Thursday, September 30, 2010

Tawakal Biar Kena Tempat

Ada kawan nak datang rumah. Hari kerja macam ni mana la saya ada masa nak masak apa-apa. Dalam peti ais tak ada sebarang lauk mentah mahu pun sayur. Dan yang paling tragis, saya belum beli gas lagi(!) Gas saya habis 2 minggu yang lepas. Dah agak dah. Masin jari saya.

Nak bagi makan biskut raya, rumah saya memang tak ada biskut pun sebab saya tak makan biskut raya. Kerepek ada la. Takkan nak bagi makan kerepek je.

Jadi, saya singgah gerai kat rumah. Niat dalam hati nak jamu makan malam. Masak nasi kat rumah, kemudian beli lauk. Masa oder lauk tu, laju je mulut saya oder tapi saya cakap dengan pembantu gerai tu, "eh, ada ke duit dalam wallet ni?". Seloroh saya sambil dalam kepala mencongak berapa banyak yang ada dalam wallet. Cukuplah agaknya setakat RM20.

Dah siap semua, seplastik diunjukkan kepada saya. Kak, semua RM27.50. Haaa? Biar betul dik. Akak tak cukup duit ni. Eh, jap kak....saya kira lagi sekali. Ok, semua RM24.50. Haa ok cukup - jawab bukan main konfiden - Eh..berapa tadi? RM24.50. Akak ada RM15 je dik. Jap, akak korek semua syiling 50sen ni. 16, 17, 18, 19, 20. Tak cukup. Akak bayar lebihnya esok boleh? Boleh kak. Berapa tadi? RM24.50. Ha nah ambik 50sen ni.  Esok akak bayar selebihnya RM5 eh.

Gila maluuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!

Yang buat tak malu sangat sebab saya dah biasa beli makanan kat gerai tu.

Astaghfirullah. Orang dah kata, lain kali kalau nak tawakal kena la doa dan usaha. Tak usaha keluarkan duit, macam mana nak ada dalam wallet.

Buat lagi el.

Tuesday, September 28, 2010

Maklong Pening....

Saya nak tulis entry ni semalam lagi selain saya tak larat nak angkat jari, saya juga tak larat nak angkat kelopak mata dan nak bawak badan. Teruk benar bunyinya kan? Macam orang tua sangat-sangat. Memang tua pun.

Budak kecik kat bawah ni pantang orang telefon dia. "Maklong, dah cuti dah?". "Maklong, kita dah boleh pergi dah?". "Maklong, esok boleh ke?".

Pening ye kawan-kawan. Sampai ke hari ni peningnya.

Maka.

Pada hari yang dijanjikan bawaklah dia dengan Pakceknya ke Toys R Us (TRU) KLCC. Pakceknya pun mengalahkan budak kecik. Menuntut hadiah hari jadi. Dah tua pun nak hadiah jugak.

Seperti yang dijangka masuk je dalam TRU, budak kecik tu dah terkinja-kinja. Rambang mata. Dia kan nak Uno Attack. Tiba-tiba terus je meluru masuk dan berhenti dekat Barbie(!).

Saya dah agak dah. Saya dah agak lamaaaaaaa dah.

Mula-mula dia nak anak patung yang boleh menangis tu. Dia usik-usik perut patung tu. Dia geletek-geletek patung. Nak jugak suruh patung tu keluarkan bunyi. Ada ke patut? Dah darjah 3 nak main yang tu lagi. Maklong dah nak menangis dah.

Dia pusing-pusing. Tak tahu mana nak pilih kot. Banyak sangat. Akhirnya, ini yang dipilihnya. Terpaksalah ikutkan. Daripada beli benda yang dia tak suka walaupun saya tak berapa suka dia pilih yang ni.

Yang buat pening tu sebab geram...kenapalah dia tak nak pilih BUKU.

Muka success meng "pow" maklong

Saya suruh dia berdiri kat Uno Attack ni jugak hahaha!!!

Sempat. Dalam renyai pun nak.

Akhir sekali, dalam banyak-banyak tempat, sejauh-jauh KLCC tu, kat area rumah jugak pergi makan. Kat Jusco Wangsa Maju. Tahu tak buku apa yang dia baca tu? NAMA-NAMA BAYI LELAKI DAN PEREMPUAN(!). Dah lama dah dia nak buku tu. Saya tak nak belikan. Dia nak buat apa? Tebal pulak tu. Hari tu terjumpa kat MPH, dia nak jugak. Beli jugalah sebab lepas ni kalau 10 kali jumpa pun, 10 kali dia nak jugak. Tu yang ghalit tengok tu. Dia nak cari maksud nama dia.

Ini baru seorang anak saudara. Kalau 10? Lu fikirlah sendiri.

Friday, September 24, 2010

'Cos We All Live Under The Same Sun

Saya satu kelas dengan Suria semasa saya berada di tingkatan 3. Zaman saya dulu meja disusun dua-dua. Saya duduk di barisan pertama, nombor 2 akhir. Memang saya selalu kena duduk belakang. Sebab saya tinggi. Tingkatan 5 je saya duduk depan sekali. Depan meja cikgu. Itu pun tepi dinding. Kena paksa duduk situ sebab saya ketua tingkatan. Senang nak berurusan kata cikgu. Ala, macamlah tak boleh panggil saya kalau ada apa-apa. Nak kongsi rahsia la tu hikssss. Tak boleh duduk tengah. Nanti orang belakang saya stress LOL.

Apa cerita pasal tingkatan 5 ni? Nak cerita pasal tingkatan 3 lah.

