Thursday, July 19, 2012

Strawberries


Saya dah potong ni sejak February 2012 sekali dengan bentuk burung dan rama-rama. Burung dan rama-rama dah lama siap. Tinggal strawberi ni je. Ni langkah yang ke berapa tak tahulah. Jenuhnya la buat. Bukan setakat kena jahit berhati-hati untuk kekemasan tapi kena fikir hiasan apa nak diletakkan untuk pembelian yang berbaloi. Pada orang lain mungkin jahitan compang camping tak menjadi hal sebab dah nama pun buatan tangan. Tapi tak bermakna buatan tangan, kita tak boleh jahit dengan kemas dan cantik. Harga murah juga bukan alasan untuk kita jahit main ikut dan. Itu pendapat saya la. Walaupun rasa penat untuk siapkan satu item dalam masa 1 jam, tapi hasilnya memuaskan hati. Ada pulangan yang berbaloi juga nanti, insyaAllah :-)
posted from Bloggeroid

2 comments:

nohas said...

Banyaknya idea..yg ni buat apa pula ye..

eL said...

Nohas: yang ni hajat hati nak buat klip rambut dan hairband budak :-) takdelah banyak idea sangat. Kalau tengok blog craft orang lain dah jauh lebih ke depan :-)