Sunday, September 23, 2012

Layan Je....

Tiba-tiba minggu ni Alya nak datang tidur kat rumah saya. Selalunya dia datang pagi, balik petang. Tapi kali ni dia tidur 2 malam. Selalunya dia jarang suka ke rumah saya. Katanya rumah saya tak ada getah paip lol.

Tiap kali dia datang, satu je saya bimbang. Saya takut dia bosan. Rumah saya tak macam rumah dia yang lengkap biliknya dengan pendingin hawa, komputer riba, tablet & iphone. Duduk je la dia dalam bilik layan salah satu kalau dia bosan. Tapi saya pasti dia tetap rasa sunyi sebab dia tak ada adik beradik lain. Tagline dia "forever alone". Kat rumah saya, paling kuat pun dia layan tv. Dia ni duplicate perangai saya yang hanya suka duduk kat rumah walaupun sunyi dan bosan.

Kali ni dia datang kurang sikit dia tengok tv tapi dia rajin buat kraf felt. Mula-mula dia buat penanda buku yang dia dapat inspirasi dari penanda buku yang saya buat. Katanya nak hadiahkan untuk harijadi kawan. Lepas tu dia buat kek felt pulak, inspirasi dari kek felt yang saya buat jugak. Lepas tu dia dapat idea sendiri untuk buat kek yang sama tapi lebih kecil untuk dibuat rantai kunci. Dah siap, dia buat rantai kunci kek cawan pulak.

Sebelum tidur dia akan bercerita tentang apa yang ada dalam kepalanya dan sekolahnya. Salah satu daripadanya tentang kisah dia belum lahir, tentang papa dan arwah mamanya. Kami bercerita sampai ketawa mengekek sampai penat.

Saya ingat dia akan balik malam nanti. Tapi tadi saya baru mula nak masak makanan kegemarannya - asam pedas - papa dia telefon untuk bawa dia balik. Dia tengah buat rantai kunci kek cawan. Terus muncung sebab tak sempat nak siapkan dan tak sempat nak makan tengahari.

Dah masuk kereta dia lambai saya yang kat atas ni, dari bawah sana. Saya nampak dia masih memandang ke tingkap rumah saya walaupun dia dah jauh. Tiba-tiba saya rasa sangat hiba. Tak pernah saya rasa macam tu selama ni. Mengalir airmata saya.

Saya lap airmata bila saya teringat yang dia anak orang, bukan anak saya.
posted from Bloggeroid

Thursday, September 20, 2012

Stokin


Saya mengenali stokin wudhu' masa saya sibuk buat persiapan umrah tahun lepas. Saya terjumpa di salah sebuah kedai peralatan haji dan umrah di kawasan Ampang Point. Saya tahu bukan saiz saya walaupun katanya free size tapi saya beli jugak dengan harga RM10. Mana tau balik nanti bila sarung ke kaki, berlaku keajaiban ke kan? Memang tak berlaku pun. Baru nak masuk jari kaki dah tak muat. Kaki gorila. Stokin tu untuk kaki Cinderella.

Tadi saya terjumpa lagi sekali stokin ni kat kedai kawasan Melawati selepas buat medical check-up di Damai Service Hospital. Kali ni saya yakin muat. Sampai rumah memang muat. Tak ada ajaib-ajaib pun tapi....
.
.
.
.
Macam manalah orang boleh guna untuk bawa solat sebabnya bila saya cuba bengkok-bengkokkan pergelangan kaki saya, nampak samar-samar kulit kaki. Saya sarung 2 lapis baru ok.

Nampaknya kena beli lagi sepasang.
posted from Bloggeroid

Sunday, September 16, 2012

Tergamakkah Anda?

Saya hairanlah kenapa orang melayu islam sekarang tergamak mempromosikan kedai makan atau kedai roti atau kedai kek atau kedai apa saja yang akan jadi darah daging kita, milik orang bukan islam. Nama kedai dah terang-terang bukan nama orang melayu islam dan pembuat makanannya pun bukan orang islam. Walau sesedap mana pun makanannya, rotinya atau keknya, tak terlintas ke di fikiran kita tentang status halalnya. 