Tingkatan 3. Sebelah saya Woon Choy. Bila dah "besar", tiba-tiba saya dapat tahu dia tambah "Corrina" kat depan nama sebenar dia. Belakang saya, Jar Ay. Bila dah "besar", tiba-tiba saya dapat tahu dia tambah "Irene" kat depan nama sebenar dia LOL. Kawan-kawan aku ni la. Suria duduk sebelah Jar Ay. Eh, boleh bayangkan ke tak ni? 4 sekawan stooges ni tak adalah ke sana ke sini bersama sebab masing-masing ada kawan baik sendiri. Suria, Woon Choy, Jar Ay tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Boleh dikatakan mereka bertiga agak rapat di rumah. Kat sekolah mereka cari kawan lain. Takkan nak bersama je. Bosan pulak kot LOL.

Kami ni kalau dalam kelas, memang sentiasa bertukar-tukar meniru jawapan terutama sekali subjek bahasa malaysia, matematik dan bahasa inggeris. Bab tu yang buat kami rapat sekejap setiap kali tiba subjek-subjek tu. Masa tingkatan 3 ni Suria, Woon Choy dan Jar Ay adalah pengawas probation. Diorang jadi pengawas proper masa tingkatan 4. Saya tak layak jadi pengawas. Kalau kena offer pun saya tak nak. Kalau offer saya masa tingkatan 5 saya nak la sebab saya cuma ada masa setahun je berkhidmat. Tak nak berkhidmat lama-lama. Ingat senang ke jadi pengawas. Asyik kena tulis nama orang je. Lepas tu kena keluar rehat awal. Masuk kelas lambat selepas rehat. Demand. Siapa la nak bagi kan? Tapi masa tingkatan 5 tak ada siapa pun offer saya jadi pengawas sebab saya dah kena paksa jadi ketua tingkatan sejak tingkatan 4. Kalau dah jadi ketua tingkatan masa tingkatan 4, tingkatan 5 pun mesti kena jadi jugak sebab sekolah kami ni - contohnya, macam saya kelas 4 Sains2 - kalau dari tingkatan 4 masuk kelas 4 Sains2, masa tingkatan 5 pun kena masuk kelas 5 Sains2. Murid-murid pun murid yang sama. Kelas sains ada 2 je pun. Sekolah lain pun macam ni jugak ke?

Melalut lagi.

Saya tak tahu lah saya dah pernah cerita ke tak. Masa tu saya dalam lif. Macam biasa, saya buat tak kisah pun siapa yang masuk dalam lif tu. Satu hari, macam cerita kanak-kanak pulak, saya terdengar perbualan 2 orang perempuan ni. Diorang masuk dari tingkat 15. Saya macam biasa dengar suara salah seorang perempuan tu. Saya perhati dia. Dari belakang tak nampak jelas muka dia. Lepas tu saya tanya Indra ada tak budak nama Suria kat tingkat dia tu, tingkat 15. Dia kata ada. Sah la. Memang Suria. Saya masih kenal suara dia. Yang berubah cuma rambut dia. Habis dia rebondingkan. Dulu curly habis.

Saya cari email dia dalam Outlook. Saya hantar email kat dia. Kebetulan sebelum tu Indra dah tanya dia sama ada dia ingat saya ke tak. Dia masih kenal saya. Betapa kecilnya dunia ni. Berbelas tahun tak jumpa, tak berhubung. Sekarang jumpa di dalam syarikat yang sama. Dia sendiri dah berbelas tahun kerja dengan syarikat ni. Dah jadi macam "perabot" kat syarikat ni. Melekap. Dalam 3 orang tu, hanya Woon Choy yang saya masih berhubung. Itu pun ketika birthday dia dan ketika Tahun Baru Cina.

Selepas jejak kasih tu, Suria ajak saya minum petang lepas kerja kat kedai berdekatan pejabat. Banyak juga kami sembang. Berbelas tahun punya cerita mana boleh habis dalam masa sejam dua. Ketara segan di pihak saya. Saya memang penyegan sikit terutama sekali bila dah lama sangat tak jumpa. Dah jadi macam kurang biasa. Nak fine tune balik tu lambat sikit. Nak-nak pulak dia nampak saya dah lain banyak dari dulu. Dia tetap macam tu cuma rambut je dah rebonding habis LOL. Dan lagi satu perbezaannya, dia dah kahwin tapi belum mempunyai anak, sementara saya cuma ada anak tekak, anak rambut dan anak mata. Sekarang kami cuma bersapa "hi hi bye bye" je bila terserempak.

Gloss: Nama sebenar Suria adalah Suria Kumari.

Gloss II: Kami berempat hanya sekelas semasa di tingkatan 3. Semasa di tingkatan 4 hanya saya seorang ke kelas sains. Mereka bertiga ke kelas sastera.

Thursday, September 23, 2010

Nak Cerita Jugak

Tuan punya blog dah 3 hari tak boleh tidur.

Makanya.

Dia demam hari ni.

Tapi dia nak jadi pekerja cemerlang, dia datang jugak kerja.

Sebab.

Semua bos dia tak ada hari ni.

Jadi, dia boleh "raya" tak ingat dunia.

Gloss: Happy birthday buat Enja, adik saya. Entah berapa la agaknya umur awak sekarang ye. Dengan pertanyaan "Bila nak kahwin? Tak apa...langkah je la bendul ni".

Tuesday, September 21, 2010

Nak Sangat, Ambillah

Saya pernah cerita yang ada orang letak sampah depan rumah saya. Padahal tu sampah orang atas yang di sapu ke bawah, kena kat rumah saya. Saya tolong sapu dan kumpulkan setempat. Lepas tu, sampah tu orang letak depan rumah saya pulak.

