Saturday, September 21, 2013

Puding Kelapa

Terjumpa ni kat lrt Ampang Park tapi tak sama dengan yang saya pernah makan di Sabah tahun 2008. Sampai sekarang masih belum jumpa kat KL.


posted from Bloggeroid

Monday, September 16, 2013

Air Masak

Assalamu'alaikum,

Dah lebih 6 bulan saya bekerja di BP. Ini bermakna saya sudah pun confirm. Setakat ini, Alhamdulillah persekitarannya amat menyeronokkan. Seolah-olah saya dapat balik persekitaran bekerja sewaktu di KUB dulu.
 
Jabatan saya terbahagi kepada 3 iaitu Legal, Corporate Secretarial dan Compliance. Subjek dalam ini "gambar" adalah Ketua bahagian Compliance iaitu En. A. En. A ni memang health conscious. Umurnya dah hampir masuk jubli emas tapi rupanya tak menggambarkan usianya.
 
Satu hari, dia ke pantry dan masuk ke pejabat dengan segelas mug di tangan. Di dalam mug ada sudu. Sampai di tempat duduk, dia mengacau-ngacau air di dalam mug. Dalam hati saya, En. Ali minum air manis? Dia kacau lagi seolah-olah gula di dalam air tu belum larut.
 
Perasaan ingin tahu membuak-buak. Saya pun bangun dari tempat duduk saya dan jenguk ke dalam mug dia sebab nak tau dia minum air apa.
 
Saya gelak sakit perut bila ternampak air di dalam mug tu.

Wakakakakakakaka......

Air masak.

Beriya kacau.

Sunday, September 15, 2013

Ulser & Happy 12th Birthday Alya!

Assalamu'alaikum,

Entri ini sepatutnya ditulis semalam tapi saya penat sangat lepas balik daripada menemani si Alya berjalan-jalan. 3 jam je pun. Mungkin sebab faktor usia dan faktor-faktor lain (hahahaha), menyebabkan saya cepat penat.

Masa saya seusia dia, jangan kata iphone, handphone sebesar botol air pun tak merasa
 
Semalam hari ulangtahun Alya. Dia tak mempunyai permintaan yang banyak. Cukup sekadar dibawa pergi makan-makan. Tempat makan pun bukanlah bercitarasa tinggi. Sekadar makan "tuuutttt" di Wangsa Walk.

Main dish dah ada chips, order lagi starter chips. Pengsan nak abiskan.

 Birthday girl bersama seafood chowder maklong punya. Dia buat macam dia punya.


Aaaauuummmmm......
 
Dalam perjalanan ke Wangsa Walk, dia ada tunjukkan kat saya dalam mulutnya ada ulser. Orang kampung macam saya panggil mata ikan.
 
Sesampai di Wangsa Walk:
 
Alya: Dalam mulut Yaya ni banyak ikan mati
 
Saya: Hah? Ikan mati?
 
Alya: Eh...mata ikan
 
Wakakakakakakakakaka.......






Saturday, September 14, 2013

Belum Putus Asa

Tarik nafasssss.....

Jangan lupa lepas.

Nak mulakan kat mana ye? Saya mendapat semula semangat yang hilang daripada kawan sepejabat saya, As. Terima kasih As. Hampir setahun saya tinggalkan blog ni. Bukan saya sengaja. Banyak sebabnya.
 
1. Menjadi penganggur terhormat selama 5 bulan bermula bulan Mei sehingga September 2012.
2. Mendapat kerja baru bulan Oktober 2012.
3. Mengenali kawan-kawan baru yang gila kuasa di tempat kerja baru.
4. Bertukar tempat kerja lagi bulan Februari 2013. Di sini saya mengenali As.
 
Semuanya buat saya penat. Dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan, menyebabkan saya abaikan komitmen yang saya cipta sendiri.
 
Bukan sekali dua saya cuba kuatkan semangat untuk menulis semula. Bukan susah sangat. Guna telefon bimbit pun boleh. Tapi......
 
Alasan.
 
Tapi saya belum putus asa untuk kembali menulis.
 
 
 
 
 
P/S: Dalam masa 8 bulan tahun 2013 ni, saya dapat 2 anak saudara lelaki, Hazeem dan Amir.