Thursday, April 28, 2011

Saya Suka Akak...

Syarikat saya tak pernah adakan mesyuarat lebih dari sejam kecuali mesyuarat lembaga pengarah. Tapi semalam mesyuarat saya dengan HR lebih dari sejam. Masalahnya serius juga. Berkenaan dengan Borang EA pengarah yang HR salah buat. Pengarah saya dah submit online. Naya sungguh. Penat bos saya kena tadah telinga dengar pengarah saya membebel. Penat juga dia minta maaf.

Saya?

Jangan tanya la. Dag dig dug. Punya la takut kena marah dengan bos. Saya tak semak. Tak pernah pulak saya semak Borang EA pengarah. Tahun-tahun lepas tak pernah salah pun. Figures semua sama. Tak tukar pun. Takkanlah tahun lepas pengarah saya dapat 10k, tahun ni dia dapat 5k pulak. Directors fees tu fixed. Tak berubah setiap tahun. Dalam Borang EA, HR letak separuh dari yang pengarah sepatutnya dapat. Memang patut la pengarah saya mengamuk kan?

Jadi, bos saya suruh saya aturkan mesyuarat dengan HR nak bincang tentang kesalahan yang selalu sangat HR buat. Bincang punya bincang. Hentam sana hentam sini. HR manager tu cakap, "Ok, figure ni dah betul. Yang ni pun betul. Haaa...yang ni. Ok el....I want to know where you got this figure". Belum sempat saya jawab, tiba-tiba staf dia cakap, "That one was my mistake, I wrongly put that figure in". Melompat la manager dia.

Hah? Dia salah letak figure? Hancusss...

Yang bestnya HR manager tu cakap dengan bos saya lepas dia dah melompat tadi tu, "Actually I want to challenge el where she got that figure. Suddenly she (staf dia) said that's her mistake. Tadi masa discuss kat ofis kitorang, she said this figure is correct".

Kwang! Kwang! Kwang!

Waaaaaaa...saya suka la kat akak HR manager tu! Sebab akak guna perkataan "challenge". Depan bos saya pulak tu. Lepas tu staf akak sendiri mengaku salah dia.

You messed with the wrong person...



p/s: kau el...takbur takbur...

Friday, April 22, 2011

Dynamo vs Attack


Tetiba ada gambar sabun.



Saya pakai Dynamo. Ini cecair (hiksss...macam lah orang tak tau cecair). Sejak saya dah tak duduk dengan mak. Kalau mak saya, dia pakai yang serbuk. Yang serbuk tu kalau masuk dalam mesin basuh, kadang-kadang tak larut. Habis melekat kat baju. Ada cara sebenarnya nak bagi dia larut. Tapi penyakit malasilitus bermaharajalela.

Iklan dalam TV menunjukkan Dynamo boleh hilangkan kotoran yang degil. Itu memang terbukti. Nak bukti hidup, tanya saya LOL. Testimonial hidup.

Dulu housemate saya pakai Attack. Saya perhatikan, dia rendam baju beberapa hari. Tak busuk ke? Memang tak. Lepas mesin baju pun dia tak terus sidai. Dia biarkan dalam mesin beberapa hari. Tak berbau ke? Tak jugak.

Satu hari saya kehabisan Dynamo. Kat Jusco pun tak ada yang botol kecik. Yang botol besar tak larat nak bawak balik. Jadi, belilah Attack botol kecik. Boleh rendam kain buruk lama sikit. Hilangkan kotoran yang melekat kat kain buruk.

Kesimpulannya.

Dynamo. Memang bagus untuk hilangkan kotoran degil tapi tak bagus untuk merendam beberapa hari. Kotoran memang terbukti tanggal tapi air rendaman mudah berbau.

Attack. Memang bagus untuk merendam beberapa hari sebab air tak berbau pun tetapi kurang bagus menghilangkan kotoran degil. Tinggal bekas lagi.

Pilihan saya? Tetap Dynamo. Sabun gunanya untuk hilangkan kotoran, bukan untuk merendam berzaman-zaman. Merendam berzaman-zaman tu untuk orang yang berpenyakit malasilitus. Nak merendam boleh, tapi kena selalu tukar air.

Errr...tokey Dynamo taknak bagi makcik supply Dynamo setahun ke? Penat makcik promote nih.

Tutup

Ada orang bertanya dengan saya.