Janganlah sebab kita ingat "alah, ni hanya roti atau kek, takkanlah ada daging khinzir atau arak pulak", kita tak terfikir sehingga ke akar umbi tentang cara pembuatannya. Tangan yang memegang makanan tu ketika membuatnya adakah tangan yang tak pernah pegang khinzir? Kalau tak pernah sekalipun kita pasti sangat ke cara pembuatannya bermula dari memilih bahan mentah mengikut hukum syarak? Kita nampak ke apa yang diletakkan dalam makanan tu?

Jangan pulak hanya kerana roti atau keknya tersedap di dunia, kita tak terfikir langsung tentang halalnya. Halal ni bukan hanya kita tengok hasil terakhir tapi prosesnya dari mula lagi. Dan sekarang yang lebih penting ada logo pengesahan halal dari Jakim. 

Ibu-ibu terutamanya, anda adalah sumber pertama keluarga anda diberi makan dari punca yang halal. Kalau anda nak promosikan hasil tangan orang bukan islam sekalipun bukan tak boleh, silakan tapi haruslah letakkan had untuk orang islam di dalam promosi anda.

Wednesday, September 12, 2012

I Nak Buktikan Semua-semua Orang, Perempuan Cantik Pun Pandai Masak Tau....

Hehe... .maafkanlah dia. Saya rasa dia terlalu excited sampai tak sedar apa dia cakap. Tapi dia comel la dengan tangan macam sotong bila cakap ayat tu.


Pertama kali buat. Taklah sedap sangat. Rasa kuih lopes le. Senang ya amat nak buat. Selama ni yang membeli je tu apa hal? Kena kurangkan sukatan. Ikut sukatan yang ada tu dapat satu loyang tinggi 2cm. Jenuh makcik nak habiskan.
posted from Bloggeroid

Tuesday, August 28, 2012

Keluarga Iskandar


Saya suka tengok Keluarga Iskandar walaupun saya tak suka watak mak diorang, Puan Khalijah Ali. Diorang berlakon natural macam tak ada skrip. Azabnya la ada mak macam tu. Sakit hati pun ada walaupun tak kena kat batang hidung sendiri.


Walaupun maknya azab, ada yang bagusnya drama ni. Setiap anak tu berusaha untuk tak kecilkan hati mak. Cumanya biarlah ikhlas. Tak mengata belakang mak walaupun dalam hati.

Kalaulah saya ada FB, mau saya delete akaun FB saya kalau ada mak macam diorang tu. Tak bebas dibuatnya walaupun tujuan mak tu baik, nak pantau aktiviti anak-anak dalam FB.

Nasib baik saya tak ada FB dan mak saya pun tak tau apa itu FB hikkkss......



Dmax Punya Cerita


Pernah tengok Isuzu Dmax? Ni la dia.

Pernah dengar seorang kawan, biar saya namakan sebagai A, belikan untuk kawannya Isuzu Dmax? A bayarkan deposit dengan perancangan monthly instalment dibayar oleh kawannya daaaaaannnn dengan alasan kesian kat kawan sebab tak ada kenderaan.

Bestkan dapat kawan macam A. Ada lebih tak kawan macam ni? Kalau ada lebih saya pun nak sorang.

Nak dijadikan cerita, kawan A ni rupanya nak melingkupkan bisnes A dalam diam dengan cara yang salah. Aiiii....dah nama nak melingkupkan, mestilah guna cara salah kan. Takkan nak guna cara betul pulak. Agaknya kawan A la yang bagi idea untuk beli Dmax tu kot untuk kepentingan sendiri. Nasib baik A cepat sedar. Maka, berpatah aranglah mereka berdua sekarang. Agaknyalah. 

A adalah adik saya.

Adoooooiiiiiiii......
posted from Bloggeroid

TA Mei 2011 - 15

Inilah Gua Hira'. Yang menyelit tu bukan saya ya. Saya tak muat nak masuk kot lol
Sambungan....

