dan periksa sehelai-sehelai semata-mata nak pastikan yang dah kena shred tu surat-surat asal supaya boleh diberhentikan shred untuk kertas-kertas lain yang menunggu giliran.


Sah! Saya nampak logo asal surat yang dah kena shred tu. Tak terkeluar air mata saya. Saya suruh A cari balik fail-fail yang dah dikosongkan yang sebelumnya surat-surat asal tu bermastautin. Memang sah lagi. Label kat luar fail tu menunjukkan surat-surat dari bulan Jun 2008 hingga September 2008 dan November 2008 dah selamat jadi almarhum. Yang jadi misteri surat bulan Disember, tak tau mana failnya. Saya sempat selamatkan surat-surat bulan Oktober.


Uwaaaaa!!!!.....apa aku nak jawab kat bos kau A oiiiiii.....dah la kau contract staff. Kang bos kau tak confirmkan kau, aku jugak yang kena tidur kat ofis lagi.


Si A dah tak terkeluar air mata dah. Takutnya dia Tuhan je yang tau. Dia takut bos dia marah saya. Saya nak takut apa. Bukan saya yang shred. Saya takut dia tu yang kena marah dan tak confirm. Tak tidur saya memikirkan malam tu.


Esoknya entah macam mana, bos dia, si S masuk. Sepatutnya si S ni masih cuti. Dia masuk ofis kejap je hari tu. Entah selaju mana degup jantung si A. Akhirnya saya dengar dari tempat duduk saya yang A mintak maaf dan bgtau S yang dia tershred original letters.

Nak tau apa S cakap?

"Next time take note".

Tu je????


Tak berbaloi darah aku sejat sampai ke kaki!!!! Bazir je aku tak tidur memikir macam mana kalau satu hari nanti ada orang cari original letters tu.

Bila S turun nak balik tu, dia suruh A turun jugak untuk ambil sesuatu dari S.

Siap bagi coklat ferrero rocher sebagai hadiah Krismas!!!!


Memang S tu sayang gila la kat kau. Dah la tak marah, dapat hadiah lagi. Tak pasal-pasal aku pun dapat ferrero rocher jugak.


Tapi saya pun dah jangka S tak marah sebab saya pernah kerja bawah S sebelum A masuk. Jadi, saya tau S tu macam mana. Masa A tanya saya sama ada S marah atau tak, saya cakap kat A yang S tu bukan jenis yang marah jerit-jerit macam Ifa Raziah dalam Maharaja Lawak Mega tu. Eh tiba-tiba masuk nama dia pulak kat sini. Dia cuma akan cakap sesuatu yang menusuk hati je la. Tapi dalam hati dia tak tau la macam mana.


Sejak kejadian tu, sebelum isi-isi fail nak di shred, kena dapatkan "laluan kawalan" saya dulu. Kalau saya cakap isi kandungan fail tu boleh shred, baru boleh shred. Nasib baiklah surat-surat tu semua dah discan dan difail di dalam shared drive sebelum hardcopynya dimasukkan di dalam fail fizikal. Tapi tak dapat nak pastikan adakah semua surat-surat tu discan. Manalah tahu ada yang terlupa scan ke. Kalau terlupa scan, sekurang-kurangnya ada hardcopy. Masalahnya sekarang, hardcopy pun dah jadi arwah.


Moral cerita - sebagai bos, bagilah arahan yang jelas kepada staf engkau terutama bila staf tu adalah staf baru. Kau tak boleh bandingkan aku dengan A. Kau bagi arahan tak jelas kat aku pun, aku masih tahu macam mana nak selesaikan. Staf baru tu, menggagau la dia kalau kau letak dia dalam arahan yang tak jelas. Kau faham tak ni S?


Baru kau hargai kehadiran aku sekarang kan? Dulu masa aku matrix reporting kat kau, kau tak hargai pun. Sekarang ni, ambik kau. Tapi aku akan latih A tu supaya kalau tak lebih baik dari aku, sekurang-kurangnya sama macam aku. Supaya dia boleh jadi kamus atau manual bergerak macam aku. Tu yang SY cakap la, aku ni walking dictionary department kita tu. Kau kena tau, problem-solver is my middle name ye. Gila berlagak kau el.


