Thursday, October 28, 2010

Berehat Sebentar Bersama Kit Kat

Saya nak sambung sequel "Remaja" saya tu tapi saya belum ada waktu. Sibuklah sangat nak mengejar kerja supaya bos dapat endorsed and approved sebelum dia pergi haji.

Dan tuan punya blog pulak nak bercuti. Tak pasti bila boleh sambung. Belum ada peace of mind cewaaahhh!!! Macam bagus. Kawan saya Ajak, dia kata saya macam poyo.

Errrr...Ajak, ada aku kisah?

Tengok tu. Poyo tak?

Tuesday, October 26, 2010

Kehidupan Terindah Adalah Ketika Remaja…Betul Ke? 4

sambungan.....

Bermulanya kehidupan di sekolah lama. Jumpa balik kawan-kawan yang bila jumpa saya je, diorang kata “eh, bukan kau dah masuk asrama ke?”, “eh, kau buat apa kat sini lagi? Hari tu dah salam-salam mintak maaf segala”. Kekekeke…macam tak suka je saya kat sekolah tu lagi.

Kat sekolah, saya tak ramai kawan. Yang dalam kelas tu je la kawan saya. Itu pun bukanlah semua. Saya tak ingat ada berapa orang dalam kelas. Selalunya ada la dalam 30 lebih. Selalunya bila awal-awal tahun naik tingkatan, kita tertunggu-tunggu guru mana yang akan mengajar kita untuk satu-satu subjek tu. Bila dapat guru yang tak best, muka masing-masing macam tak dapat nasi setahun.

Memasuki persatuan itu dan ini adalah kerana paksaan. Begitu juga dengan pasukan berunifom. Kalau orang tengok saya, orang boleh tahu persatuan apa dan pasukan berunifom apa yang saya masuk. Persatuan Pelajar Islam dan Puteri Islam. Tipikal. Memegang jawatan dalam Persatuan dengan kerelaan hati sendiri adalah seperti melihat rumput tumbuh kat langit. Amat mustahil. Kalau orang calonkan, saya akan berusaha untuk mengecewakan orang yang mencalonkan saya tu. Tapi kalau dah berusaha pun tak berjaya jugak, saya terpaksa terima dan saya akan buat bersungguh-sungguh. Contohnya, saya akan jadi vokalis yang baik untuk pertandingan nasyid sehingga persatuan saya gagal mendapat apa-apa tempat LOL. Saya akan jadi bendahari persatuan yang mengutip wang tabung daripada ahli persatuan setiap bulan seperti seorang Ahlong LOL. Masa kutip wang tabung, muka tersiput-siput malu hahahaha!!!

Contoh yang lain, menjadi ketua tingkatan sehingga kelas saya mendapat kelas terbersih 2 kali berturut-turut. Alaaaa….2 kali je. Mahu tak menang, lepas je diorang bersihkan kelas waktu rehat, saya akan datang periksa sama ada meja lurus ke tidak, lantai bersih tanpa sebarang pasir, tingkap bersih tanpa sebarang habuk, kad-kad manila yang ditampal di dinding mesti kemas terletak, papan hitam bersih – kat tepi hujung mesti kena tulis cantik-cantik tarikh, nama kelas, countdown tarikh peperiksaan, ada kapur yang mencukupi, atas meja guru ada bunga. Sebenarnya tak ada niat pun nak menang. Saya cuma suka kelas saya bersih dan kemas.

bersambung......


Kehidupan Terindah Adalah Ketika Remaja…Betul Ke? 3

sambungan.....

Disebabkan cara Cik Kamisah mengajar membuatkan saya sangat suka belajar Sejarah dan Geografi. Makanya, (teruk betul bahasa melayu ni) saya rajinlah belajar kedua-dua subjek ni. Banyak soalan tahun-tahun lepas yang saya jawab melalui bermacam-macam buku rujukan. Bertambah saya suka bila saya jawab tu banyak yang betul dari salah. Itu menandakan saya faham sesuatu topik tu. Itu menandakan saya suka dengan subjek tu. Kalau tidak jangan harap saya nak dapat jawapan banyak yang betul sebab saya bukan seorang yang genius. Nak kata pertengahan pun bukan. Saya kategorikan saya pelajar yang lembab. Saya kena belajar kuat-kuat dan faham baru saya boleh dapat. Kalau setakat saya duduk dalam bilik mengadap buku berjam-jam tapi saya tak faham, memang saya tak akan dapat. Nampak je macam belajar, tapi tak dapat apa pun. Pulak tu, saya memang elakkan diri saya daripada belajar sambil baring. Kalau tak, tertidur. Kalau tertidur mesti mak ayah saya kata “nama je duduk dalam bilik, ingat belajar, rupanya tidur, patutlah keputusan teruk”. Haaa…kan dah kena. Kalau saya tak tidur, kalau keputusan teruk pun, diorang tak salahkan saya hahahahaha!!!!!!!!!!! Benda-benda macam ni saya bijaklah.