Orang: Dah pakai baju kurung, kenapa nak pakai sarung lengan lagi? Lengan baju kurung kan dah panjang.

Saya: Macam mana tau saya pakai sarung lengan?

Orang: Nampak tuuuu...

Senyum.

Saya: Walau sikit pun mata awak nampak sarung lengan saya, kat situlah salah satu bahagian aurat saya yang patut saya tutup.




p/s: ala...kecoh la. Itu pun nak tanya. Kalau awak tau agama, awak takkan tanya soalan cerdik tu.

Thursday, April 21, 2011

Tak Tau La Nak Letak Tajuk Apa

Masa kita belajar dulu, kita semua ambil kursus mengikut minat kita. Macam macam kursus ada. Saya nak bercakap tentang orang yang berlatarbelakangkan IT.

Daripada pemerhatian saya, orang yang berlatarbelakangkan IT ni tak la segalak orang yang tak ada latar belakang IT bila bercakap tentang melayari internet.

Contohnya Facebook. Contoh je ye. Kang ada pulak hardcore kat sini. Saya yakin semua orang ada Facebook. Semua orang ketagih dengan Facebook. Ada ke yang tak ketagih? Jangan tanya orang yang tak ada Facebook macam saya. Jawapannya memang tak ketagih langsung.

Orang yang ada pengetahuan IT ni tak ada pulak diorang kisah sangat Facebook diorang update ke tidak. Mungkin sebab kat tempat kerja sibuk bergelumang dengan IT, balik kerja komputer pun dah tak lalu nak tengok.

Kadang-kadang kat pejabat pun tak sempat bukak Facebook. Itu kalau syarikat benarkan melayari Facebook lah. Kalau syarikat tak benarkan, memang tak merasalah bukak Facebook. Tapi orang IT ni, sama ada boleh bukak Facebook kat pejabat atau tak, boleh bukak kat rumah atau tak, diorang tak kisah pun Facebook diorang update ke tak.

Sebab?

Balik kerja dah penat.

Agaknyalah.

Hehehehe…sekadar melepaskan geram kepada orang yang selalu tanya, “Akak ada FB?”.

Jawab tak ada je. Malas nak explain, “Dulu akak ada, lepas tu akak bla bla bla”.


Wednesday, April 20, 2011

Lajuuuu...

Memang laju. Mungkin sebab sikit kot. Kalau banyak tu, mungkin dua tiga kali jugak diorang fikir nak tulis cek ni.

Kelajuan perkhidmatan yang macam ni saya suka la.

Yang saya tak sukanya, kalau tak silap mata saya yang membaca, dalam borang online tu disuruhnya kita bagi nombor akaun. Kononnya untuk memudahkan refund dimasukkan ke dalam akaun kita. Habis tu, yang bagi cek tu kenapa? Kalau banyak tu best la jugak LOL.

Bukan.

Ni bukan masalah banyak ke sikit. Ni masalah, bila borang tu tulis terus masuk dalam akaun, takyah la nak pergi bank. Orang yang tak suka pergi bank macam makcik ni, memang suka la bila borang tu tulis macam tu.

Ni dah bagi cek ni siapa nak pergi bank in ni? Nak masukkan dalam cheque deposit machine pun kena pergi bank jugak kan?

Itu. Evil in me.

Ini. Angel in me pulak.

Alhamdulillah. Cepat dapatnya refund ni. Cek pun cek lah. Orang dah pulangkan balik duit hang, ambik je lah. Daripada diorang tak pulangkan langsung. Sikit pun kita punya jugak. Urusan nak ke bank atau tak, itu urusan lain. Jangan susahkan benda yang senang.

Tengok tu. Evil punya cerita bukan main panjang dari Angel. Punyalah jahat Evil ni kan???

Tuesday, April 12, 2011

Baitul Ehsan Taman Maluri

Aktiviti ni diaturkan oleh Srikandi, Alumni Sekolah Tun Fatimah. Saya menumpang je. Paginya taklimat dari Syarifah Mazlina. Petangnya taklimat kebersihan dari seorang doktor perubatan. 

Saya sampai, taklimat Syarifah Mazlina dah bermula. Seronok dengar dia bercerita. Kelakar jugak dia ni. Abaikan cerita-cerita yang kita dengar pasal title dia tu ye :-)

Taklimat dah habis. Syarifah Mazlina tengah tandatangan dan mengagihkan poskad pada anak-anak yatim ni. Dia suruh simpan poskad tu sebab limited edition.
Anak-anak lelaki bergambar dengan poskad Syarifah Mazlina. Yang berbaju melayu hijau tu kembar.

