Sunday, November 24, 2013

Doa Makan vs Doa Buka Puasa

Department saya memang selalu buat makan-makan. Tak kiralah sambut hari jadi staf atau potluck atau masa bos cuti atau bila-bila suka. Makan-makan masa bos cuti paling best.....hikkk.
 
Satu hari En. Ali nak belanja pizza. Kalau tak silap masa saya masa tu sama ada bos cuti atau bos ke Greece kerana menghadiri mesyuarat lembaga pengarah.
 
Si Jue pulak puasa tapi kami terpaksa teruskan juga makan sebab nak ambil kesempatan berjimba-jimba sementara ketiadaan bos.
 
Sebelum makan, macam biasalah kena baca doa. Selalunya staf lelaki baca doa. Hari tu kami suruh En Ali baca doa sebab lebih afdhal katanya orang yang belanja baca doa.

En. Ali pun mulakan doa.

Allahumma bariklana.....

Tiba-tiba....

Allahuumma lakasumtu....

Hah?????

Itu doa bukak puasa saya cakap. Wakakakakaka.....

Nak suruh Jue bukak puasa ke?

Sunday, October 6, 2013

Datang Lagi

Assalamu'alaikum.

Musim haji datang lagi. Kenapa saya tak terasa? Mungkin sebab orang zaman sekarang dah tak pedulikan sangat tentang Aidiladha daripada Aidilfitri. Atau saya sendiri yang semakin jauh untuk mengambil tahu tentang peri pentingnya Aidiladha. Saya rasa alasan yang kedua ini lebih menjurus ke arah jawapannya.

Bila saya tiba-tiba teringat yang Aidiladha semakin hampir, saya rasa sayu sangat. Terasa-rasa Baitullah melambai-lambai saya kembali untuk mengelilinginya tahun hadapan. Tapi macam belum ada rezeki. Saya tak sanggup nak tengok balik gambar-gambar yang saya ambil 2 tahun lepas. Saya takut airmata ni mengalir tak berhenti. Saya tak boleh menangis lama-lama. Nanti sakit kepala dan terus demam.

Saya tak akan putus asa untuk berdoa supaya dapat ke sana lagi. Biarlah orang kata buat apa pergi banyak kali. Buatlah yang wajib pulak. Orang tak akan tahu apa masalah kita. Orang tak akan tolong kita. Orang tak nak tau apa masalah kita. Yang orang tau mengata pasal kita. Kalaulah mereka berdiri di dalam kasut kita, baru mereka faham. Itu pun kalau mereka nak faham. Susah nak cari orang yang ada empati dalam dunia ni.

Saturday, September 21, 2013

Puding Kelapa

Terjumpa ni kat lrt Ampang Park tapi tak sama dengan yang saya pernah makan di Sabah tahun 2008. Sampai sekarang masih belum jumpa kat KL.


posted from Bloggeroid

Monday, September 16, 2013

Air Masak

Assalamu'alaikum,

Dah lebih 6 bulan saya bekerja di BP. Ini bermakna saya sudah pun confirm. Setakat ini, Alhamdulillah persekitarannya amat menyeronokkan. Seolah-olah saya dapat balik persekitaran bekerja sewaktu di KUB dulu.
 
Jabatan saya terbahagi kepada 3 iaitu Legal, Corporate Secretarial dan Compliance. Subjek dalam ini "gambar" adalah Ketua bahagian Compliance iaitu En. A. En. A ni memang health conscious. Umurnya dah hampir masuk jubli emas tapi rupanya tak menggambarkan usianya.
 
Satu hari, dia ke pantry dan masuk ke pejabat dengan segelas mug di tangan. Di dalam mug ada sudu. Sampai di tempat duduk, dia mengacau-ngacau air di dalam mug. Dalam hati saya, En. Ali minum air manis? Dia kacau lagi seolah-olah gula di dalam air tu belum larut.
 
Perasaan ingin tahu membuak-buak. Saya pun bangun dari tempat duduk saya dan jenguk ke dalam mug dia sebab nak tau dia minum air apa.
 
Saya gelak sakit perut bila ternampak air di dalam mug tu.

Wakakakakakakaka......

Air masak.

Beriya kacau.

Sunday, September 15, 2013

Ulser & Happy 12th Birthday Alya!

Assalamu'alaikum,

Entri ini sepatutnya ditulis semalam tapi saya penat sangat lepas balik daripada menemani si Alya berjalan-jalan. 3 jam je pun. Mungkin sebab faktor usia dan faktor-faktor lain (hahahaha), menyebabkan saya cepat penat.

Masa saya seusia dia, jangan kata iphone, handphone sebesar botol air pun tak merasa
 
Semalam hari ulangtahun Alya. Dia tak mempunyai permintaan yang banyak. Cukup sekadar dibawa pergi makan-makan. Tempat makan pun bukanlah bercitarasa tinggi. Sekadar makan "tuuutttt" di Wangsa Walk.

Main dish dah ada chips, order lagi starter chips. Pengsan nak abiskan.

 Birthday girl bersama seafood chowder maklong punya. Dia buat macam dia punya.


Aaaauuummmmm......
 
Dalam perjalanan ke Wangsa Walk, dia ada tunjukkan kat saya dalam mulutnya ada ulser. Orang kampung macam saya panggil mata ikan.
 
Sesampai di Wangsa Walk:
 
Alya: Dalam mulut Yaya ni banyak ikan mati
 
Saya: Hah? Ikan mati?
 
Alya: Eh...mata ikan
 
Wakakakakakakakakaka.......