Moral yang kedua - tak payahlah bazir masa nak sejat-sejat darah sampai ke kaki atau tak tidur memikirkan kesilapan orang lain. Sungguh tak berbaloi ganda lapan juta(!)

p/s: S dan A adalah sejantina dengan saya dan bukan seagama dengan saya.




posted from Bloggeroid

Tuesday, January 17, 2012

Stationeries Case and Coaster


Ada masa malasnya la nak gunting semua ni


Dah siap untuk digunakan


Hasilnya. Rem suruh saya make over stationeries case dia


Posisi lain


Si Rem suruh saya buat coaster. Syaratnya kalau ada air dari mug dia meleleh atas coaster tu, coaster tu boleh lap atau basuh. Banyak pulak songeh dia. Basuh dia baru tahu.


Yang ni saya punya. Kadang-kadang saya tengok design dia ni sama je. Tak ada idea lain ke? Buat gelak dek orang je nak tunjuk-tunjuk kat sini.

posted from Bloggeroid

Saturday, January 14, 2012

Kena Gam


Tempat dia kat sini. Tengah menyapu, siku terlanggar dia sampai terjatuh ke lantai.


Dia jadi macam ni :-(


Kesian dia. Retak seribu dah. Masuk ni 2 kali dah dia jatuh. Adik saya yang bagi. Dia ke China tahun lepas.

posted from Bloggeroid

Berubah

Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Beliau menjawab,

Jika wanita solehah dan beragama = 1

Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10

Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada...

maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok "0"

Saya terima teks ni daripada seorang kawan. Menarik kan? Bagi saya la. Laju je jari makcik forward kat kawan-kawan. Bukan semua.

Hanya Izzah yang balas; "kakak, hari ni birthday Angah". Mereka berdua ni sepupu saya. Tak ada kena mengena pulak yang dibalas. Tak kisahlah tu.

Esoknya di pejabat, saya chat dengan si Rem guna OCS dalam pukul 4 lebih. Selalunya waktu tu dia dah ke surau untuk solat "sandwich". Pernah saya cerita kat dia pasal solat sandwich. Dia tergelak dan kata "macam saya lah". Tau takpe. Ia bukan bahan ketawa. Ia adalah soalan pertama di akhirat nanti. Tak takut ke?

Jadi, saya tanya dia;

Saya: eh dah dekat waktu asar ni, awak dah solat zohor ke belum?

Rem: dah, hari ni saya solat awal.

Saya: wahhh...bagus ni. Penangan sms semalam ke?

Rem: sharing is caring. Nanti saya nak ikut macam akaklah, solat awal.

Benda ni bukan ikut-ikutan tapi kena ada kesedaran sendiri yang kuat dan istiqomah yang berterusan. Saya tak nak bila kawan dengan saya je berubah. Bila dah tak kawan dengan saya, balik semula ke perangai lama.

Berubahlah kerana Allah Taala.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 12, 2012

Pricey Get-Away

Be cautious of the dangers of advertising your absence from home using social media. A family in the UK updated their Facebook account to say they were going on holiday – and had GBP65,000 of belongings burgled from their home while they were away. Earlier this year, a Co-op Travel study warned that thieves could cross-check online to pinpoint an address within minutes if people announced they were going away.

Source – mirror.co.uk

Hah(!) Bukan main seronok lagi kalau nak pergi bercuti kan? Lebih seronok lagi kalau satu dunia tahu kita nak pergi bercuti melalui Facebook atau apa sajalah. Terasa makcik cerita pasal TA kat blog Siap bagi tahu terperinci lagi. Dari mula buat persiapan, sampailah ke hari nak pergi. Dari dapat tiket harga RM0 sampailah ke post gambar-gambar percutian ke Facebook on real time. Canggih kan? Orang jawa kata efficient betul. Salah satu tujuannya supaya orang kata; “Wahhhh….bestnya dia dapat pergi sana”. Jangan tipu kata tak.