Masa tu lah saya terfikir, dapat guru yang betul baru kita dapat ilmu yang betul. Masa saya di tingkatan 3 tu, saya dapat banyak juga guru yang betul. Contohnya guru bahasa inggeris dan guru matematik. Lagi subjek apa eh saya belajar masa tingkatan 3. Lupa la. Kalau pendidikan jasmani dan agama tu saya ingatlah. Pendidikan jasmani lah kelas yang paling banyak saya bagi alasan. Selalunya saya sengaja tak bawak baju sebab saya memang tak nak main dan tak suka langsung subjek tu. Kena marah pun kena marahlah. Saya tak macam remaja lain yang ternanti-nanti subjek tu sebab boleh main dan terkejar-kejar sana sini. Saya tak suka semua tu. Saya duduk diam je tepi padang tengok orang main. Pendiam dan tak aktif.

Dengan keputusan peperiksaan tingkatan 3 yang melayakkan saya ke sekolah berasrama, saya pergi ke sekolah tersebut untuk mendaftar dengan hati yang berbelah bagi. Nak ke tak nak? Saya pergi atas alasan saya nak tengok dulu sekolah tu. Bila abah tanya, “kalau bla bla bla bla nak tak?”. Terus saya jawab "tak nak". Abah terus memandu balik rumah. Mulai hari itu bermulalah kehidupan saya di sekolah lama di aliran sains. Masa tu memang boleh tukar aliran. Ramai juga kawan-kawan saya yang tukar bila orang cuit sikit kata aliran sains susah. Saya fikir banyak kali juga nak tukar. Bila dah sampai tarikh akhir saya masih tak buat keputusan, saya terpaksa la masuk aliran sains tu jugak. Nampak sangat memang aliran tu jugaklah yang saya akan belajar. Tak perlu saya nak buat keputusan nak pilih-pilih dah. Saya jenis yang “alah…biar je lah”, “nantilah”. Suka bertangguh(!) Sebenarnya memang itulah keputusannya pun. Saja nak bagi otak tu berfungsi sikit memikir.

bersambung.....


Monday, October 25, 2010

Kehidupan Terindah Adalah Ketika Remaja...Betul Ke? 2

sambungan……

Boleh dikatakan tiap-tiap hari macam tu. Tak bosan ke? Entah. Saya tak pernah tahu apa rasa bosan. Memang itu rutin seharian. Saya selalu cakap kat diri sendiri saya ni seorang yang sangat membosankan. Hidup saya sangat rutin dan kurang warna. Hanya hitam dan putih macam blog ni kot LOL ebony and ivory. Sehingga sekarang orang melihat saya amat membosankan. Tapi bagi diri saya, biasa je. Kita yang jalani hidup ni, kita je yang tahu bosan ke tidak. Saya tak kisah pun orang nak kata hidup saya membosankan atau tidak. Bagi saya kalau saya tak keluar melepak bersama kawan-kawan bukan sesuatu yang kurang dalam hidup.

Pernah juga abah cakap, “awak ni kalau awak keluar abah risau, tapi kalau awak duduk dalam bilik ni tak keluar-keluar pun abah risau jugak”.

Pernah juga jiran-jiran tak tahu yang mak saya ada anak yang satu ni. Jiran-jiran ingat anak sulung mak saya ialah adik perempuan saya, adik kedua saya. Habis tu, tak keluar rumah. Macam mana la jiran tak kenal. Pernah sekali jiran Makcik Maznah tegur saya ketika saya sedang menunggu bas untuk pergi kerja. Dia tanya saya, “Ni anak Kak Hawa kan? ****** dah besar”. Makcik, mujur saya nak pergi kerja. Kalau tak, saya dah belanja Makcik roti canai dah. Bukan nak cerita yang tu. Nak cerita betapa lamanya Makcik Maznah tu tak nampak saya. Sampai saya dah besar(!)