Saya tak tau yang kat puncak gua hira' tu ada tempat untuk bersolat. Ada disediakan kawasan kecil berbumbung dan bersejadah untuk orang yang nak bersolat sunat tapi berpasir sikit. Saya lapik dengan sejadah yang ustaz basyar bagi pinjam. Tak ada orang lain yang solat kat situ. Mungkin diorang semua dah selesai solat. Tinggal saya je sebab saya sampai ke puncak yang paling lambat. Lepas solat saya turun ke bawah lagi untuk melihat gua hira' dengan lebih dekat. Kalau nak masuk kena turun lagi bawah. Kat situ ada pintu gua yang besar sikit. Pintu tempat yang saya turun tu, kalau badan sekeping boleh masuk dengan susah payah. Kalau rasa badan tu 2, 3 keping, errr....cubalah masuk kalau boleh. Kawasan atas ni berbatu-batu Tiba-tiba...gedebuk!!!! Ada orang tanam pokok nangka kat atas tu, ada buahnya yang busuk dah jatuh. Walaupun tempat tu kering, tapi batu yang saya pijak tu licin dengan pasir halus. Maka jatuhlah makcik macam nangka busuk. Dah jatuh tu, tak jadi saya nak turun ke bawah lagi. Takut kena tinggal dengan ustaz pun ye. Masa nak panjat batu-batu untuk naik ke atas semula, sekali lagi nangka ni jatuh. Ada pulak tukang nak sambut tapi makcik kuatkan semangat, makcik gagahkan juga naik sendiri sebab yang tukang nak sambut tu lelaki. Nangka ni tak naklah. Dah berjaya naik semula ke tempat yang berbumbung dan bersejadah tu, hero-hero seramai 5 orang tu (tok abah, pak teh, tok jae, abe ki dan faiz), tanya saya sama ada kami dah boleh mula turun ke belum. Saya rasa dah lakukan semuanya kat atas tu kecuali betul-betul masuk ke dalam gua, saya kata bolehlah kita mula turun. Malam hari ni kurang sikit pemandangan yang kita boleh tengok tapiiiiii sempena namanya Jabal Nur, memang kawasan sekelilingnya bercahaya. Bukan bercahaya terang benderang tapi kita boleh nampak setiap batu dan anak tangga. Memang cerah. Selalunya kalau dah gelap gelita bukan boleh nampak apa-apa. Bersyukur dapat naik waktu malam. Tak terbayang kalau naik waktu siang yang terik.



Entah tahun bila saya dapat email yang ada gambar. Dalam gambar tu ada benda bulat-bulat putih sama macam dalam gambar yang saya ambil ni. Rupanya memang betul-betul ada ye. Gambar yang diambil malam hari menghala ke udara akan terakam benda bulat-bulat putih tu. Saya tak pasti apa benda tu. Tapi ada orang kata, dalam bulatan putih tu tertulis perkataan Allah. Yang pasti kita memang tak akan nampak dengan mata kasar. Serius tak tipu.

Sekarang, turun time. Hero-hero semua berjalan depan saya. Saya ikut belakang. Tiba-tiba....banyak pulak orang tanam pokok nangka kat Jabal Nur ye. Terlipat kaki kiri saya kebelakang. Adussss...licin terpijak batu. Tak seimbang, maka gugurlah lagi sebiji buah nangka. Hero-hero sudah menggelabah. Semua naik balik nak kutip buah nangka ni. Tok Jae urut pergelangan kaki. Walaupun sakit tapi saya cakap tak sakit sebab tak nak susahkan mereka. Beg selempang saya disuruh Faiz yang bawa. Saya cuba berjalan macam biasa ikut jejak hero-hero ni. Tiba-tiba lagi.....Ya Rabbi....jatuh lagi!!! Kali ni sandal dan botol air saya pulak diambil dari saya. Tok Jae pulak yang pegang. Semua benda yang ada kat saya mereka yang pegangkan. Mereka tak nak saya jatuh lagi. Saya berjalan dengan stokin ikut jejak mereka. Macam-macam cara mereka ajar supaya saya tak jatuh lagi. Disuruh pegang batu-batu kat tepi bukit. Disuruh rendahkan badan. Kesian saya tengok mereka. Sampai 5 orang untuk jaga saya sorang. Si lembik ni. Sampailah di kaki bukit, mereka kena berjalan berbaris secara melintang untuk memudahkan saya memegang mereka dari belakang sebab kaki bukit tu curam.