Anak-anak perempuan dan Ummi pulak bergambar dengan Syarifah Mazlina. Saya terperanjat bila saya perhatikan ada di antara anak-anak ini yang lengan bajunya disambung dengan kain lain. Kain tu pulak memang saya pernah nampak dan ada kat rumah saya sekarang. Kain tu adalah bekas tisu yang Haiza buat sendiri untuk dijadikan buah tangan masa kenduri kahwin dia tahun lepas. Kesian saya tengok.

Masa makan. Lepas diorang makan, ada hamba Allah yang bermurah hari bagi nasi dan lauk-pauk. Lauk-pauk yang ni pun banyak yang tak habis.

Baik je diorang ni. Lepas makan diorang disuruh bercakap sorang-sorang tentang apa saja. Srikandi nak tengok diorang boleh berkomunikasi atau tidak. Saya tak boleh layan sangat perasaan masa kat sini. 3 kali jugak airmata saya bergenang.

Si comel Izzah bersama nasi dan airnya :-)

Monday, April 11, 2011

Cicak Berkepala Dua

Petang tu, macam biasa, lepas bagi salam dan masuk rumah, saya terus ke bilik. Kebiasaannya saya tak bukak lampu. Terperanjat saya ternampak benda alah ni. Saya cakap dengan dia, "kau dah tau aku takut dengan kau, yang kau tiba-atiba muncul apasal?". Lepas tu, "eh...macam kepala dua je kau ni. Tak boleh jadi ni. Mana kamera mana?".

Kabur la pulak. Tak pasang lampu katakan. Kang pasang lampu atau flash dia lari pulak. Ni kira scoop ni. Boleh keluar Mastika.

Haaaaaa....clear sikit.

Saya pun cerita la beriya-iya kat Alya yang saya jumpa cicak berkepala dua. Dia pun percaya la. Siap bagitahu papa dia. Kan? Kepala dua kan?

Dia tangkap rama-rama rupanya. Belum sempat masuk mulut. Baru dikepitnya. LOL.

Sunday, April 10, 2011

Lace Headband Pulak...

Layan :-) Diorang cakap, kalau saya ada anak perempuan, agaknya sehari berapa kali la tukar sepit dan cekak. Kiri kanan pakai agaknya.

Bab "pakai" tu tak kisah sangat. Bab dapat anak tu, mudah-mudahan. Amin.....

Si Alya tak usah cerita la. Dipakainya sepit, cekak sekaligus kat rumah. Kalau dia keluar pakai tudung, diletaknya cekak atas tudung. Budak yang pakai, comel lah. Kalau orang tua macam saya ni, buat gelak dek orang je.





Saturday, April 9, 2011

Cekak Pulak...

Buat semak kat sini :-) Amatur punya workmanship.











Friday, April 8, 2011

Alma Mater

Saya tak pernah terfikir akan ke sini lagi. Bila Pak Teh saya bagitahu saya yang dia sekarang adalah Guru Besar sekolah ini, masih belum terbayang saya akan ke sini semula. Tahun lepas saya tidak berkesempatan ke sini bila Pak Teh buat majlis berbuka puasa untuk sekolah dia.

Saya percaya kepada rezeki Allah. Lambat laun saya akan kembali. Allah Maha Mendengar. Pak Teh ajak saya singgah ke sekolahnya suatu pagi sebelum kami meneruskan perjalanan balik kampung. Katanya ada kerja yang belum lunas dan hari itu adalah hari terakhir untuk menghantar dokumen sekolah secara online.

Tak ada siapa saya nak kongsi betapa sukanya saya dapat menjejakkan kaki ke sini semula. Semuanya, diulangi, semuanya berubah 99%(!). Dengan langkah yang Tuhan je yang tahu betapa berombaknya dada saya, saya mengimbau semula kenangan di sekolah ini. Saya membayangkan keadaan sekolah ini dahulu dan sekarang. Kepala saya ligat memikirkan di manakah tempat ini dan tempat itu suatu ketika dulu. Saya bersekolah di sini dari darjah 1 hingga darjah 4. Ketika saya berada di darjah 4, bulan 4, saya dilantik menjadi pengawas, ketika itulah ibu bapa saya berpindah di tempat yang kami diam sekarang.  

