Tuesday, May 24, 2011

Menjadi Tetamu

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Saya dijemput menjadi tetamu Allah bermula minggu depan, selama beberapa hari.

Sama ada saya balik atau tidak, saya mohon maaf kalau ada salah dan silap sama ada saya sedar atau tidak.

Halalkan semua yang telah diberikan kepada saya. Doakan segalanya dipermudahkan untuk saya.

Anda adalah kurniaan Allah yang terbaik yang pernah saya ada.

Tolong tengok-tengokkan blog saya ye :-) Tengok je tau :-)

Saturday, May 14, 2011

Merapu Seminit

Saya malas nak edit edit ni. Saya main tulis je ni. Kalau ada yang tersalah tu maafkan la saya ye.

Saya ingatkan saya je yang dah slow tulis blog, rupanya blog blog yang dulu rating berkilo-kilo pun dah senyap sunyi sepi. Ada yang siap pakai domain sendiri pun dah semakin senyap.

Laahhh...apa dah jadi? Agaknya diorang pun macam saya? Kerja berlambak-lambak. Setiap bulan ada mesyuarat pengarah yang makan masa bukan sikit. Tapi balik kerja tetap sharp hehehe.

Ye la...mana larat nak stayback. Kalau stayback, balik dah penat. Terus tidur. Tau tau dah ada kat kerusi pejabat semula. Alahai...kejap sangat masa kat rumah. Rasa macam tak balik pun ye. Macam pejabat ni pulak rumah pertama.

Kalau buat macam tu, alamatnya masa 1/3 untuk kerja, 1/3 untuk tidur dan 1/3 untuk ibadat tu memang tak wujud. At least balik awal, ada masa untuk diri sendiri (dibaca: ibadat) tu.

Kenapa agaknya graf penulisan blog kita mula mula bukan main aktifnya. Lama-lama dah menurun selari dengan ekonomi yang merudum. Kenapa eh? Saya bukan cakap orang, saya sendiri pun macam tu. Puncanya kesibukan kerja lah.

Bila ada idea, kerja banyak. Bila kerja dah kurang, idea pulak tak datang. Topik ada. Tapi bila buat ayat dah sangku sangkut, lupakan saja.

Kadang kadang saya lebih suka macam ni. Tulis bila betul-betul ada masa nak tulis. Tulis bila betul betul ada topik nak tulis walaupun kadang kadang merapu. Sekurang kurangnya tak ada la ambik masa berminit minit nak buat ayat. Sebab tulis benda yang merapu tu la jadi laju je buat ayat LOL.

Dengan masa yang terhad, tak banyak masa untuk fikir nak buat ayat. Tulis macam ni je, sedar sedar dah panjang.

Bagi saya, kalau saya nak tulis, saya tulis je. Tak perlu nak tunggu orang komen. Kalau kita tunggu orang komen, nampak sangat kita bukan minat menulis. Cececece...minat menulis sangat ke ko el? Sebab tu blog saya kosong. Tak ada profile, hit counter, followers. Saya rasa terganggu dengan benda benda tu. So, buang semua. Saya yakin, kawan kawan saya yang baca adalah kawan kawan yang setia. Kenapa saya perlu risau? Mereka memang setia. Campaklah kat mana pun, mereka ada di sekeliling saya walaupun invisible. 

Uihhh...ada yang marah ke saya tulis macam ni? Saya bukan cakap awak, saya cakap orang yang kat Zimbabwe sana tu.

Kalau orang tu memang dia penulis, lain.

Bila kita tunggu orang komen, kalau ramai, semangat la kita nak tulis, ye tak? Tapi bila orang dah tak ramai yang komen, kita pun kurang semangat nak tulis. Itu yang menyebabkan blog tu semakin sepi.

Errr...nak tutup entry tergantung macam ni boleh tak? Dapat idea nak tulis ni dari blog yang dah lama saya tak masuk dan rating yang tinggi. Bila saya masuk je, dah bagi amaran tak lama lagi blog dia semakin sunyi.