Saya jadi kronik memerap kat rumah ketika saya di tingkatan 3. Masa tu kan tahun peperiksaan. Memang sakan memerap. Puncanya mungkin sebab cikgu Kamisah yang garang tu. Dia ajar subjek Sejarah dan Geografi. Disebabkan dia saya dapat A untuk 2 subjek tu dalam peperiksaan besar saya. Padahalnya sebelum tu saya paling tak suka Sejarah. Saya mula suka Geografi bila dia yang ajar terutama sekali bila dia suruh lukis peta tanpa menekap peta kat buku. Bila berjaya lukis, kena warna dan letak macam-macam tanda dan gambar untuk senang ingat kawasan mana yang tanam banyak padi, tanam banyak tebu, taburan hujan terbanyak, kawasan tadahan hujan, tanah tinggi, tanah rendah. Seronok betul belajar Geografi dengan dia. Dia bagi saya semangat dalam diam. Dia tak pernah sekali lebihkan masa dan tumpuan pada saya. Dia bagi masa sama rata kepada semua anak murid dia. Entah apa la khabarnya cikgu nan seorang itu.

Panjang lagi nampaknya. Mahu berulang-ulang cerita saya ni kang. Kalau berulang tu maaflah ye.

bersambung……


Thursday, October 21, 2010

Kehidupan Terindah Adalah Ketika Remaja...Betul Ke?

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja

Pernah dengar lirik lagu ni? Entah apa la tajuknya. Yang saya tahu Ogy Ahmad Daud yang nyanyi. Lupa pulak runut bunyi filem apa. Kejap, saya tanya Pakcik Google.

Pakcik Google kata tajuk dia Wajah Rahsia Hati. Runut bunyi filem Ali Se*an.

Betul ke usia remaja tu kehidupan terindah? Mungkin untuk orang lain. Tapi bukan saya. Saya tak ingat apa yang indah ketika saya berada di usia itu. Mungkin sebab saya bukan seorang extrovert. Ketika usia itu kehidupan saya hanya di sekolah dan rumah. Waktu petang ketika adik-adik keluar bermain, saya masih di rumah. Duduk dalam bilik. Entah apa yang saya buat. Ulangkaji agaknya. Duduk kat meja belajar, buka buku. Selepas sejam saya masih di muka surat yang sama. Patutlah teruk keputusan SPM saya.

Kalau saya keluar rumah ke padang permainan depan rumah pun, saya bukan main sama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Saya menggesel je kat dinding rumah orang yang berdekatan dengan padang tu. Nak join segan kalau orang tak ajak. Tapi kalau saya main, saya suka join diorang main rounders, konda-kondi atau batu seremban. Tiga mainan ni saya memang terror. Puji diri sendiri.

Lagi satu, kalau saya keluar rumah pun dengan baju kurung dan kain batik, saya naik basikal BMX adik saya, saya pusing satu kawasan perumahan. Itu pun bukan pusingan penuh. Segan kalau lalu depan makcik-makcik yang tengah bersidai kat pagar buat ketupat petang-petang. Segan kalau lalu depan budak-budak lelaki yang duduk melepak.

bersambung.......


Wednesday, October 20, 2010

Dulu Tak Mampu...Sekarang Pandang Sebelah Mata Je...Lupa Daratan

Saya tak tahulah kat syarikat lain tapi kat syarikat saya ni bukan main banyak majalah yang kami terima dalam sebulan. Boleh dikatakan rak majalah kat reception area tu penuh dengan majalah yang dialamatkan ke pejabat bos saya. Bukan majalah Mangga, URTV atau Hai. Tapi majalah Foreign Affairs, Time, Economist, Malaysian Business, Forbes, Malaysia Tattler, Cards Now, Passion, The Banker dan banyak lagilah sampai saya pun tak ingat semuanya. Kalau tengok harganya kat kedai berbelas-belas ringgit sebuah.

Dulu, masa zaman saya belajar, saya memang perlukan sangat-sangat majalah-majalah yang macam ni. Buat menambah point dalam menjawab soalan peperiksaan. Kalau nak beli memang bercinta. Mahal(!).