Fuhhhh....turun-turun je saya cari air. Habis air kak long dan kak zah saya minum. Walaupun secara logiknya memang penat tapi tak rasa sangat. Saya duduk kejap atas batu kat kaki bukit tu sementara tunggu bas untuk balik ke hotel. Bas sampai, mutawwif suruh kami naik dan jalan dulu sebab dia nak tunggu jemaah yang belum turun. Dia akan balik naik van yang kami naik mula-mula tadi. Oh, saya ingatkan saya yang paling akhir turun.





Mutawwif yang naik satu van dengan kami

Sampai hotel lebih kurang pukul 2 pagi waktu saudi. Sampai kat bilik memang dah lembik sebab dah nampak tilam dan bantal. Usai bersihkan diri, saya berehat sementara tunggu subuh. Subuh dah nak dekat. Nak tidur pun saya bukan boleh tidur terus. Dengarnya Tok Abah nak ajak kami buat umrah untuk kali ke-4. Dengan masing-masing melepek ni, tak tau la jadi ke tak. Sebelum saya rebahkan badan ke katil saya bersahur kurma dan air zam zam. Saya rebahkan badan dengan berniat untuk puasa sunat hari khamis.

Dah berehat sekejap, kami bersiap sedia untuk subuh di masjid. Tak tau macam mana nak cakap badan ni. Nak kata penat sangat, tak. Nak kata tak penat, ada rasa sikit. Tu la kuasa Allah kan. Balik dari masjid lepas solat subuh terus rebahkan badan ke katil. Belum terasa sakit badan dan kaki lagi masa ni. Tok Mama dan Kak Zah yang sebilik dengan saya ke dewan makan untuk bersarapan. Lepas bersarapan mereka sambung tidur. Tok Mama sakit kaki. Kak Zah pulak cuti. Masa mereka tidur saya bangun bersiap untuk ke masjid. Masa bangun dari katil punyalah sakit badan ni tapi saya gagahkan juga bangun. Saya bercadang untuk tidak balik ke hotel sehingga lepas waktu zohor. Sampai di masjid saya buat apa apa yang patut. Ya Allah, seronoknya sorang sorang. Rasa tak nak balik. Saya ambil kesempatan berjalan jalan dalam masjid tapi tak lah jauh sangat. Saya takut kang saya terlalu berani, lain pulak jadinya. Dah penat berjalan jalan dan singgah solat merata rata, saya cari tempat untuk solat zohor nanti. Sementara tunggu zohor, saya buat yang sepatutnya. Saya sempat terlelap di dalam masjid. Merasa jugak saya terlelap dalam Haram. Dalam Nabawi tak sempat sebab masa pun suntuk kat sana.

Bila waktu zohor dah masuk, saya tertunggu-tunggu juga Tok Mama. Saya mengharapkan Kak Zah hantar mak mertua dia tu ke depan pintu masjid dan saya akan ambil Tok Mama kat situ. Tapi sampai lepas habis solat zohor saya tak dapat apa-apa mesej dari Kak Zah. Saya mula risau. Saya beranggapan Kak Zah akan aturkan Tok Mama ke masjid dengan Kak Long. Saya telefon Kak Zah bertanyakan Tok Mama. Kak Zah kata Tok Mama tak balik lagi. Ah sudah!! Berderau darah saya. Walaupun tiada pertalian darah apa apa tapi saya rasa macam bertanggungjawab sebab saya tengok orang lain macam lepas tangan. Saya bergegas balik ke hotel. Rupanya Tok Mama pergi ke masjid dengan Tok Abah dan tengah makan tengahari di dewan makan!! Fuhhh!!! Lega. Tak kisahlah dia tengah bersenang lenang makan asalkan dia selamat. Saya naik bilik dan berehat sementara tunggu asar. Saya balik pun sebab saya fikir pasal Tok Mama nanti nak solat asar di masjid nak pergi dengan siapa. Saya tak boleh assume dia pergi dengan anak beranak dia. Jadi, saya balik jugak in case kalau tak ada orang nak bawa dia, saya ada.