Berbaloi ke gelak-gelak dalam gambar lepas tu nangis-nangis bila balik rumah tengok rumah kosong macam baru nak pindah?

Penangan social network.

Jangan buat lagi macam tu tau(!)






Wednesday, January 11, 2012

I Bukan GPS

Dekat-dekat pukul 5 pm tadi saya take 5. Berhubung dengan Raymond melalui Communicator. Dia berada di satu tingkat atas saya. Saja nak kacau dia suruh dia bagi ang pow tahun ni. Dia suruh datang rumah. Saya tanya rumah dia kat mana. Dia kata Taman Semua kat Cheras. Dia kata senang je cari. Dalam hati saya dah rasa pelik dah. Kata senang cari, tapi saya tak pernah dengar pun nama taman tu.

Saya tanya si Amoi SY sebab dia duduk kat Cheras. Dia ni nerd sikit. Jarang dia buat lawak. Tapi dia mudah ketawa. Dulu dia duduk lama kat Johor. Sah-sah la dia tak tahu sangat pasal KL.

Saya: Cik Sue, you stay kat taman apa?

SY: Kat Taman Sungai Sering. Why? Ada orang nak car pool dengan saya ke?

Saya: No lah. Tahu tak kat mana Taman Semua?

SY: I tak tahulah. I bukan GPS.

Cissss...........

You GPS area Johor. LOL.



Tuesday, January 10, 2012

TA Mei 2011 - 12

Saya kecewa dengan Blogger lately :-( Macam nak declare war dengan saya je :-(


Sambungan....

Selesai umrah pertama kira-kira jam 1 pagi, kami semua balik ke hotel. Balik hotel ni bukan boleh tidur lama-lama pun. Kalau nak tidur lama-lama, baik balik Malaysia.Pukul 2 pagi dah kena bangun balik sebab azan pertama subuh berkumandang jam 2 pagi untuk sesiapa yang nak berqiamullail. Jam 3.30 pagi masuk waktu subuh. Kiranya duduk je la kat masjid tu beribadat. Tak payah balik hotel lagi.

Kat Makkah ni, azan pertama yang saya dengar di Masjidil Haram adalah azan subuh hari Jumaat. Sama macam di Madinah, azan pertama yang saya dengar adalah azan subuh juga. Tak ada perkataan yang sesuai untuk saya gambarkan betapa tenangnya hati bersolat fardhu di Masjidil Haram bersama imamnya. Imam membacakan ayat sajadah di dalam rakaat pertama dan pertama kali di dalam hidup saya melakukan sujud sajadah di Masjidil Haram. Tiada doa qunut di dalam solat subuh di Masjidil Haram. Jangan sesuka hati pulak nak tadah tangan masa rakaat kedua tu ye.

Selesai solat subuh, kami balik ke hotel untuk bersarapan. Saya terus ke bilik hotel. Tak turun sarapan. Saya tak lapar. Saya jugak tak berapa sihat masa tu. Saya duduk sebilik dengan Tok Mama dan Kak Zah. Diorang semua turun ke dewan makan. Saya berehat di bilik. Saya hanya minum air zam zam dan kurma ajwa sebiji yang saya beli di Madinah untuk alas perut supaya sakit saya tak mudarat. Lepas balik dari sarapan, Kak Zah bawa balik ayam goreng untuk saya makan. Dia kata sedap, haruslah bagi saya rasa. Saya ambil tapi saya makan sikit je. Nak jaga hati Kak Zah. Saya betul-betul tak ada selera makan.