Lepas kejadian tu, saya beli penyapu dan penyeduk sampah yang baru. Khas untuk sapu kat luar je. Penyapu dan penyeduk murah je. Sekali sapu tercabut sehelai dua jeraminya. Habuk jerami pun masih banyak lagi. Lama-lama botak penyapu tu. Penyapu lama tu performancenya dah kurang baik even though it knows every corner of the corridor LOL. Penyeduk tu pulak sebelum ni tak ada. Saya beli sebab senang saya nak kumpulkan sampah dalam penyeduk tu. Sebelum tu saya sapu ke tepi dinding je. Dah banyak, baru saya buang. Dah ada penyeduk tu, tak payah nak kisah nak letak mana sampah tu. Biar je dalam penyeduk tu sampai banyak. Dah banyak baru buang.

Semalam, masa saya hendak keluar rumah pergi kerja saya tengok penyapu tu dah tak ada. Saya sangat sensitif mengesan jika barang-barang saya hilang atau disentuh orang. Ke mana pula penyapu ni? Ikutkan sisi saya yang baik, saya fikirkan mungkin orang pinjam. Esok-esok dia pulangkanlah balik. Macam hari tu. Saya rasa ada orang pinjam penyapu dan penyeduk saya sebab segala isi sampah dalam penyeduk tu entah ke mana. Bersih.

Kalau ikutkan sisi jahat saya, memang saya menyumpah dalam hati. Memang itu yang saya buat semalam. Saya menyumpah sungguh-sungguh dalam keadaan betul-betul marah. Kurang pahala puasa saya semalam. Penyapu buruk tu pun nak ambik. Tak mampu sangat nak beli atau malas nak pergi beli atau memang sikap mengambil hak orang tanpa izin tu dah sebati dalam diri. Saya nak tengok, kalau pinjam, berapa lama nak pulangkan balik. Kalau ambil terus (dibaca: curi), saya nak sangat tahu siapa yang ambil.

Dah memang jadi kebiasaan saya, setiap kali balik kerja mesti saya sapu dulu lantai depan rumah saya sebelum saya masuk rumah. Balik kerja semalam saya tengok penyapu tu masih belum ada. Geram hati saya nak naik tingkat atas kalau-kalau jumpa balik dengan penyapu tu. Tapi dalam keadaan penat baru balik kerja, ditambah dengan puasa lagi, saya batalkan niat tu.

Keluar rumah pagi ni, saya masih geram tapi dah kurang daripada hari semalam. Penyapu tu masih belum ada. Saya doakan supaya Allah bagi petunjuk kepada orang yang ambil penyapu tu, Allah ampunkan dosa dia, murahkan rezeki dia dan panjangkan umur dia. Kalau nak sangat, ambillah. Redha je lah. Macam tak redha je eL LOL.

Ala setakat penyapu. Itu pun nak jadikan isu besar. Biar je la. Anggap sedekah. Benda yang sangat remeh kan?.

Bukan.

Bukan masalah penyapu tapi masalah sikap. Tak ke menyusahkan saya. Saya kena pergi beli penyapu baru secepat yang mungkin padahal kalau penyapu tu orang tak ambil, mesti saya tak perlu nak sibuk nak ke kedai lepas balik kerja. Dah la selalu balik lambat. Kedai pun dah tutup. Saya rimas depan rumah saya tak bersih.

Sakit jantung.

Saturday, September 18, 2010

Satu

Percubaan pertama saya :-) Imaginasi entah apa-apa :-) Karya yang sangat rapuh dan perasan. Ada lagi yang akan menyusul dengan tema yang lain dan lebih kurang sama, insya-Allah. 

1
Selalu jugalah ke tingkat 15 untuk berjumpa Rya. Tupperware yang mengeratkan kami. Bermula daripada dia menghantar tutup Tupperware yang Kak Hani pesan. Tutup bekas Kak Hani dah rosak. Dia pesan yang baru dari Rya. Dah lama juga nak cari agen yang jual barangan Tupperware. Baru sekarang berjumpa. Dulu tak mampu nak beli. Sakan juga membuat pesanan dengan Rya. Mencecah RM2,000 kesemuanya.

Selepas mendail sambungan Rya, "Hello, takkan hantar tutup je. Katalognya mana?". Itulah ayat permulaan aku yang menjadikan perkenalan kami lebih rapat. Selama ini hanya berhubung melalui telefon berkenaan hal kerja sahaja. Sejak dari itu selalulah ke mejanya di tingkat 15.

Kalau hendak masuk ke jabatan Rya, kawalan keselamatan memang ketat. Kena ketuk pintu kaca. Kemudian ketuk pula pintu kayu.  Kemudian seseorang akan tekan butang untuk membenarkan kita masuk. Pintu kayu ke jabatannya itu diperbuat daripada kayu maple dan bercermin panjang. Boleh nampak pekerja-pekerja yang duduk setentang dengan cermin tersebut. Setiap kali ketuk pintu pejabat Rya, mesti ternampak dia tu. Daripada pandangan pertama iras wajahnya tak ubah seperti kasanova.

Beberapa kali terserempak dengan dia sama ada di dalam lif atau di lobi, terasa seperti selalu dipandang-pandang. Tak adalah berminat sangat tapi sengaja bertanya kepada Rya, "Budak lelaki yang duduk depan pintu tu unit apa?". Tanpa riak Rya menjawab, "Oh, pengurus kanan tu. Budak Trade. Dia tu kalau bercakap dengan wife dia kat telefon tak segan silu cakap lovey dovey. Wife dia stewardess. Dia tu suka hati dia je nak hilang dari pejabat". Panjang lebar Rya menjawab tanpa ditanya. Macam CNN. Bertanya lagi, "Siapa nama dia?". Tanpa menoleh Rya menjawab "Kumar". "Oh, dia bukan melayu eh? Muka macam melayu. Kalau bukan melayu pun, ada iras Serani atau Eurasian", aku menambah. Rya angkat kening, "Ye ke?".

Sejak dari itu, memang kerap terserempak dengan dia. Sebelum ini dipercayai dia wujud juga, bukan pekerja baru tapi tidaklah kerap terserempak macam sekarang.

