Sunday, April 15, 2012

Kita Yang Buat

Ada orang cakap pakai jubah tu seksi.

Tang mana yang seksi ya?

Kalau kita pakai jubah yang longgar, lepas tu pakai baju kurung atau yang sesuai untuk alas kat dalam dan elakkan corak kain jubah di bahagian yang tak sesuai di badan kita, seksi ke?

Yang jadi seksi bila pakai 2 piece je kat dalam. Angin tiup, semua bentuk nampak. Kalau alas dengan baju kurung atau yang sesuai, satu bentuk pun tak nampak. Panas? Api neraka lagi panas, confirm(!).

Yang jadi seksi bila pakai yang ikut badan. Kain yang melekat kat badan pulak tu. Apa nama jenis kain tu? Lycra? Itu bukan jubah ye sayang. Itu gaun. Kenapa beli yang sempit muat-muat badan kalau ada jual yang longgar? Kalau pakai yang jenis tu semua orang akan kata seksi. Tak payah angin tiup. Semua bentuk terserlah. Bukan setakat lelaki, perempuan pun pandang.

Yang jadi seksi bila corak kain jubah tu terletak pada bahagian badan yang tak sesuai walaupun jubah tu longgar. Masa beli tak perasan ke? Masa beli tak cuba dulu depan cermin ke?

Kalau nak pakai jubah, sebelum keluar, berdiri depan cermin yang boleh nampak keseluruhan badan kita. Tengok depan belakang. Ada tak menampakkan bahagian yang tak sepatutnya. Ada tak corak atau bunga kain terletak di bahagian yang tak sesuai.

Walaupun kita pakai jubah longgar, tapi kalau pakai selapis, boleh nampak semua garisan. Lebih-lebih lagi kain polos. Malukan?

Jubah tu tak seksi. Yang menjadikan cara pemakaiannya seksi adalah kita.
posted from Bloggeroid

Thursday, April 12, 2012

Bookmark Anak-anak McNa


Tengah orang sibuk buat kerja dia call. Nak bookmark untuk anak-anak dia. Katanya yang dia beli sebelum ni semua hilang. Entah apa jaminan dia yang ni tak hilang. Dah nama budak. Kalau tak hilang, tak sah.

Tasnim, Fatin dan Iman, jaga elok-elok Chik eL bagi ni tau. Jangan patahkan pulak.

Wednesday, April 11, 2012

Gegaran

Saya tengah sibuk melayari internet. Sambil bersantai kaedahnya. Berziarah ke blog kawan-kawan. Tiba-tiba saya rasa badan saya bergegar. Saya cuba duduk diam. Eh apa ni? Saya pandang botol air atas meja. Eh, air tu pun bergegar. Ada la dalam beberapa saat. Saya tengok jam. 4:43pm. Tipu kalau saya kata saya tak takut. Istighfar dan baca apa-apa yang patut.

Saya cepat-cepat Google "gegaran". Tak ada berita apa-apa di internet tentang gempa. Saya Google lagi "lingkaran api pasifik".

Macam tak percaya je Malaysia dah termasuk dalam lingkaran api pasifik.

Sejak bila?

Sungguh ketinggalan zaman.

Saya dah post entry ni, saya dapat teks ni dari The Star:

11/4 An 8.9-magnitude earthquake has been recorded off Aceh, Sumatra; Indonesia issues tsunami warning/STAR
posted from Bloggeroid

Saturday, April 7, 2012

Dia Nak Masuk Tak Boleh

Dari tingkat 16.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lawak Ke Der?

10 kali tengok, 10 kali gelak. Memang lawak betul diorang ni. Mula-mula nak subscribe rasa membazir. Fikir-fikir balik, apa salahnya cuba tengok walaupun tak boleh nak unsubscribe dah.Si McNa, saya baru cerita sikit dah ketawa mengilai. Masa tu kat kedai makan pulak tu. Malu aku weiii....kau gelak macam tu.

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 3, 2012

Casio


Macam ada cap jari je lol. Tak apa, bukan jam curi hiksss

Long overdue for McNa's birthday. Suami dia tak percaya pulak saya yang bagi. Lelaki memang macam tu. Dia ingat perempuan semua pandai ada affair macam diorang kot.

Errr....ada lelaki yang baca tak?

posted from Bloggeroid