Balik dari asar kami ada ceramah agama dan taklimat untuk persiapan balik. Sakit perut gelak dengar ustaz cerita tentang beg jemaah. Datang satu beg. Balik begnya dah beranak jadi 2,3 buah. Lepas taklimat kami dapat berehat kejap. Saya siap siap bawa botol air nak isi air zam zam dan sedikit kurma untuk berbuka puasa. Kak long pun puasa. Sampai masjid dia duduk sebelah saya dengan bekal makanan biskut dan kebab. Dia kata masa dalam perjalanan ke masjid ada orang sedekah kebab di sepanjang jalan masjid. Alhamdulillah. Ya Allah, tu bulan tak puasa. Kalau bulan puasa entah macam mana meriahnya dengan ibadahnya, dengan sedekahnya. Janganlah harapkan kebab yang sedap macam kat pasar malam tu berdaging bermayonis bagai ye. Ni kebab biasa je. Kebab sayur. Tapi bagi orang berpuasa, dah seribu rahmat dah.

Ni je gambar-gambar yang dapat saya upload. Banyak lagi sebenarnya tapi Blogger ni macam nak isytihar perang je dengan saya :(

Bersambung....

Gross: Oiiii...orang buat 4,5 entry je. Yang kau buat sampai berbelas. Lepas tu dah setahun lebih pun tak habis-habis lagi. asyik bersambung je. Dari sehari ke sehari letak deadline, asyik langgar deadline je. Errrr....blog siapa ni? Makcik busy laaaa....


Monday, August 27, 2012

Berlalulah Sudah....





Berakhirlah sudah majlis doa selamat merangkap rumah terbuka kami. Nun jauh di Temerloh. Yang bestnya yours truly teringatkan kamera masa dah nak balik. Bukan apa, masa majlis belum mula, kamera ada kat atas rumah. Malas nak ambik pun ya, malas nak pegang ke hulu ke hilir pun ya, segan nak naik rumah pun ya sebab ruang tamu dah penuh dengan orang kampung nak mulakan tahlil. Sudahnya, gambar ni je dapat. Sekali dah klik, berebut tak kira tua muda nak bergambar. Gayat sungguh. Lepas tu puji gambar masing-masing comel. Adehhhh......

Bila tahlil dah habis, mana nak ingat kamera dah, Ingat perut yang bershuffle ni ha. Masa tengah sedap makan lagi la tak ingat kat kamera. Tak pandang kiri kanan dek penangan patin masak tempoyak lol. Burokss lantak.

Majlis ni juga bersempena sepupu kembar yours truly yang akan melanjutkan pelajaran. Seorang ke Mesir buat medic. Seorang lagi ke Universiti Malaya buat ekologi. Akhirnya terpisah jugak si kembar ni setelah 18 tahun berkepit. Good luck Nani and Izzah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Sedih rasa hati sebab terpaksa makan pagi-pagi ni lepas subuh. Selalunya lepas subuh dah tak boleh makan dah. Sedih bukan sebab tak gembira sambut raya. Sedih sebab ramadan dah berlalu. Tak pasti sama ada dapat jumpa ramadan tahun depan atau tak. Tak pasti sama ada ramadan tahun depan lebih baik dari tahun ni atau tak. Hanya mampu berdoa pada Allah supaya dapat solat yang khusyuk dan dipertingkatkan iman.

Dulu selalu terfikir, kalaulah dapat cuti sebulan Ramadan kan seronok.  Beribadah tanpa rasa penat lepas seharian bekerja. Alhamdulillah, disebalik ujian keimanan dan kesabaran yang sangat berat, Allah ringankan dengan termakbulnya doa untuk cuti sebulan. Hikmah yang diri ini tak nampak pada awalnya sebab asyik mohon diringankan ujian yang berat.