2
"Suri, ada appointment tak lunch ni? Jom lunch dengan saya". Rya mengajak.
"Boleh juga. Awak tunggu saya kat lobi jam 12:30 pm". Aku berjanji.

Dalam perjalanan ke restoran Dorsett Corner aku cuba memancing Rya, "Awak, awak nampak tak budak tu. Setiap kali saya terserempak dengan dia, saya selalu teringat awak pernah cerita kat saya pasal dia bercakap lovey dovey dengan wife dia kat telefon. Patutlah, muka dia pun nampak macam kasanova". Tapi kenapa dia selalu pandang saya kalau dah ada isteri seorang pramugari dan semestinya seorang yang cantik. Ini hanya ayat di dalam hati aku.

Rya menepis tangan aku, "Eh, itu bukan Kumar la. Itu Avinesh".

Nada terkejut aku simpan di dalam hati, "Laaa...mati-mati saya ingatkan orang yang awak cerita hari tu adalah budak tu".

Setiap kali terserempak dengan dia, adakalanya aku sengaja pandang tepat ke arahnya semata-mata mahu memastikan sama ada dia sedang memandang aku atau tidak. Padahal sebelum ni nak pandang tepat ke muka mana-mana lelaki pun segan macam kura-kura masukkan kepala ke dalam cengkerang ketika diancam musuh. Kerap kali juga hati mengatakan dia memandang orang yang berada dibelakang aku. Kira aku bukan seorang yang perasanlah kan? Pernah satu hari hampir terlanggar dia di lobi. Tiba-tiba bibir ni tersenyum kat dia. Ishhh...maklumlah, orang yang murah dengan senyuman ni memang selalunya akan tersenyum bila terpandang sesiapa saja. Hari yang lain pula, aku sudah masuk ke dalam perut lif, aku ternampak dia baru hendak masuk lif yang sama. Apa sebabnya dia memanjangkan lehernya untuk memastikan sama ada betul atau tidak dia nampak aku dalam lif tu, aku pun tak tahu.

3
"Rya, Avinesh tu admire kat awak ke?".
"Kenapa awak cakap macam tu pulak Suri? Tak adalah".
"Ye lah, selalunya kalau orang admire kat seseorang, kadang-kadang orang yang selalu berkawan dengan orang dia admire tu pun kena tempias sama", aku cuba berlapik. Bimbang si Rya ni mengorek apa yang selama ni bermain-main dalam fikiran aku.
"Dia admire awak ke Suri?"
"Entah. Kalau dia admire sekali pun takkan dia nak bagitahu saya. Lagipun saya rasa kalau dia admire awak pun saya taklah pelik sangat sebab awak memang cantik. Ramai orang admire". Berulang kali aku mengatakan pada Rya memang dia seorang yang cantik.
"Ke situ pulak awak ni." Rya menoktahkan perbualan kami.

4.
Pagi itu meja penyambut tetamu sangat sibuk. Mungkin ada pekerja-pekerja yang sedang menjalani latihan dan menggunakan bilik latihan di tingkat 16 di mana pejabat aku berada.
Tiba-tiba, "Excuse me. May I know your name?"
"I am Suri. What can I do for you?" Amboi...garangnya.
"Can we talk for a while?"
Apa yang dia nak ni? "Errr...shoot".
"I have been eyeing on you ever since. Would you mind if I want to know you much better - as a friend for a start maybe?"
Haaaaaaaaa? Terus-terangnya. Apa nak jawab ni?
"Errr...we are friends, aren't we? All employees in this Company are friends right?". Itu saja ke yang mampu kau cakap Suri?
"Yeah, but we never dealt in anything in terms of work. So, it is no way for me to know you much better that way. I always think of you since I terpandang you hari tu. I can't even get you off my mind. Boleh tak we know each other?"
"Avinesh...errr...what ever your name is...I am not keen on any guy who like to play with sweet words. Fullstop!". 

Belum apa-apa dah pasang ayat bunga-bunga. Noktah!

Friday, September 17, 2010

Dulu Dan Sekarang

Saya ingat lagi, DULU dah boleh hafal susunan rancangan pada hari raya pertama setiap tahun. Pagi-pagi mesti ada takbir raya. Lepas tu solat sunat hari raya. Lepas tu konsert untuk kanak-kanak. Lepas tu lawak jenaka berkenaan raya. Lepas tu rancangan nyanyian yang menggabungkan penyanyi melayu, india dan cina. Lepas tu ada program sarkis. Hari raya ada sarkis you. Tak pun ada rancangan silap mata. Malam pulak, rasanya disiarkan filem melayu dulu-dulu. Saya lupa rancangan apa pada hari raya kedua. Tiap-tiap tahun macam tu.

SEKARANG? Kalau tak ada cerita seram, cerita hantu setiap malam memang tak sah(!) Sengaja je stesen tv siarkan malam supaya dapat rasa ketakutannya. Takut ke? Orang penakut macam saya memang takkan tengok punyalah kalau malam-malam tu. Lebih-lebih lagi kalau sorang-sorang. Ye la...takkanlah nak siar waktu siang pulak kan? Nanti jadi cerita lawak pulak. Digelak dek satu rumah tengok semua "keseraman" cerita tu.

Saya memang tak pandai nak menghargai cerita seram. Saya tahu ia ada banyak pengajaran kalau kita tengok dari sisi yang lain. Cumanya saya kurang suka sikit tengok cerita yang kurang cahaya ni. Saya ingatkan drama Susuk dulu tu adalah drama yang menambah seri drama yang sedia ada. Rupanya, lepas drama Susuk ada macam-macam lagi drama seram selepas itu. Filem Susuk indah khabar dari rupa. Best lagi drama Susuk. Berani pulak saya tengok filem Susuk tu malam-malam. Sebab tak seram kot. Atau mungkin saya nak bandingkan antara filem Susuk dan drama Susuk, yang mana satu best.