Waktu antara lepas subuh dan zohor adalah salah satu waktu yang sesuai untuk ke Masjidil Haram untuk lakukan apa yang patut seperti tawaf sunat. Ada juga yang ambil peluang untuk tawaf kedai. Masa ni je la yang ada untuk membeli barang-barang untuk di bawa balik. Saya tak teruja untuk berbelanja di sana. Saya cakap dengan Kak Zah saya bukan kaki shopping. Saya cepat bosan berjalan lama-lama dari satu kedai ke satu kedai semata-mata nak compare harga dan nak dapat apa yang dihajati. Orang kata itu adalah strategi orang yang suka bershopping. Kena pandai cari yang cantik, berkualiti dan murah. Skil tu yang saya tak ada. Kalau ajak saya pegi masjid, jauh mana pun saya sanggup jalan. Tapi kalau ajak shopping saya surrender awal-awal. Kalau saya nak beli barang, saya lebih suka terus beli je barang yang saya suka tu, dalam bajet saya, lepas tu terus balik. Saya tak kuasa nak cari kedai lain nak compare, lepas tu pergi balik cari kedai sebelum tu sebab kedai tu lebih berpatutan. Memang saya angkat tangan awal-awal kalau buat camtu. Dah la kita kat tempat orang, dibuatnya sesat tak jumpa jalan keluar, baru tau. Shopping complex diorang bukan kecik-kecik. Kalau memang orang yang pandai pasal jalan-jalan ni tak apa. Tau je jalan mana nak masuk keluar. Kalau macam saya ni memang gagal la bab jalan-jalan ni terutama jalan raya. Memang gagal. Kadang-kadang kalau dah naik kereta, antara kiri dan kanan pun saya salah sebut.

Makanya, Tok Mama dan Kak Zah dengan Tok Abah, Faiz, Tok Jae, Kak Long, Abg Ki dan Pak Teh pergi shopping. Tinggallah saya rehat sorang-sorang kat hotel. Dalam hotel saya pasang tv siaran langsung keadaan di sekitar Masjidil Haram. Kalaulah kat Malaysia ada tv macam tu. Tiap-tiap hari rasanya saya pasang siaran langsung tu.

Lepas diorang dah balik shopping, Tok Abah, Faiz dan Tok Jae singgah di bilik kami. Kelam kabut saya cari tudung. Depa ni laaaaaa....ishhhh. Buat apa yang datang sampai ke bilik ni. Rupanya Tok Abah nak bagi saya ubat sebab Tok Mama bagitahu dia yang saya tak sihat. Lepas tu Tok Abah pesan supaya kami bersiap-siap untuk ke masjid untuk bersolat Jumaat pulak. Pertama kali dalam hidup saya bersolat Jumaat. Baru saya dapat rasa macam mana orang lelaki pergi solat jumaat. Masjid sepenuh-penuhnya bila kami sampai. Memang dah tak ada tempat nak solat. Kami terpaksa cari tempat di bahagian masjid paling bawah. Kat bahagian bawah ni lantainya semua simen. Dari tempat duduk saya, saya boleh nampak tangga nak turun ke bawah tu. Kat atas tangga tu pun ada jemaah nak bersolat kat situ. Saya tak boleh bayangkan macam mana dia nak sujud atas tangga tu.

Selesai solat Jumaat, mana yang tak abis tawaf kedai tadi pergi sambung balik. Saya balik ke hotel untuk berehat sementara tunggu waktu asar. Tok Mama dan Kak Zah ajak saya makan tengahari. Macam biasa alasan saya, saya tak lapar.

Waktu asar, maghrib dan isya' rutinnya sama je untuk hari Jumaat tu. Tak payahlah saya cerita detail apa saya buat kat masjid ye :-)

Keesokannya, saya dah semakin sihat untuk memulakan perjalanan umrah kedua. Tapi hidung saya masih berdarah di dalam. Bibir saya masih kering. Terasa macam bibir negro pulak.

Nanti saya sambung cerita ye....tata :-)



Monday, January 9, 2012

Moero Attack

Gambar ni je yang boleh ambik kat Pakcik Google. Gambar lain tak sesuai nak letak.




Hari pertama kerja tahun ni, si SY tiba-tiba bersidai kat cubicle saya. Saya belum pandang muka dia lagi. Bila saya pandang je dia, saya terus cakap; "eh tukar kepala". Rambut tahun baru kawan saya tu. Dah macam anak Jepun.