So, wujud la entry yang merapu dan unedited ni.

Permisi ye. Tata.

Esok balik kampung....yahuuuuuuuu. Rasa macam lamanya tak balik.


Thursday, May 12, 2011

Aiz

Saya "terjumpa" si kecil ni berlakon secara tak sengaja semasa saya cuba bertukar-tukar channel tv sebelum masuk tidur. Tiba-tiba saya ternampak dia ni kat TV9. Punyalah comel.

Esoknya saya tanya pakcik Google siapa budak ni. Baru saya tahu Faiz & Faizah ni pernah disiarkan di TV9 semasa bulan puasa dia Malaysia. Tahun bila saya tak tahu. Memang ceritanya berkisarkan sekitar bulan puasa di rumah anak-anak yatim dia Indonesia.

Gambar-gambar ni saya ambil masa babak dia kena pergi klinik untuk ambil injection. Dalam drama ni namanya Faizah. Panggilannya Aiz. Baru-baru ni dia dia jadi anak yatim piatu dalam drama ni bila mama dan papa dia terlibat dalam kemalangan. Sedihnya saya tengok anak sekecil ni dah tak ada mak ayah.

Setiap hari, TV9 jam 11 malam. Jenuh jugak nak tunggu tiap-tiap malam. Saya bukan hardcore. Jadi, saya tak tengok tiap-tiap hari sebab saya tak boleh tidur lewat. Nanti tak cukup tidur, boleh demam. Bagi saya, ini bukan drama biasa. Walaupun dilakonkan oleh budak-budak kecil, saya dapat beberapa pengajaran. Budak-budak ni sentiasa ingat Allah. Yang paling terkesan dalam hati saya, bila mereka baca doa sebelum tidur, mereka ucapkan terima kasih pada Allah kerana memberi mereka rezeki untuk hari itu. Berapa ramai daripada kita yang ucapkan terima kasih pada Allah kerana Allah berikan kita rezeki untuk hari itu? Rezeki bukan dalam bentuk makanan sahaja. Umur dan kesihatan juga rezeki. Terima kasih bagi akak korang ni pengajaran.

Minat sangat kat dia ni, saya sanggup tunggu sambil on kamera semata-mata nak ambil gambar dia. Gambar tak berkualiti sangat. Penat jugak nak pegang kamera nak tunggu part dia. Kejap kejap pulak tu. Kamera pun slow. Terambil gambar orang lain yang banyak. Bila saya tak ready dengan kamera, banyak pulak part dia yang lama.

Tapi dalam drama ni saya rasa diorang buat setting yang berlainan untuk si kecil ni dengan anak-anak yatim yang lain walaupun dalam scene yang sama. Kalau tengok, mesti faham apa maksud saya.

Pemilik nama Alanis Humaira Al-Maqdis

Wednesday, May 11, 2011

Padan Muka

Si Imah ajak saya pergi cari anak tudung hari Isnin baru ni. Saya pulak nak beli stokin. Yang tebal sikit. Saya ternampak satu kedai depan Ampang Puteri. Kat signboardnya tertulis "kedai barangan haji dan umrah". Saya sangkakan kedai macam tu mesti ada jual stokin yang tebal. Tapi mengecewakan sebab stokin yang macam saya nak, tak ada. Warna yang saya nak pun tak ada. Tapi saya beli juga sepasang. Warna coklat. Sampai rumah, cuba. Nipis juga bila dah kena kat kaki. Rugi RM10. Nasib baik tak beli lebih.

Bukan nak cerita pasal tu.

Dah nak maghrib. Saya cadang kat Imah, singgah solat kat rumah saya. Lepas tu boleh makan malam terus kat kedai berdekatan rumah saya sebelum dia balik. Usai solat segala, macam biasa bila nak keluar rumah, saya mesti kena kunci pintu dari dalam.