Gunalah Medula Oblongata Kurniaan Yang Kuasa

Kalau ye pun TAK ADA piring atau pinggan atau mangkuk kat rumah, sila jangan gunakan ashtray untuk letak makanan walaupun ashtray tu tak pernah awak pakai dan suami awak tidak merokok.

Ini ashtray. Bukan mangkuk untuk isi makanan. Walaupun tak pernah digunakan untuk isi puntung dan habuk rokok, dah memang secara psikologinya orang TAK AKAN gunakan untuk isi makanan. Rugi rumah besar, cantik dan baru kalau kita hidangkan kat orang guna benda alah ni.

Sumber gambar. Terima kasih.

Gloss: Banyak lagi pinggan mangkuk kat dapur tu saya tengok tapi kenapa la awak guna ashtray letak cili padi untuk makan dengan laksa tu? Aduhhh...awak sekolah tinggi kan?

Gloss II: Takkanlah tak kenal ashtray dengan mangkuk kaca lain. Ashtray kan ada lubang kat tepi-tepi dia tu. Sekali imbas dah boleh kenal.

Gloss III: Saya tak tegur awak semalam pasal ashtray tu sebab saya tak nak mengaibkan awak. Seharusnya awak lebih tahu.

Wednesday, September 15, 2010

Ada Rambut Lagi Lepas Raya?

Teringin sangat nak tulis tapi tangan sakit. "Sengaja" siram dengan air panas. Tak cukup ayam kena rendam dalam air panas untuk buang bulu ayam nak dibuat rendang, hulur tangan pulak.

Saya ingat-ingat lupa first aid yang saya baca kat blog Tuan ni. Saya terus letak tangan bawah cucur air beberapa minit. Terasa berdenyut lagi. Saya rendam dalam ais pulak. Tak kurang denyutnya. Pijar rasanya. Tak apalah. Lama-lama baik lah.

Allah Maha Besar, lepas pegang Al-Quran baca 2 halaman, saya tak ingat bila hilang rasa sakitnya.

Alhamdulillah.

Eh, boleh ucap Selamat Hari Raya lagi tak? Terasa botak kepala kejap lepas raya. Cepat ke lambat tumbuh rambut ni.

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri

 Ehsan gambar. Terima kasih. Takut ni curi gambar orang. Nasib baik dia letak watermark.

 Kalau dilipek sebosar kuku
Kalau dibontang sebosar alam 
Kok hilang dicari
Kok hanyut dipinteh
Kok tonggolam disolam
Datang biarlah nampak muko
Kok poei biarlah nampak belakang
Jauh diimbau, dokek digamit
Seuntai salam, sojambak kato
Dogup bicaro merisik raso
Salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin

Ini adalah sms yang saya dapat dari Indra raya tahun lepas. Saya masih simpan smsnya sebab saya rasakan ianya unik dan saya belum pernah dapat ucapan raya yang macam ni. Di mana relevannya dengan aidilfitri di dalam kata-kata tu pun saya tak pasti.

Sebening air wudhu
Sesuci Al-Quran
Semerdu alunan zikir
Seindah solat 5 waktu
Setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam
Jika tanganku tak sempat berjabat
Jika muka tak sempat bertatap
Bukalah pintu maaf untukku zahir dan batin
Selamat hari raya aidilfitri

Ini pula dari Mimi :-)


Saya dah mula bercuti esok :-) Awak mesti dah lama bercuti daripada saya kan? Insya-Allah minggu depan saya masuk pejabat semula. Tak dapat nak cuti panjang. Blog ini juga akan bercutilah nampaknya.

Dengan ini saya ingin memohon maaf tulus ikhlas dari hati andai ada salah, silap, terkasar bahasa dan terlanjur bicara sama ada saya sedar atau pun tidak sama ada di blog ini atau di mana-mana saja. Semoga Syawal dapat meneruskan segala kebaikan yang telah dilakukan di dalam Ramadhan.

Selamat hari raya aidilfitri untuk awak sekeluarga. Memandu hati-hati. Yang tak memandu pun, teman-temankanlah yang memandu tu. Takut yang memandu tu tertidur. Demi keselamatan keluarga. Tak payahlah kita pulak yang tidur. Lainlah kalau kita perlu tidur untuk rehat sebelum kita ambil alih pemanduan daripada pemandu. Jangan pentingkan diri sendiri. Sebab yang memandu tu berkorban untuk kemudahan kita untuk sampai dengan selamat ke destinasi. Kesian pemandu.

Jangan makan banyak sangat. Nanti terkeluar balik, rugi je. Panjang betul pesanan penaja.

Gloss: Pesanan penaja khas buat yang memandu sampai kereta tersagat tu, janganlah buat lagi be it siang atau malam.

Gloss II: Nanti kita sambung puasa 6 pula ye.

Akhirnya...

Akhirnya dapat juga saya tengok tadarus kat tv. Tengok eL? Tengok je? Ye, tengok je sambil ikut perlahan-lahan. Rasa macam lintang pukang sikit bila ustaz yang hafiz tu baca. Dia baca laju. Bila keluar nama dia, saya cakap dalam hati; "Oh...patutlah. Al-Hafiz rupanya". Kalau ustaz lain baca baru dapat ikut. Ada pulak yang panjang sungguh nafasnya. Makcik pulak berdosa tercuri nafas.

Dah lama saya nak tengok tadarus ni tapi - alasan - waktunya lambat sangat. Pukul 12 tu saya dah mesti masuk tidur. Kalau tidak, lemah badan nak bangun pagi. Mula la pergi kerja lambat. Rasa nak MC la. Demam la. Sakit kepala la.