Tiba-tiba saya teringat cerita Jepun masa zaman budak-budak dulu. Moero Attack nama drama Jepun tu. Kisah sekumpulan perempuan muda bermain bola tampar. Serius saya dah lupa jalan cerita tu. Nama pelakon utamanya pun saya tak ingat. Tapi saya masih ingat rupa dia. Diorang tu semua cantik-cantik. Maklum la org Jepun.


Kalau tak silap saya drama ni disiarkan setiap petang tahun 80an. Saya lupa hari apa, pukul berapa dan tv berapa. Dah lama bebenor, memang saya tak ingat semua tu. Yang saya tahu saya tak pernah miss. Nasib baik siarannya lepas saya balik dari sekolah agama. Kalau tak, mesti tiap-tiap hari saya ponteng sekolah agama. Masa tu drama ni memang sangat best. Semua orang tengok kat kawasan perumahan saya tu. Setiap hari waktu drama ni ke udara, senyap sunyi kawasan rumah saya. Semua dok mengadap tv. Bila iklan je, terdengar masing-masing jerit "moero attack!!!".
Bila drama tu habis je setiap petang, budak-budak kat kawasan perumahan saya tu semua keluar dari rumah menuju ke padang permainan sambil berlari dan masing-masing jerit "sommersault!!!!"....hahahaha.


Sommersault tu teknik untuk menampar bola tu supaya dapat point dan bagi pihak lawan ternganga. Agak saya la sebab saya tak tau cara main bola tampar. Tampar orang saya tau la. Tapi sommersault tu memang salah satu tekniknya. Ada banyak lagi teknik tapi lupa dah namanya. Zaman saya sekolah rendah tuuuuu, sah-sah tak ingat. Rambut si SY yang mengingatkan saya balik sikit-sikit drama tu.


Dulu saluran tv tak banyak. Sekarang dah banyak, tak ada ke saluran tv nak siarkan drama ni balik? Tolong la. Tolong la. Pleeeeaaaseeeee!!!!!!!!


Eh....merayu kat siapa tu?





posted from Bloggeroid

Saturday, January 7, 2012

Dia Lagi....


Coin purse lagi. Lamanya la saya nak siapkan satu. Rasanya dari 10 am sampai 3.30 pm. Part nak menjahit tak susah sangat. Part nak potong kain felt dan part nak letak zip tu, buat saya nak menjerit je. Saya buat 2 lapis. Nak samakan felt depan belakang tu aduh makkkk....


Rupa dia depan dan belakang. Memang perangai saya, selagi saya tak dapat buat dengan cantik ikut expectation saya, selagi tu saya tak puas hati nak buat.

posted from Bloggeroid

Friday, January 6, 2012

Pedestrian Tunnel Aquaria/Convex


Dah siap laluan pejalan kaki ni. Lama juga la nak tunggu dia siap. Sabar je la untuk sesuatu yang terbaik. Dulu bahagian ni kiri kanannya adalah parking lot. Quite stuffy kalau berjalan kat sini. Terpaksa la lalu sebab tak tau jalan alternatif nak ke ofis dari stesen lrt KLCC. Laluan ni juga adalah laluan ke Aquaria & Convex (Kuala Lumpur Convention Centre). Tak ramai pulak yang lalu malam ni. Saya snap lebih kurang jam 8 pm lebih. Selalunya ramai. Bila dah besar laluan ni, sayup mata memandang la pulak. Tapi tak boleh lawan panjangnya laluan sa'ei antara bukit Safa dan Marwah :-)

posted from Bloggeroid

TA Mei 2011 - 11

Kalau daripada hotel saya menginap, ini adalah pandangan dari sebelah kiri Masjidil Haram melalui pintu King Abdul Aziz


Ini adalah pandangan dari sebelah kanan pulak.




