Thursday, February 23, 2012

Hasil Alya


Anak dara sorang tu suruh saya buat ni. Katanya kawan-kawan dia oder.


Sementara saya siapkan oder, dia buat ni. Mengacau je kerjanya. Buat lambat siap je. Lepas tu dia kata yang dia buat tu dia nak jual. Bertuah punya budak. Jahit compang camping macam tu nak jual. Tak berkat nanti duit yang dapat tu.

Dia memang kena banyak sabar kalau nak buat ni. Dia tak sabar kalau buat benda yang makan masa panjang berulang-ulang. Dia tak fokus. Cepat jemu. Yang dia tau nak siap cepat dan nak cepat tengok hasilnya. Kalau siap cepat tapi tak cantik dan kemas nak buat apa. Kalau mengadap laptop atau tab berjam-jam takpe pulak.

posted from Bloggeroid

Sunday, February 19, 2012

Jujur Aku STRESS

Hahaha.

Sejak akhir-akhir ni saya jarang tengok drama melayu. Satu-satunya program yang saya ikut adalah Rajalawak. Boleh juga gelak sendiri hilangkan stress di pejabat. Yang lain saya nak ikut pun saya tak larat. Balik kerja dah penat.

Saya tertengok promo cerekarama Jujur Aku Dayus selepas tengok Buletin Utama. Macam best sebab ada Beto Kusyairy heeee...

Tengok promonya macam dah tau apa kesudahan ceritanya tapi Beto punya pasal nak tengok jugak. Selalunya drama melayu kita dah boleh tau apa kesudahannya sebelum habis. Tapi drama ni semakin nak habis, semakin STRESS saya tengok.

Siap cakap dengan diri sendiri: "weh...si Beto ni, cakap je la yang isteri kau tu curang(!)". Hahaha sebab saya tengok promo ada part curang-curang ni disiarkan.

Bila si Beto dah cakap yang dia nampak isteri dia curang, makin stress saya bila sebenarnya dua-dua adalah mangsa keadaan. Tapi sebelum isteri dia mengaku yang dia tak patut keluar dengan lelaki lain, saya dah cakap sorang-sorang dah, "yang kau keluar dengan lelaki lain kenapa? salah kau lah". Nasib baik penulis skrip ada buat dialog yang isteri dia mengaku yang dia tak patut buat macam tu.

Over kan. Tengok drama melayu pun nak stress. Nangis tak usah cakaplah. Cerita ni best. Lagi best dari Ombak Rindu.

Lain kali tak nak tengok lagilah. Hahaha tak pasal-pasal naik tekanan darah.

Entah apa-apa. Tengok drama pun nak stress.

posted from Bloggeroid

Monday, February 13, 2012

Tak Ada Kerja Cari Kerja




Nak buat apa?

Tungguuuu.

Jenuh la makcik nak menjahitnya. Pengsan.

posted from Bloggeroid

Monday, February 6, 2012

Car Charm


Ni namanya tak cukup kain felt. Gunting jari sendiri. Ingat dah budget elok dah, kena jugak.


Tak tau la terpotong sekali dengan urat ke apa. Pedih semacam je.


Hasil selepas tergunting jari sendiri. Buat untuk suka-suka. Tak tahu rezeki siapa :-)


Cuba buat yang macam ni pulak. Nak embellish pun caranya sama je sebab ada embellishments pun terhad.

posted from Bloggeroid

Sunday, February 5, 2012

Pencil Case


Bahagian depan. Pertama kali saya buat pencil case. Saya tak suka reben tu tapi dah tak boleh cabut. Kain felt kalau kena glue gun lekat kuat. Boleh rosak felt terutama kalau felt tu berkualiti rendah. Saya banyak buat warna merah jambu, biru dan hitam sebab saya ada banyak kain felt warna tu. Untuk item yang saya baru belajar buat, saya akan guna felt warna yang saya ada banyak.


Bahagian belakang.

posted from Bloggeroid

Tikus Dengan Labu


Saya beli ini di Daiso. Memang niat asal nak cari bekas untuk keringkan sudu yang dah dibasuh atas sinki. Bekas yang ada dah berkarat tahap kena buang dah.


Beli tak fikir, jadi macam ni lah. Termenung kejap. Macam mana nak buat ni. Kalau letak senduk memang lulus.


Dia ni jadi mangsa.


Sakit jugaklah tangan nak tebuk. Kat tengah-tengah dah tak sampai nak tebuk dengan puncher.


Hasilnya. Lebih baiklah dari tadi :-)

posted from Bloggeroid

Friday, February 3, 2012

Daiso Japan Pavilion


Si Rem yang bagitahu saya Daiso ada kat Pavilion. Masa dia kata dia beli pouch kat kedai RM5 kat Tokyo Street Pavilion, saya buat tak tahu je. Dah tu, dia tak sebut Daiso. Dia sebut kedai RM5. Mestilah saya buat tak tahu LOL.

Ni kali kedua saya ke Daiso Pavilion. Kali pertama saya pergi entah kenapa saya tak nampak seksyen ni. Nak melompat rasa. Selalunya kalau saya nak beli felt saya kena beli online atau ke kedai bunga reben kat Plaza City One. Jauhnya la kalau nak beli lepas balik kerja. Sekarang senanglah. Sebelah pejabat je.


Saya beli warna ni je :-)

posted from Bloggeroid