Friday, February 25, 2011

Kalau Masih Hidup

Kalau Masih Hidup

Kalaulah mereka masih hidup
Pasti mereka sedih mata tertutup
Melihat negara yang mereka tawan
Kini tidak lagi kepunyaan tuan

Walau kau pernah menjadi hamba
Ketangkasanmu menarik perhatian Musa Nusair
Andalusia begitu sukar kau tawannya
Di biar panas dan kehausan tanpa air
 
Sungguh benar hadismu ya Rasulullah
Konstantinopel ditakluk oleh pemimpin yang baik
Tentera yang baik dan rakyat yang baik
Menjadikan ia sebuah negara yang unik

Strategi peperangan di susun indah
Memilih tentera terbaik antara bertakwa
Menakluk bukan perkara mudah
Yang bertahajjud, berwitir dan berdhuha

Duhai Al-Fateh duhai Tariq Ziyad
Andai kau masih ada di dunia ini
Perjuanganmu pasti hebat dan padat
Syiar Islam bersinar di sana sini

Duhai Al-Fateh, Konstantinopel sudah kau tawan
Tariq Ziyad menjadikan Andalusia kita yang punya
Begitu aman tiada musuh semua kawan
Yang melara dibantu supaya tiada yang teraniaya

Airmata mengerti ketika aku diulit kisahmu
Betapa pedih hati ini melihat kamu dikhianati
Masih adakah lagi insan-insan sepertimu?
Sanggup berjuang demi agama suci

Beratnya jari untuk menukilkan
Bahawa Konstantinopel dan Andalusia kini
Bukan lagi milik kita sekelian
Mengiyakan adalah satu tragedi ngeri

Begitu sukar menerima kenyataan
Bahawa seluruh Eropah bukan lagi di tangan
Andai masa dapat diputarkan
Mahukah kita membetulkan keadaan?
 
Andai kau tahu begini akhirnya
Aku pasti kau bermuram durja di alam sana
Doa kami panjatkan duhai pahlawan tercinta
Semoga syahidmu membawa ke syurga


p/s: Ada apa dengan Libya, Mesir, Tunisia....