Pekerja-pekerja masjid buat kerja sepanjang masa dengan berbelas-belas orang sekali buat dan dihalang dengan tali merah. Kalau diorang nak tunggu masjid kosong untuk bersihkan masjid, sampai bila-bila pun diorang tak boleh bersihkan sebab masjid tak pernah tak ada orang. Terpaksalah guna teknik ni. Yang peliknya, sekelip mata je dah siap.


Setelah semua jemaah menaiki bas, kami memulakan perjalanan ke Makkah. Dalam bas Ustaz Basyar bagi tazkirah diikuti dengan talbiah. Mula-mula je bunyi talbiah kuat. Lama-lama macam-macam bunyi ada. Masing-masing talbiah dalam mimpi. Dalam bas kali ni saya nak sangat tidur sebab saya dah selesai jamak qasar isya'. Dengan niat sampai hotel baru saya perbaharui wuduk untuk memulakan tawaf pertama. Taaaapiiii....macam biasa la saya tak boleh tidur. Lutut saya sakit sebab tempat duduk sempit. Saya dah rasa nak demam dah sebab tak cukup tidur. Nak sesuaikan ikut masa saudi macam ni la.


Ustaz Razak cakap biasanya bila kita sampai je bumi Makkah dan nampak rumah-rumah di sana kita digalakkan berdoa. Ada rasa sayu di hati kita. Tapi ustaz, sepanjang perjalanan kiri kanan gelap, memang tak akan nampak rumah-rumah tu. Ditambah pulak masing-masing katup mata rapat-rapat. Laaaaagi la tak nampak. Macam biasalah makcik yang kememeh ni tiba-tiba meleleh je air mata bila Ustaz Basyar cakap kami dah sampai ke tanah Haram. Maunya tak, saya tak pernah sampai. Saya tak sangka sampai. Pakal la orang ramai dalam bas. Kalau tak, makcik dah cakap sorang-sorang dah betapa bersyukurnya makcik.


Kami sampai di bumi Makkah hari khamis dan check in hotel dekat pukul 10 malam waktu Saudi. Kami hanya dibenarkan check in, ambil wuduk dan bersolat jama' takhir maghrib-isya' bagi yang belum solat. Jam 10 malam tepat kami semua berkumpul depan hotel untuk memulakan umrah pertama. Masa ni saya langsung tak ingat pasal kamera, langsung tak ingat pasal gambar.


Kami dipecahkan di dalam dua kumpulan. Saya ikut kumpulan Ustaz Husin. Rupanya adik Ustaz Razak. Kumpulan yang satu lagi ikut Ustaz Basyar. Diorang suruh kami berjalan in pair. Saya kena jalan dengan kak zah kat belakang. Tok mama kena jalan dengan kak long kat depan. Tak sampai beberapa langkah tok mama patah balik ke sebelah saya. Dia cakap; "mama kena jalan dengan el sebab dah biasa". Pulak. Memang pun sejak kat Madinah lagi, banyak masa saya dengan dia. Sebab saya tengok yang lain tu macam buat tak endah je dengan dia. Makanya berjalanlah saya dengan tok mama. Saya pimpin tangan dia sebab saya takut tertinggal daripada kumpulan. Kesian juga kat tok mama, takut saya jalan laju-laju tarik tangan dia, jenuh dia nak ikut saya. Dah la dia sakit kaki. Pertama kali saya tengok Masjidil Haram dari jauh, hati saya sayu sampai tak terkeluar airmata.