Sekarang ni berlambak majalah-majalah tu kat depan mata. Selalunya saya letak kat meja receptionist. Tak ada pulak saya nak baca beriya-iya macam dulu-dulu. Kadang-kadang saya kena belek sikit-sikit kalau-kalau ada artikel pasal syarikat saya. Bukan setakat artikel, saya jugak kena tengok gambar-gambar dalam majalah-majalah tu kalau-kalau ada staf-staf syarikat saya yang keluar majalah dan bercakap tentang sesuatu topik dalam majalah tu. Saya kena letak tag kat mukasurat tu dan bagi bos baca. Takut nanti kalau orang lain tanya dia ada tak dia baca artikel pasal si polan si polan ni yang tulis, kang malu pulak bos saya nak jawab "tak".

Eh...tu bukan kerja Corporate Affairs ke? Hmmmm....penat kan buat kerja orang?

Tuesday, October 19, 2010

Sembang Sikit 2

1
Memang betul la orang kata, pujian boleh menjadikan hari seseorang itu ceria. Hati suka. Rasa nak senyum sentiasa. Boleh terpancar melalui air muka. Tak ada orang tahu. Biarlah rahsia. Tapi puji-pujian bukankah hanya milik Pencipta? Kenapa mesti orang yang kena puji tu pulak yang kembang berbunga-bunga? 

2
KA: eL, kak Aisyah cerita...patutlah selama ni dia sms you tak pernah dapat reply. Tadi baru dia perasan dia sms you kat nombor ofis.
eL: Hehehehe...patutlah dalam voice message box saya ada je lampu warna merah tiap-tiap hari hahaha!!!

** Masa saya ambil cuti bulan 7 hari tu, bila saya masuk kerja balik saya tak sempat nak retrieve voice message saya kat telefon. Sangka saya kapasiti mesej yang boleh masuk dalam tu maksimum pun 30 mesej. Bila dah penuh, mesej lain tak boleh masuk lagi. Jadi, bila-bila pun saya boleh retrieve. Jadi, bulan lepas selepas dua bulan baru saya retrieve ke semua mesej tu. Tahu ada berapa? Seratus lapan belas mesej. 118 ye. Penat jugaklah telinga saya ni. Tak pasti berapa jam saya tadah telinga. Saya retrieve tu lepas waktu kerja pulak tu. Kira dalam pukul 8 malam jugaklah saya balik rumah. Tapi dalam banyak-banyak mesej tu, tak ada pulak mesej kak Aishah hehehe. Sms mana boleh masuk dalam voice message box tu.

Molotov Cocktail 2

Entah apalah khabarnya hati. Sakit memang sakit. Tapi terpaksa pujuk hati supaya sabar dan suka buat semua ni. Kadang-kadang hati jadi semakin merah menyala bila tahu orang yang suruh kita buat kerja tu sebenarnya sedang buat kerja personal dia. Macam makan gaji buta. Padahal masa yang dia guna untuk buat kerja personal tu boleh buat kerja dia yang dia bagi kat kita tu. Tu kerja dia. Dia seronok je buat kerja personal dan layan panggilan telefon berkenaan kerja personal dia tu. Tapi apalah daya orang yang sabar ni. Berdoa dalam hati je lah.

Kita tak mahu jadi macam dia makan gaji buta. Tapi buat kerja dalam keadaan hati sakit, tak ikhlas jadinya. Kalau tak ikhlas, gaji kita pun buta juga ke?

Nanti kita sambung cerita lain pulak ye. Bukan. Bukan C4.

Tuesday, October 12, 2010

Kawan Baik Saya Yang Bernama Kumari

Saya terima teks ni dari kawan baik saya.

"Bla bla bla....Kau tau, hari ni kan aku banyak kerja. Dah pening lalat ni. Tadi masa nak keluar ofis, kena touch staff card dulu. Lepas tu akan berbunyi la "tet" tapi aku touch nak dekat 10x tapi tak berbunyi jugak. Apa hal ni kad aku rosak ke? Kebetulan si Norsiah pun nak balik. Aku bagitau dia la dia kad aku rosak. Dia suruh la aku touch sekali lagi. Bunyi pulak. "Ha*au kau Ina...kau touch kat suis lampu memang la tak bunyi." 

McNa. McNa.

Walaupun dia memang selalu sangat macam tu, saya tetap anggap dia kawan baik saya.