Tadarus la satu-satunya yang tak ada ulangan kat Astro. Ye ke? Kalau rancangan lain yang tak best tu, ulang 88 juta kali. Macam movie Senario tu. Daripada raya tahun Gajah sampailah ke raya tahun ni, ulang sampai lebam.

Lagi satu, Astro bukan siarkan sampai habis 1 juz setiap hari rasanya. Diorang ikut jam. Kalau slot tu 1 1/2 jam, by 1 1/2 jam mesti kena berhenti program tu.

Minggu depan mana ada dah tadarus :-( Sedihnya.

Saya punya tadarus tak habis lagi :-) Insya-Allah. Sabar eh. Nak suruh siapa yang sabar ni eL?

Monday, September 6, 2010

Sabtu D'Carrefour

 Tengah menguap ke apa tu? Macam budak kecik dapat majalah Sayang Muslim. Saya langgankan untuk dia majalah Ana Muslim. Dia nak jugak Sayang Muslim tu. Ni baru lepas beli kasut dia kat Carrefour Wangsa Maju. Betul ke Carrefour nak tutup atau tukar tuan punya je? Ramainyalah orang. Sampai jem lorong-lorong yang nak lalu dengan troli-troli. Logiklah kan. Orang semua nak beli-belah untuk persiapan raya. Minggu ni je la yang tinggal pun. Minggu depan boleh jugak beli kalau nak. Bulan depan pun boleh. Carrefour tu tak lari ke mana. Tapi dah lepas rayalah LOL.

 Lepas dah belikan Fakhrul baju melayu dan kasut Alya, saya ajak diorang pergi ke Wangsa Walk. Tujuan saya nak tengok tempat nak berbuka petang nanti dengan si Lan dan Maz. Nak tengok kat mana suraunya. Ada telekung ke tidak. Si Alya ni taknak pulak ke sana. Taklah jauh sangat. Sebelah Carrefour je. Tapi kalau jalan kaki budak besar Alya tu penat jugaklah. Memang dia kata dia penat. Dia memang macam tu. Kalau barang dia dah dapat, dia nak cepat je balik. Tapi saya fikir jugak, kesian kat dia. Dah la dia puasa. Kang tak pasal dia penat dia kata nak bukak puasa pulak. Alhamdulillah, setakat hari ni dia belum tinggal puasa.

Dia nak Uno Attack kalau dia dapat puasa penuh. Apa benda Uno Attack tu?

Saturday, September 4, 2010

Iftar D'Chenor

Yang buat saya tergelak masa nak upload gambar ni ialah bila saya terperasan ada yang tak sepatutnya didedahkan. Dengan kebijaksanaan yang ada dan pengetahuan IT dan perisian yang terhad yang ada kat PC ni, saya terpaksalah mekap sikit beberapa bahagian yang tak sepatutnya didedahkan. Tak buat macam tu, saya pulak yang dapat saham tak berapa baik. Tak senonoh betul Mak Andak saya duduk hehehe.
 
Muhammad Hud 
Semua ni saya tak sempat nak upload masa iftar kat Chenor minggu lepas. Kenapa banyak sangat gambar budak debab ni? Dia ni one of the apples of our eyes. Lupa umur dia berapa tapi sampai sekarang dia belum pandai bercakap. Ada hikmahnya kot. Sedangkan dia belum pandai bercakap ni pun jenuh nak mengukur rumah, inikan pulak kalau dah bercakap. Mahu rabak mulut umi dia.
   
Hahaha...sorry la Mak Andak. Kakak terpaksa pakaikan "tudung" macam tu. Dah Mak Andak tak pakai tudung masa tu. Nak masuk blog ni kenalah pakai tudung. Saya rasa kena klik untuk besarkan gambar dan tengok hasil kerja saya pakaikan "tudung" kat mak saudara saya. Saya tahu ada perisian khas untuk mekapkan gambar tapi saya sangat tak kuasa nak cari.

  
  Bukan main lagi kalau nampak kamera atau flash. Duduk diam je. Macam tau-tau je orang nak ambil gambar dia. Tu baru dapat duit raya tu.

 Dengan kakak dia, Nurzahirah.

Pak Tam saya dah siap pesan masa dalam perjalanan lagi suruh beli ayam yang dibakar golek-golek tu. Saya tak tahu lah apa nama ayam tu. Saya tahu pasar ramadhan Kg Awah yang saya singgah tu memang ada jual. Hari tu saya terbaca kat blog Endiem, dia kata kat Kuantan harganya RM15 seekor. Kat Kg Awah yang boleh dikatakan bukan kawasan bandar tu berapa tau? RM19 seekor(!). Kat KL pun murah lagi, RM17. Beli jugak. Nanti kempunan pulak bapa saudara saya tu.

Friday, September 3, 2010

Degil Tahap Tak Ingat

Sepanjang ramadhan ni, rasanya kejadian semalamlah yang buat saya paling penat lepas balik kerja. Saya dah nekad, saya nak beli kuih je kat pasar ramadhan. Dah niat dah dalam hati nak beli agar-agar santan sebiji dan kuih seri muka sebiji. Cukup. Saya tak boleh makan banyak. Dapat dua-dua kuih tu. Agar-agar pun consider kuih la eh. 