Dengan doa, saya melangkah kali pertama ke dalam Masjidil Haram melalui pintu King Abdul Aziz. Tak terkeluar kata-kata walaupun di dalam hati. Saya rasa macam mimpi. Saya tercari-cari Kaabah. Melalui pintu tu saya belum nampak Kaabah. Kami kena turun tangga pertama dan kedua. Di bahagian ini kami disuruh minum air zam-zam. Tong-tong air zam-zam diletakkan di kiri kanan jalan menuju ke Kaabah. Pertama kali saya merasa air zam-zam di sana, saya tercari-cari Kaabah untuk memandangnya sambil minum. Ustaz cakap, minum air zam-zam sambil berdiri memandang Kaabah dan berdoa. Saya nampak Kaabah dari jauh(!). Kami perlu melangkah tangga sekali lagi untuk sampai ke dataran Kaabah. Kaabah diletakkan 3 kali tangga ke bawah ada simboliknya. Tanda betapa kerdilnya kita di sisi Allah. Kami tak dibenarkan berlengah-lengah sebab kami dalam ihram. Kang ada pulak yang buat larangan ihram. Pertama kali saya melihat Kaabah, tak terkata rasanya dalam hati. Perkataan bercampur-campur dalam hati. Tak tau mana satu nak keluar dulu. Terasa sangat betapa besarnya Allah tu bila pandang Kaabah yang besar tu depan mata saya. Ya Allah, akhirnya sampai jugak aku ke sini. Akhirnya Kau izinkan jugak aku jejak kaki ke tanah sucimu.


Setelah bertawaf sebanyak 7 kali, kami solat sunat tawaf. Disebabkan ramai orang di belakang maqam Ibrahim, kami bersolat di mana saja asalkan dapat solat sebab lepas ni kami kena bersa'ei pulak. Jadi, tak boleh berlengah-lengah sebab masih dalam ihram. Kami di bawa ke bahagian sa'ei selepas semua jemaah solat sunat tawaf. Kalau saya berjalan daripada lrt KLCC ke area Pavilion tiap-tiap hari pun terasa penatnya, tapi laluan sa'ei ni lebih jauh dari tu. Malah kena ulang alik 7 kali pulak tu. Yang peliknya tak rasa penat pun dengan perut saya yang kosong. Kaki saya tak krem pun. Kalau ulang alik pergi balik kerja tu, dalam 5 hari tu mesti ada sehari dua yang kaki ni krem. Suruh saya ulang alik 2 kali pun saya tak nak. Besar sungguh kuasa Allah.


Orang ramai, tapi saya tak rasa rimas macam saya rimas bila ke mana-mana tempat yang ramai orang. Setelah selesai sa'ei, kami bertahalul dan berdoa. Makcik lupa bawak gunting kecik. Jadi, kena la pinjam gunting orang. Kak Min yang gunting rambut saya. Kami spend masa sikit di Bukit Marwah. Kami disuruh merasa memijak batu hitam yang ada di Bukit Marwah tu. Yang ada batu ni adalah laluan sa'ei di tingkat 1. Kalau laluan tingkat 2 dan basement, tak jumpa batu ni. Masa sa'ei tadi kami cuma lalu je kat batu hitam tu. Kat laluan tingkat 1 ni, kedua-dua hujung Safa dan Marwah berbukit. Kalau kat tingkat 2 dan basement, kedua-dua hujungnya tak ada bukit. Masa mula-mula sampai saya tak tahu yang kat Makkah boleh bawak kamera dan handphone masuk masjid. Kat Makkah tak strict sangat macam Madinah. Kami selesai umrah pertama kira-kira jam 1 pagi waktu Saudi.




bersambung......



posted from Bloggeroid

Coins Purse


Orang baru belajar, macam ni la rupa eh. Nampak tak kecacatan dan kesilapannya? Sebab baru belajar, jadi makcik hias main ikut suka je.


Bukan buat dua buah (betul ke penjodoh bilangan ni?), tapi ni gambar depan belakang. Makcik guna warna lain-lain.

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 3, 2012

Si Cantik


Hasil daripada tersalah masuk jalan. Nak makan di Kg Baru. Parking penuh. Tukar haluan ke Keramat. Maghrib dah masuk. Ingat nak solat kat masjid Keramat. Tapi memang dah Allah tentukan kena solat kat sini, maka tersalah masuk jalan. Punya la cantik masjid ni. Besar sungguh. Baru siap agaknya. Masih ada sisa-sisa pembinaan. Dekat dengan KEMENTAH. Untuk abang-abang askar dan polis kot.

posted from Bloggeroid

Monday, January 2, 2012

Alya Punya


Teruk betul kamera ni. Warna pink sampai bertukar warna oren pulak.

posted from Bloggeroid