Hmmm...apa nak buat. Terimalah seadanya.

Sebab dia selalu jaga air muka dan maruah saya.

Fantasy Football

Kalau dah sibuk sangat, sampai tak terkata. Kalau dah 'percuma' (free) sangat, merapu tulis sampai tak cukup muka surat. Ok, bukan nak cerita pasal sibuk.

Saya dipaksa untuk terlibat dalam satu permainan bola fantasi dengan rakan-rakan yang sama jabatan dengan saya di seluruh dunia. Namanya ** Liverpool FC Fantasy Football. Kami kena pilih sendiri formasinya, siapa pemainnya tak kira dari Club mana tetapi mesti dalam budget 55 million pound sterling untuk melahirkan sebuah Club baru. Kami harus bagi nama kepada Club kami sendiri. Kira kami ni semua pengurus Club kami la. Ia dikawalselia oleh rakan yang berpengkalan di hujung dunia sana. Entah macam mana la dia mengira semua markah dan mata. Ada la dalam 31 orang pengurus pasukan Club yang baru ni.

Saya mana la reti benda-benda macam ni. Setiap minggu, rakan yang kawalselia permainan ni akan bagi update melalui email. Minggu pertama, saya bukanlah di tempat tercorot.

Masuk minggu kedua, saya paling corot. Sampai ada orang kata, "orang Malaysia mana boleh duduk bawah sekali. kena tunjukkan sikit kat diorang". Itu sebab dia duduk di tangga atas-atas. Cuba kalau dia duduk di tangga bawah-bawah. Saya buat tak endah je dengan benda ni sebab saya tak minat. Saya buat pun sebab kena paksa dengan orang yang perli saya tu. Saya diamkan lagi. Malas saya nak ambil tahu. Banyak lagi kerja lain yang perlu saya buat daripada buat benda yang saya tak minat.

Masuk minggu ketiga dan seterusnya asyik corot je, naik geram pulak saya. Mata orang lain dah nak 100, saya masih lagi dalam 20 ++. Sakit juga mata kan.

Entah minggu yang keberapa saya masih berada di tempat tercorot. Tak boleh jadi ni. Saya forward email yang saya dapat tu kepada McNa sebab dia cakap suami dia pandai pasal bola ni. Saya mintak tolong dia supaya pilihkan pemain yang hebat-hebat la kononnya supaya saya boleh transfer pemain dan markah saya naik.Bila dia dah dapat email saya, dia bukan setakat forward email tu pada suami dia tetapi pada budak IT kat pejabat dia sekali. Jadi, kat bawah ni adalah senarai pemain yang budak IT dia bagi tetapi McNa tulis dalam ayat dia sendiri:

ni player-player yg budak It bagi...nnt aku bg lak name yg wan pilih...patut le kalah..player yg ko pilih..byk yg x kenal....hampeh..!!!!nape dr dulu tak shre ngan aku..klu tak dah lame ko menang...!!!!!!!!

Aku tak reti eje....tau pronounce je, kena cari le....


lucas fibinsci - arsenal (goal keeper)
carlos tevez
craig belemy
amanual adibayor
hernandez
nani
berbatov
torrez
kuyt
karege
jack fabegas

Sakit jugaklah perut saya gelak bila saya baca nama pemain-pemain yang McNa tulis dalam ayat dia sendiri. Sampaikan saya nak berjalan ke lobi ofis pun saya asyik nak tersenyum je. Nasib baik tak ada siapa yang nampak. Kalau tidak, mesti orang kata saya tak betul.

Gloss: Memang la nama pemain yang saya pilih ada yang tak kenal sebab syarat-syarat dia dah memang macam tu. Nak pilih pemain kena ambil kisah pasal bajet jugak. Berbatov je dah berapa million. Ishhhhhhh....

Gloss II: Kalau kau tak kenal nama pemain yang aku pilih, aku lagi la tak kenal hahahaha!! Macam la kita pandai sangat pun.

Friday, October 8, 2010

Molotov Cocktail

Mesti semua orang pernah alami salah satu.

Kita masuk lif dari tingkat 16. Lepas tu lif berhenti kat tingkat 13. Masuklah seorang mamat atau minah ni. Tekan butang tingkat 12. Masa tu kita nak cepat sangat sebab nak pergi tukar duit RM50 ke RM10 kat 7-Eleven kat bawah untuk Director kita yang tengah tunggu kita kat atas lepas habis mesyuarat Lembaga Pengarah, untuk bayar duit parking dia bila dia nak balik.