Mengalir airmata dengar takbir pertama sebaik saja penyimpan mohor besar raja-raya buat pengumuman raya. Sejak pemergian arwah Uwan 4 tahun lalu, raya dah tak macam selalu. Semuanya tak boleh diundur. Tangan dan suara ni tak ada kuasa untuk mengatur suasana untuk kembali ceria. Berlalulah semuanya dengan masa dan ikut sajalah aliran kehidupan. Kita yang memilih untuk ceria atau berduka.

Pilihlah yang tak membuatkan rambut kita banyak gugur :-) Buat apa pilih sedih-sedih kan. 

Selamat tinggal Ramadan :-( Selamat datang Syawal :-) Semoga tingkah laku Ramadan dapat disambung di bulan-bulan yang seterusnya.

Salam aidilfitri. Mohon maaf andai pernah mencalarkan hati dan tersalah laku. Taqobbalallahu minnaa wa minkum.
posted from Bloggeroid

Friday, August 17, 2012

Tikus Jadian

Lepas si Alya berbasikal, dia sibuk ke dapur cari itu ini. Macam-macam bunyi kat dapur. Macam tikus. Laparlah tu.



Tiba-tiba:

"Maklong, tadi kan alya ambik air kotak dalam peti ais, tuang sikit dalam gelas. Alya minum rasa macam pekat sikit. Alya tengok balik kotak dia, rupanya whipping cream".

Maklong dia gelak golek-golek.

Dia ingat air kotak tadi tu susu. Dia tuang dalam gelas nak minum. Nasib baik tuang sikit je.

Lol. Lain kali tengok kotak dulu. Asal kotak warna biru je ingat susu.


posted from Bloggeroid

Thursday, August 16, 2012

Salah Dengar

Si Alya ralit tengok Youtube. Macam-macam dia tengok. Jadi anak tunggal, tu je la kerja dia duduk kat rumah. Agaknya dah lama dia duduk kat kerusi mengadap Youtube, tiba-tiba dia cakap, "nak tengok Uwan". Dia nak tau Uwan dia buat apa. Uwan dia kat ruang tamu tengah tengok tv. Dia masuk semula dalam bilik nak sambung tengok Youtube. Saya tanya dia;

Saya: Uwan buat apa kat depan?
Alya: Uwan tengah tengok tv sambil tutup mata

Saya rasa pelik. Saya tanya dia balik;

Saya: Uwan tengok tv sambil tutup mata?
Alya: tengok tv sambil tutup lampu(!)

lol

Salahkan bulan puasa maklong tak korek telinga.

Tu la saya pelik, kalau tutup mata, sama la macam mak saya tidur. Sama jugak macam tv tengok mak saya. Cakap je la "Uwan tidur". Tak payah cerita panjang-panjang.

Rupanya telinga saya pun dimakan usia.

lol
posted from Bloggeroid

Wednesday, August 15, 2012

Pekan Sehari


Setiap kali ke pekan sehari kat kampung, jadi rambang mata. Rasa macam semua sayur-sayur kampung nak beli. Tapi memikirkan takut lambat makan nanti rosak pulak, makanya rasa tu tadi jadi rasa bersalah. Tu belum fikir muat ke tak semua tu nak letak dalam peti ais. Yang jadi geram tu sebab semua benda segar-segar. Ada yang jual hanya petik kat kawasan keliling rumah je. Dan yang paling best, murah(!) Kalau kat KL mana ada dah sayur jual RM1 seikat. Semua ulam yang saya suka ada dalam gambar ni.


Nampak daun maman dalam raga kuning tu? Yang belum dijeruk ye. Kalau dah jeruk tentulah namanya jadi jeruk maman. Tak akan dia bertukar jadi jeruk pegaga. Saya pernah beli untuk mak saya jerukkan. 15 ikat baru dapat setengah balang kaca zaman dulu-dulu kedai runcit guna untuk letak gula-gula. Jenuh makcik nak bawak balik 15 ikat. Dan yang paling best, saya tak merasa pun yang mak dah jerukkan. Tau-tau dah habis je.