Bila lalu gerai akak yang jual sayur-mayur tu rasa macam nak singgah. Nak tengok sayur apa nak beli. Saya teringat kobis Beijing yang baru je habis kat rumah tu. Kobis ni tahan lama kalau simpan dalam peti ais. Sayur lain simpan dalam peti ais pun cepat rosak. Mundar-mandir gerai dia, tiba-tiba ternampak pucuk paku. Lepas tu kerang. Ah, sudah. Dah lama saya teringin nak buat kerabu pucuk paku. Tapi saya pendamkan je sebab memikirkan betapa lecehnya nak buat kerisik. Saya tanya akak tu ada kerisik tak. Saya ni tak serik. Saya tahu kerisik yang dah siap bungkus ni tak berapa nak sedap, saya beli jugak. Sebab penyakit malasilitasi melanda la ni. Nak buat kerisik nak kena beli kelapa parut. Lepas tu nak sangai lagi. Nak blend lagi. Aduhhhh...makcik dah la penat. Yang pergi buat hari kerja tu buat apa. Buat la hari cuti. Ok la, cuba je la kerisik akak ni. Mana tau kot-kot sedap. Nampak macam fresh lagi kerisik dia. Saya tanya kerang sekilo berapa? Tak sempat nak cakap saya nak berapa kilo, dia dah ambikkan untuk saya 2 kilo. Banyak tu. Banyak kulit(!). Sampai suami akak tu tanya berapa orang nak makan tu. Nasib baik akak tu tolong jawabkan kerang tu dah rebus boleh simpan. Bawang pulak. Bawang merah baru je habis. Lepas dah dapat semua, saya cepat-cepat balik. Kalau saya tunggu lagi kat situ, hujan ribut pulak kang.

Sampai rumah, ingatkan nak buat kerabunya lepas terawih. Tapi takut pulak besen letak kerang tu tiba-tiba kosong sebab kerangnya merayap ke serata rumah. Eh, kerang merayap macam siput sedut ke ha? Jadi, nak taknak saya terus basuh kerang dan rebus. Saya rebus dalam periuk nasi letrik. Bukan taknak guna gas. Kang tiba-tiba gas habis, naya. Sebenarnya saya tengah berjaga-jaga ni takut gas habis. Gas tu saya guna sejak bulan September tahun lepas lagi. Bimbang jugak tengah masak untuk hidangan raya nanti, habis pulak. Tapi kalau tak habis sekarang, masa nak dekat raya mana ada orang nak hantar gas lagi dah. Walau dalam apa keadaan sekali pun, nak habis tetap habis.

Sambung. Iklan yang lebih.

Kerangnya sepenuh-penuh periuk tu. Takkan nak rebus sikit-sikit. Ishhh...macam mana ni. Masuk je semua. Tak pernah lagi saya rebus kerang sepenuh periuk. Dalam kepala saya dah terfikir yang bukan-bukan dah. Kang periuk ni berat sangat, rosak pulak periuk aku. Kang kalau dah mendidih mesti air dia melimpah. Tapi saya abaikan je gerak hati saya.

Sambil tu saya rebus pucuk paku pulak. Saya cuma ambil 2 ikat. Tu pun saya rasa sikit sebab lepas rebus, pucuk paku tu kecut. Ala, nak makan sorang. Cukuplah ni. Rupanya banyak 2 ikat tu. Semangkuk penuh pucuk paku tu. Saya teringat dulu masa Aishah dan Haiza masih lagi tinggal dengan saya, rasanya 4 ikat saya buat pun masih sikit. Rezeki bulan puasa kot. Pucuk paku tu mengembang hehehehe. Tak apa. Boleh makan 2,3 kali walaupun simpan dalam peti ais kira dah tak berapa fresh kerabu ni.

Dalam 15 minit lepas tu saya dah terbau kerang. Dah mendidih agaknya. Saya ke dapur nak melawat kawasan. Astaghfirullah(!). Melimpah ruah dengan khasiat. Tamak lagi. Saya senyum sambil cakap dalam hati, padan muka dan that is the price that I have to pay. Satu kerja pulak nak bersihkan air yang melimpah. Dah lap pun masih ada lagi. Tak boleh jadi, saya turunkan semua barang atas kabinet. Saya angkat plastik yang alas kabinet tu, terus campak masuk bilik air. Dah la plastik tu warna putih. Lepas tu saya cabut semua aluminium foil yang saya alas bawah plastik tu. Bawah aluminium foil tu ada plastik lagi. Yang tu saya tak cabut. Saya lap. Saya spray guna kitchen spray. Siap. 

Plastik putih tadi saya berus dan saya sidai. Betul-betul sebelum azan maghrib semua siap. Siap bersihkan. Kerabunya belum siap lagi. Balik dari terawih baru saya kerjakan kerang pulak. Kopek kulitnya. Selalu beli sekilo je. Tak terasa sangat banyaknya. Bila kena kopek 2 kilo, teringat saya gerai-gerai nasi lemak yang ada jual sambal kerang atau rendang kerang. Saya tabik la diorang kopek kerang hari-hari. Kalau saya dah give-up dah. Yang kita ni, suka-suki je senduk, lepas tu kata mahal la.

Dah siap kopek kerang, dapatlah dalam semangkuk besar. Takkanlah nak buat semua jadi kerabu. Kang namanya bukan lagi kerabu pucuk paku tapi jadi kerabu kerang featuring pucuk paku pulak kang. Simpan 3/4 dalam freezer. Tak siap lagi kerabu saya. Saya campur semua pucuk paku tadi dengan kerang. Masukkan bawang merah yang dah dihiris. Masukkan kerisik dan garam. Rasa. Tak sedap(!). Apa nak buat ni? Saya tambahkan asam limau dan cili padi hiris sikit. Rasa. Oklah kot. Tapi masih tak sedap. Sebab apa? Kerisiknya tak berapa nak sedap. Degil lagi. Lain kali kerisik buat sendiri. Kalau mak saya tahu, mesti dia gelakkan saya. Tapi saya mesti ucap syukur alhamdulillah sebab ramai lagi manusia yang tak makan kat luar sana. Dapatlah kerabu pucuk paku featuring kerang dalam semangkuk besar. Boleh makan 3,4 kali tu. Segan nak bagi jiran sebab tak berapa nak sedap.