Apa agaknya perasaan kita?

Satu.
Bengang kat mamat dan minah tu. Nak turun satu tingkat je. Can't you just take the stairs????? Kata staf kat situ obses dengan gim dan jaga badan. Kalau naik tu tak apa lagi walaupun bengang juga sikit-sikit.

Dua
Bengang dengan Director tu sebab setiap kali dia datang mesyuarat Lembaga Pengarah, mesti suruh tukar duit. Kenapalah tak tukar siap-siap. Suka sangat menyusahkan orang. Ke memang datuk-datuk ni tak pernah ada duit kecik sekecik RM10? Diorang ada duit besar je memangjang ye.

Tarik nafassssssssss.........

Thursday, October 7, 2010

Petua

Kak Aishah cakap kalau nak bagi kuali baru tak melekat bila kita goreng ikan, kita goreng kelapa parut dalam kuali tu, macam buat kerisik. Basuh kuali tu bersih-bersih. Lepas tu baru goreng ikan. Melekat jugak ikan tu. Buruk dah rupa ikan tu. Macam hancur. Kesian dia :-(

Tak menjadi pun :-(

Wednesday, October 6, 2010

Points

Kenapa baru sebulan dua ni je AmBank Islamic bagi saya point untuk kad Al-Taslif? Padahal saya dah bertahun-tahun saya guna kad tu. Ada la dalam 6 tahun. Saya ingatkan point tu dapat kalau guna kat selected merchandiser je. Tapi sebulan dua ni saya leret kat Jusco je boleh dapat point. Heeee...bazir je point-point dah bertahun-tahun tu.

Cuba bayangkan kalau purata saya guna RM100 sebulan. Kalau 12 bulan dah 1200 points. 6 tahun? Banyak tuuuuu....

Tiba-tiba pulak saya concern pasal points ni kenapa?

Hiksss...

Gloss: Point dalam bahasa melayu apa eh? Mata ganjaran eh?

Tuesday, October 5, 2010

Sembang Sikit

Nak kata cerpen (cerita pendek) pun bukan, nak kata cerita cerkon (cerita kontot) pun bukan. Yang pasti cerita mengarutlah yang saya pernah buat di sini.

Bukan senang eh? Kat dalam draft saya tu entah berapa banyak yang hanya tinggal draft. Patutlah novelis yang bekerja sepenuh masa hanya boleh menyiapkan senaskhah setahun. Yang memang menulis sepenuh masa, bolehlah keluarkan 4 atau 6 naskhah setahun. Eh betul ke?

Nak sambung yang draft tu bukan mainlah payah. Nak kena baca balik dari atas sampai bawah. Nak kena fikir kesinambungannya macam mana. Nak kena fikir jalan ceritanya macam mana supaya tak klise atau tak sama dengan cerita orang lain. Macam saya cakap dulu la kena kreatif dan imaginatif. Saya respeklah kat novelis-novelis yang ada kat Malaysia ni khususnya dan kat dunia ni amnya.

Dengan balik kerja dah penat. Lepas isya' dan buat apa yang patut, sama ada terus tidur atau tengok rancangan tv yang biasa tengok atau baca apa-apa sajalah atau buat word search. Sudoku dah ke mana dah. Penat betul minda. Sekarang tengah ada minat baru. Belum boleh cerita. Malu hiksss....Harapnya minat baru tu taklah baru-baru je.

Hari tu saya terbaca artikel Harvard Business Review tentang Manage Your Energy, Not Your Time. Saya sedang cuba. Macam tak cukup-cukup masa. Nanti kalau dibagi 30 jam sehari pun tak cukup jugak.

Apa yang penting bagi saya, bersyukur ketika masih bernafas dan jangan lupa bernafas(!)

Anak Kedua Bongsu

Kalau kita ada anak ramai - lebih dari 10 orang misalnya - kalau ada orang datang ziarah rumah kita, lepas tu orang tanya-tanya mana anak kita, lepas tu kita pun perkenalkanlah seorang demi seorang dan sampai giliran kita ditanya anak ke berapa - kita pulak anak yang ke-15 dari 16 beradik contohnya - jangan cakap anak ke-15. 