Nampak tak balang-balang plastik isi tempoyak tu? Rasa nak mintak sebalang kat makcik tu. Dalam gambar ni ada telur ayam kampung, madu, emping beras, ikan pekasam, kerdas, jering dan asam keping. Asam keping dema ni cantik-cantik dan bersih. Asam keping KL sama warna dengan kuali saya.


Yang saya bulatkan warna kuning tu ikan kerai. Pak Teh saya minat betul kat ikan ni padahal ikan ni banyak tulang kalau tak silap saya. Dia tak kisah pun mahal. Memang ikan-ikan darat ni mahal. Harga baung sekilo je dah RM42 kalau tak silap. Kat sini harga ikan darat jenis-jenis glemer yang mahal. Barang lain serius murah.



Saya ingat saya nak ambik gambar masa akak ni tak nampak. Bila saya arah je kamera, terus dia pandang. Takkan tak klik pulak. Glemer akak. Akak ni jual ubat dari akar kayu.



Haaaa....sesiapa rasa nak jadi Hang Tuah, parang pun ada jual ye. Blok-blok kayu tu saya tak tau gunanya untuk apa. Selalunya orang kampung guna untuk jadikan alas memotong tak kira la potong ayam ke, tulang lembu ke.




Hikssss.....arnab pun ada yang. Ni baru ni. Selalu saya pergi takde pun.



Ni pun ada tawwwww.....




Masa saya ambil gambar ni saya tak perasan pun apa benda bulat tu. Kalau saya nampak mesti saya dah pergi pegang nak tau apa bendanya tu. Bola ke? Batu ke?











Macam-macam pokok ada. Yang jarang kita nampak jual kat pasar kita. Pokok rama-rama tu mula-mula saya tak perasan. Bila saya perhati lama-lama, saya cakap dalam hati, "eh, macam rama-rama daunnya". Tengok namanya, sah namanya pokok rama-rama. Cantik kan? Tak tau macam mana cara penjagaannya. Kang kalau bawa dia duduk rumah merpati saya, kiok pulak.






Kat sana masih lagi jual ikut sukatan tin. Kami panggil tin tu pot. Orang kampung mana la tau guna penimbang tu. Guna pot tu diorang senang letak harga.



Abang ni, orang lain kira duit, dia kira beg plastik.
posted from Bloggeroid

Tuesday, August 14, 2012

Internet Blackout Day

Laaaaa....hari ni ke? Ketinggalan sungguh. Patutlah saya masuk beberapa laman web ada kotak-kotak hitam kecil-kecil mengganggu pandangan saya nak baca. Sakit hati pun ada tapi sabar je lah. Saya ingatkan talian saya atau machine saya yang bermasalah. Nak "belayar" pun potong stim jadinya. Dah la orang tengah buat kajian penting ni.

Saya nak sokong tapi nak buat kotak-kotak hitam tu pun saya tak pandai lol.
posted from Bloggeroid

Monday, August 6, 2012

Car Charm


Ni je la idea saya. Penat juga saya perah otak untuk buat lain dari yang lain. Bila dah siap, saya rasa idea ni biasa je.
posted from Bloggeroid

Thursday, August 2, 2012

Talam Berlauk Pertama


Panik saya sekejap bila saya masukkan adunan tepung dalam kuali terus dia berketul. Jenuh saya menggaulnya. Akhirnya sebati. Alhamdulillah. Inilah hasilnya setelah dikukus.

Tak payah beli. Belum pernah lagi pergi pasar ramadan untuk tahun ni. Tak tau la kalau esok lusa.
posted from Bloggeroid

Wednesday, July 25, 2012

Keychain - 3D Strawberry


chek pun geram nak makan lol

posted from Bloggeroid

Monday, July 23, 2012

Hairclip - Strawberry



Hasilnya. 3 kali siang jugak saya nak menyiapkannya. Saya salutelah pada sesiapa yang boleh buat berpuluh-puluh dalam masa sehari. Saya nak siapkan satu tu pun ambil masa sejam siap dengan embellishment dan jahitan kena cantik dan kemas. Agak-agak la nak kata kerja sendiri cantik dan kemas hikkksss...Cantik dan kemas tu bergantung pada kemahiran. Ini kira design mudah walaupun banyak step nak buat. Kalau dapat buat karektor kartun, pengsan. Kecoh la kau el. Orang lain buat lagi canggih! LOL.