Gambar sangat banyak. Tapi yang ini saja yang mahu saya kongsikan.

Dulu tidak ada kelas pra-sekolah. Sekarang dah ada. Untuk guru-guru agaknya. Takkanlah untuk murid-murid pulak kan?

Dulu kantin ini berdekatan dengan pintu masuk sekolah. Sekarang ia berada di bahagian bawah bangunan lama.

Dulu sekolah ini tidak ada surau. Sekarang surau ni sebesar-besar alam saya rasakan. Pejabat saya pun tak ada surau secantik ini.

Kelihatan ada beberapa orang murid sedang belajar errr...tak tau lah apa...tae kwan do kot.

Dulu sekolah ini tidak ada taman. Kering kontang. Yang ada hanyalah kebun sayur di belakang kelas saya yang hanya bangunan setingkat.

Dulu tidak pernah ada papan kenyataan yang berwarna-warni macam ni.


Dulu perpustakaan berada di tingkat 3 bangunan lama. Sekarang ia berada di tingkat 1 bangunan baru.

Dulu meja yang kami gunakan berwarna merah. Sekarang...macam masih buruk je hehehe...

Dulu kantin ni tak sebesar ini. Dulu kantin adalah bangunan setingkat yang berasingan dari bilik darjah. Saya masih ingat, ketika darjah 1, waktu rehat, saya ke kantin beli nasi lemak. Dulu telur dalam nasi lemak adalah telur dadar yang dihiris halus-halus. Dalam pinggan kecik, warna oren. Kantin kecil. Tak ada tempat duduk. Saya duduk berdekatan dengan kaunter membeli, ada pangkin kosong kat situ. Tiba-tiba datang sebelah saya seorang budak lelaki. Saya tak kenal. Dia duduk sebelah saya dan ambil telur dadar saya. Nak menangis saya rasa. Itu je la yang saya ada, dia pergi ambik pulak. Dah la sikit. Budak-budak, telur goreng adalah makanan kegemaran. Saya la tu hiksss....

Dulu tempat parkir kereta guru ini adalah tarmac. Ada tiang bendera dan padang rumput yang tak berapa luas. Ada beberapa pokok pain kat sini. Saya sempat bermain kejar-kejar dengan kawan kat sini. Terasa macam Winter Sonata pulak.

Dulu pintu masuk ini tidak seluas dan sepanjang ini. Dari pintu masuk, sebelah kanan adalah kantin. Sebelah kiri kelas saya. Di tepi kelas saya ada pohon kemboja. Di bawah pohon kemboja itulah saya main getah terlompat-lompat dengan kawan baik saya. Saya masih ingat namanya Azimah. Entah di mana la dia agaknya sekarang. Kami terputus hubungan selepas saya berpindah. Di belakang kelas saya kebun sayur budak-budak darjah 6.

 Dulu sekolah ni hanya ada 1 bangunan 3 tingkat dan 1 bangunan setingkat. Sekarang ni ada 3 bangunan 3 tingkat. Dulu di sebelah sekolah ni ada padang yang besar. Setiap hari saya pergi dan balik lalu padang tu. Sekarang padang tu adalah sekolah menengah. Jalan lama ke rumah saya pun saya dah tak kenal. Berubah 100%.


 Ini pemandangan dari tingkat 1 landskap berdekatan pintu masuk. Dulu kawasan inilah bangunan setingkat kelas saya, dibelakangnya kebun dan di tepinya pohon kemboja. Sekarang lenyap sama sekali. Pohon kemboja tak mungkin saya jumpa lagi.

Dulu tidak ada shades sebegini. Sekolah ini kering kontang dan memang tidak ada tempat nak duduk untuk melepak atau mengulangkaji. Memang betul-betul sekolah je.

Guess what? Kami tak jadi balik kampung hari tu sebab sistem online yang sepatutnya Pak Teh kena endorse mengalami masalah teknikal sedangkan dia kena endorse hari itu juga. Biasalah, dah sampai tarikh akhir, semua orang nak hantar online. Jem lah sistem tu. Tapi berbaloi. Akhirnya doa saya termakbul untuk kembali semula ke sekolah ini. Alhamdulillah. Guru penolong kanan sekolah tu terperanjat melihat saya sebab ada bekas murid sekolah ini yang masih "hidup" dan "gebu".