Tiba-tiba.

Saya: Imah!!! Akak tertinggal kunci kat dalam.
Imah: Haaa? Macam mana boleh tertinggal? Akak letak kunci kat mana?
Saya: Akak letak kunci kat dalam kotak kunci tepi dinding. Sekali dengan padlock. Ya Allah...macam mana ni? Esok nak kerja. Ada board meeting pulak tu. Takkan nak MC.

Nak menangis rasanya.

Saya: Ok, tak apa. Rileks. Kita pergi makan dulu.

Ni betul-betul saya sedapkan hati sendiri. Nak buat macam mana lagi kan? Kena bertenang dalam apa jugak dugaan Allah. Takkan saya nak kopakkan pintu tu. Tu bukan rumah saya. Kalau nak kopak pun, biar tuan rumah yang kopakkan.

Dalam perjalanan ke kedai makan, saya call Mr Tan, tuan rumah saya.

Dia tak angkat. Ah...sudah. Dia outstation pulak ke? Aduhhhh....

Dah beberapa kali saya call, akhirnya dia angkat. Dia cakap, dia check dulu sama ada dia simpan ke tidak kunci pendua.

Masa ni dah sampai kedai makan. Makan pun main telan je. Entah rasa apa. Punyalah risau. Dah la malam. Dekat pukul 9. Kalau siang tak apa.

Tak lama lepas tu, Mr Tan call. Lambat pulak dia call. Nampak sangat dia tak simpan kunci pendua. Dia datang kat kawasan kedai makan tu dan bawak saya cari tukang kunci. Dia kata, cari dulu tukang kunci. Last resort, baru kopakkan.

Dari Melawati, sampai ke Setapak, sampailah ke Danau Kota. Baru jumpa tukang kunci kat Uptown Danau Kota. Tukang kunci 24 jam yang berniaga guna van.

Saya tanya Mr Tan, kenapa dari tadi kita tak terus ke Danau Kota? Dalam kepala dia fikir beberapa tempat. Kira dia try luck la untuk ke setiap tempat tu dalam waktu orang semua dah mula tutup kedai. Dekat pukul 10 malam dah masa tu.

Masa dalam kereta dengan Mr Tan, baru saya tahu kat mana Mr Tan tinggal hehehe. Saya tanya dia kenapa dia tak ada kunci pendua. Dia cakap dulu rumah tu pernah kena umpil. Aishah and the geng tukar tombol, tapi tak bagi kat dia kunci pendua. Bijak(!)

Tak terkata leganya saya jumpa tukang kunci. Belum lega sepenuhnya selagi saya belum dapat masuk rumah. Tukang kunci tu lelaki cina muda. Masa dia tengah buat kerja tu, saya tanya jugak dia mana dia belajar bukak kunci sebab saya nak belajar LOL. Dia kata perniagaan keluarga. Maknanya apa? Tak boleh ajar saya ke LOL. Masa saya tengok dia bukak tu, saya terfikir, macam ni la agaknya pencuri bukak rumah orang hehehe.

Tak sampai 5 minit, bunyi tombol berdetak. Punyalah melompat saya macam budak kecik dapat aiskrim. Melayang RM60.

Masuk je rumah, saya bukak kotak kunci.

"Mr Tan, you take these duplicate keys".




p/s: Patutlah 2,3 hari sebelum kejadian ni, saya berfikir-fikir kat mana agaknya saya nak letak kunci pendua rumah tu. Fikir punya fikir, terus lupa.

p/s2: Baru saya tahu jugak yang Mr Tan tak tahu berbahasa cina(!)

p/s3: Saya belum pernah tertinggal kunci kat dalam rumah. Imah rasa bersalah sebab masa dia datanglah kejadian ni berlaku. Biar dia rasa bersalah hehehehe. Salah saya, saya yang tak fokus. Entah apa saya fikir.

Monday, May 2, 2011