Petang ni baru kena mekap balik kabinet tu. Aduhhh...penatnya saya. Terus datang balik sakit kepala saya. Itu baru satu dish. Kalaulah dah beranak-pinak, orang tu nak makan ni, orang ni nak makan tu. Pengsan(!)

Thursday, September 2, 2010

Cubalah Belajar Berjimat

Klinik
Akak! Lama tak datang.
Akak demam ye?
Akak nak ubat apa kak?
Akak buat apa sampai demam?
Akak minum ais banyak sangat kot.
Akak nak check blood pressure?

Lempang nak? Orang datang nak ambik ubat 'free' ni. Banyak bunyi pulak.

Errrghhh....makin sakit saya dibuatnya dengan soalan-soalan yang tak reti nak berhenti tu. Mentang-mentang saya lama tak datang. Sekali datang banyak benar soalan macam polis pencen. Ais-ais masa buka puasa tak main ye. Selama puasa saya memang tak berbuka dengan ais. Setiap hari saya mesti berbuka dengan air panas kosong. Aku simbah jugak dengan air panas diorang ni kang. Uihhh...kenapa garang sangat? LOL.

Kat rumah. Sms sebelum tidur.
Kak, nanti tolong belikan adik baju melayu eh? Hari tu abang bagi duit adik tak dapat beli baju melayu. Sampin dah ada. Dapat beli seluar 2 pasang, baju 4 pasang je.
Huh????? Banyak gila baju raya dia beli.
Berapa abang bagi?
RM300.
RM300 tak boleh dapat baju melayu? Haaa...pakai je la sampin dengan seluar dan t-shirt yang awak beli tu.

Bertambah sakit kepala saya.

Melampau tau budak-budak sekarang. Belanja raya dia mengalahkan orang yang kerja. Kita pun tak buat persiapan apa-apa. Langsung tak beli apa-apa. Memang langsung tak ada. Daripada baju sampailah ke biskut raya, memang tak ada. Pakailah baju yang ada tu. Baju kerja pun baju kerjalah. Bukannya orang kampung tahu pun tu baju kerja kita. Kalau diorang tahu pun, ada aku kisah? Memang tak pernah ada baju raya pun sejak umur saya 18 semalam.

Heeee......bukan tak boleh belikan dia baju melayu, tapi dengan RM300 dia boleh dapat baju melayu, seluar dan t-shirt. Pendek kata boleh dapat set lengkaplah. Ke saya yang tak tahu dengan RM300 tu hanya boleh buat kenyit mata je? Bukan apa, sejak kecik saya tak pernah diajar bermewah-mewah. Kalau baju raya tu dapat sepasang memang seribu rahmat. Inikan pulak berpasang-pasang. Memang tak merasa nak beli sendiri. Semua mak ayah belikan. Terima je suka atau pun tak.

Tapikan el, kau tak boleh samakan zaman kau dan zaman adik-adik kau. Apa pulak. Berjimat tak kira zaman apa. Tak kira, tak kira.
Dia bukan apa tau. Dia tahu kakak dia ni memang tak akan kata NO punyalah. Saya sendiri tak perasan yang saya susah nak kata NO kat adik-adik saya termasuk Alya. Diorang yang bagitahu saya. Hari tu, si Alya nak goodie bag yang dijual di pasar ramadhan, saya belikan je terus tanpa banyak soal. Padahalnya dalam goodie bag tu cuma ada kerepek kentang dan barangan Mamie. Tak ada kena mengena pun untuk berbuka puasa. Tapi saya beli jugak. Dah beli tu saya tanya dia kalau papa marah macam mana? Dia jawab siapa suruh maklong beli. Aduhhh. Adik saya yang bongsu cakap, awak kan tahu maklong tu pantang disebut nak beli, mesti dia belikan punyalah. Errr...ye ke? Tapi memang ye. Saya sendiri tak perasan. Diorang cakap baru saya perasan. Dah tu nak buat macam mana. Tak sampai hati.

Tak kebah la demam saya.

Wednesday, September 1, 2010

Allah Tarik Sedikit NikmatNya

Semalam niatnya nak ajak mak dan adik-adik datang berbuka kat rumah. Allah tarik nikmat sikit semalam, langsung tak jadi. Setengah hari saya terlantar atas tilam. Tak berapa sihat. Mata bengkak tak cukup tidur. Tak pasti sama ada saya stress atau saya tidur dalam aircond yang kuat hari ahad. Sepupu saya si Farah, kalau tak pasang aircond, tak basahkan kepala sebelum tidur memang dia tak boleh tidur. Aircond pulak dia pasang sampai 16(!). Saya pulak terpaksa berkongsi bilik dengan dia sebab Pak Teh saya ajak berbuka dan bersahur di rumahnya. Tebal sungguh kulit si Farah ni. Saya ni tak boleh sejuk sangat, tak boleh panas sangat, tak boleh tak cukup tidur, tak boleh tak cukup air. Cepat je nak demam.

Hari Isnin saya dah rasa aura nak demam. Pakai aura-aura pulak demam kau ye eL. Hari Selasa memang all out melepek. Memang saya tak masak. Tak ke pasar ramadhan. Tak makan. Tak minum. Entah berapa biji ubat saya telan. Plan saya nak beli barang-barang keperluan semalam terpaksa saya batalkan. Memang tak larat betul badan ni.

Saya sedar semalam adalah Hari Kemerdekaan Malaysia tapi dengan keadaan macam ni, memang tak patriotik pun saya tunggu countdown. Amboiiiii...countdown kau nak tunggu. Kau punya tadarus tu bila nak habis?

Lepas sahur tadi perut saya pulak tak berapa selesa. Rasa macam nak MC je. Tapi saya ada Conference Call pulak hari ni. Tak datang kang, mahu sepanjang tembok besar China jelingan bos saya.

Entah-entah berjangkit dengan demam dan batuk si Shanna. Hmmm....