posted from Bloggeroid

Thursday, July 19, 2012

Strawberries


Saya dah potong ni sejak February 2012 sekali dengan bentuk burung dan rama-rama. Burung dan rama-rama dah lama siap. Tinggal strawberi ni je. Ni langkah yang ke berapa tak tahulah. Jenuhnya la buat. Bukan setakat kena jahit berhati-hati untuk kekemasan tapi kena fikir hiasan apa nak diletakkan untuk pembelian yang berbaloi. Pada orang lain mungkin jahitan compang camping tak menjadi hal sebab dah nama pun buatan tangan. Tapi tak bermakna buatan tangan, kita tak boleh jahit dengan kemas dan cantik. Harga murah juga bukan alasan untuk kita jahit main ikut dan. Itu pendapat saya la. Walaupun rasa penat untuk siapkan satu item dalam masa 1 jam, tapi hasilnya memuaskan hati. Ada pulangan yang berbaloi juga nanti, insyaAllah :-)
posted from Bloggeroid

Tuesday, July 17, 2012

Donut


Tersesat satu handphone charm :-)
posted from Bloggeroid

Wednesday, July 11, 2012

Wedding Ring's Pillow

Idea....idea....idea...

Macam tuuuu jugakkkk.....lol

Saiznya 18cm x 18cm

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 8, 2012

Eight July






Ros - Selamat hari jadi ke 25.

Suzi - Salam kak.hepi besday..

Enja - Happy Besauday! Sem0ga pjg umur,murah rzki n dpt j0d0h.

Fizz - Salam, gOod aFternooN :-) ☆Happy birthday☆ SemOga panjang umur, sentiasa dimurahkn rezeki dan smOga hidup mu sntiase d'brkati dan dirahmati Allah swt. Amin.

Aini - Salam el, Hepi besday to u, semoga pjg umur dn dirahmati ALLAH.

Pijai - Selamat hari lahir..yg keberapa ek??hehe...kak kt mana??

Toad - Appy beday toad

Mcna - HAPPY BESDAAAAAAAY 2 YOU..............!!!!!! (lagi sekali..he..he..he).....aku doakan semoga panjang umur, murah rezeki dan di berkati olehNYA.
posted from Bloggeroid

Friday, July 6, 2012

Siti Punya


Saiznya 25cm x 15cm


Temanya merah jambu dan ungu


Tak puas hati sangat buat sebab bila dah siap motif kek ungu tu tak berapa nampak. Maksudnya orang kena tengok lama-lama baru tau yang tu kek.
posted from Bloggeroid

Work In Progress


Permintaan si Siti. Wording tu dia yang bagi. Design terserah pada saya.
posted from Bloggeroid

Thursday, July 5, 2012

Bantal Pertama


Entry yang ke 200 tapi bantal yang pertama. Macam buruk je. Bantal ni ukuran dia cuma 15cm x 15cm.
posted from Bloggeroid

Thursday, June 28, 2012

Tortilla Pertama


Payoh sebenornya nok membungkuihnya. Mudoh pecoh ya amat.


posted from Bloggeroid

Monday, June 25, 2012

Grilled Chicken & Grill Pan Pertama


Mana ayamnya? Hikksss...Dah lama sangat saya mengidam grill pan. Bukan mengidam grilled chicken. Akhirnya, dapat juga. Bukan beli yang mahal atau berjenama pun. Tu pun susah benar saya nak beli. Masa tu saya fikir, kalau tak ada pun tak apalah. Lama-lama bila dah nak belajar resepi yang guna cara memanggang baru saya teringat balik pasal grill pan ni. Dapatlah saya memanggang sampai lebam.

posted from Bloggeroid

Friday, June 15, 2012

Pancake & Non-stick Pan Pertama


Pancake pertama makcik menggunakan non-stick pan pertama makcik. Kecoh. Orang lain dah berzaman-zaman buat dan guna.
posted from Bloggeroid

Thursday, June 14, 2012