Cakaplah anak kedua bongsu.

Supaya mak kita tu tak lah nampak banyak kali sangat beranak.

LOL.

Idea hari raya kedua Wan saudara saya.

Monday, October 4, 2010

Susahkan Yang Senang

Tahu tak tudung yang zaman sekarang tu? Yang ada awning tu? Tahu tak? Ke tak tahu? Hehehe.

Tak kisahlah kan. Haaa...tudung tu. Yang tu lah. Setakat ni saya tak berminat untuk pakai tudung macam tu. Sebabnya hanya satu. Pendek dan kecik. Eh, kata satu sebab. Dah jadi dua pulak ni. Ok, tak kisah lagi.

Tudung tu kan sepatutnya menyenangkan bila kita pakai. Main sarung je. Tak payah kisah nak kelepet sana, nak kelepet sini. Nak betulkan awning dia bagi elok sepanjang hari. Tak herot sana, herot sini. Tapi kan saya tengok orang yang pakai tudung tu sekarang bukan main susah lagi nak pakai tudung tu. Sebab apa tau. Kena bukak brooch kat bahu kanan. Kena bukak brooch kat bahu kiri. 

Tak ke susah tu. 

Err...bukan saya yang susah pun. Yang saya membebel tu kenapa? Hehehehe.

Gloss: Kadang-kadang penat mata tengok pemandangan tudung awning kat surau. Sepatutnya solat boleh jadi cepat, main sauk je tudung tu, jadi macam lambat pulak sebab kena brooch sana, brooch sini macam tudung biasa. Tudung biasa yang saya pakai ni pun tak payah la nak berbrooch-brooch bagai lintang sana sini. Jawapannya senang. Saya tahu, nak cantik kan. Cantik manalah boleh berpisah dengan perempuan. Kalau tidak, rugilah brooch yang banyak-banyak dah beli tu.

Gloss II: Membebel. Membebel.

Gloss III: Mesti diorang jawab; "ada aku kisah?" LOL.

Menulis Dengan Cahaya 2






Ada Lagi Ke Raya?

Boleh ke cerita pasal raya lagi? Ahaksss..

Dah lama saya simpan gambar-gambar ni dalam draft. Saya rasa entry saya ni pun tunggang terbalik. Yang mana dulu, yang mana kemudian saya main tulis je ni. Maafkan kami.

Tak penting sangat gambar-gambar ni. Saya cuma nak bagitahu, hari raya bukan setakat hari kesyukuran, hari bermaafan, hari kegembiraan dan hari makan-makan. Tetapi ia juga adalah hari untuk membotakkan pokok petai atuk saudara.

Diorang ni raya pun macam tak beraya. Entah mana baju raya diorang pun saya tak tahu. Gigih adik-adik saya mengait buah petai pagi raya kedua. Haaa..abang, yang sebelah sini bang. Lagi sikit bang. Haaa...dah kena dah. Tarikkkkk!!!!!! Hahahaha!!!

Sangatlah tinggi. Galah kena panjang. Bila dah panjang, berat pulak. Adik saya yang bodybuilder tu pun sampai berkerut dahi nak pegang galah tu.

Hasilnya. Taklah banyak mana pun sebab tak larat nak angkat galah. Berat. Padahal kat atas pokok tu banyak lagi boleh kait. Kang kait semua kang tuan rumah tak merasa la pulak kan.

Raya kedua rumah atuk saudara di kampung apa entah namanya. Tiap tahun pergi tapi tak tahu nama kampungnya. Aktiviti makannya memang takkan sempat ambik sebab yang tukang ambik gambar khusyuk makan. Tukang ambik gambar sedar diri bila lepas makan je. Tu pasal la gambar ni hanya gambar aksi angkat pinggan ke dapur je hahahaha!!! Haaa...angkat angkat...apa lagi bersembang tu.

Friday, October 1, 2010

My First Year

Dengan izin.

Today marked my first year working here. First year? Oh, so infant hahaha. Yet, I feel so old with the pain all over the body and mind :-)

Today, the boss has signed few certificates for those who has worked for 5, 10, 15, 20 and 35 years with the Company. I search my name on the 35-year certificates and of course my name was not there LOL. Not even on 5-year(!)

I am not sure how many years more I could endure. I am not that ambitious.