Sunday, September 23, 2012

Layan Je....

Tiba-tiba minggu ni Alya nak datang tidur kat rumah saya. Selalunya dia datang pagi, balik petang. Tapi kali ni dia tidur 2 malam. Selalunya dia jarang suka ke rumah saya. Katanya rumah saya tak ada getah paip lol.

Tiap kali dia datang, satu je saya bimbang. Saya takut dia bosan. Rumah saya tak macam rumah dia yang lengkap biliknya dengan pendingin hawa, komputer riba, tablet & iphone. Duduk je la dia dalam bilik layan salah satu kalau dia bosan. Tapi saya pasti dia tetap rasa sunyi sebab dia tak ada adik beradik lain. Tagline dia "forever alone". Kat rumah saya, paling kuat pun dia layan tv. Dia ni duplicate perangai saya yang hanya suka duduk kat rumah walaupun sunyi dan bosan.

Kali ni dia datang kurang sikit dia tengok tv tapi dia rajin buat kraf felt. Mula-mula dia buat penanda buku yang dia dapat inspirasi dari penanda buku yang saya buat. Katanya nak hadiahkan untuk harijadi kawan. Lepas tu dia buat kek felt pulak, inspirasi dari kek felt yang saya buat jugak. Lepas tu dia dapat idea sendiri untuk buat kek yang sama tapi lebih kecil untuk dibuat rantai kunci. Dah siap, dia buat rantai kunci kek cawan pulak.

Sebelum tidur dia akan bercerita tentang apa yang ada dalam kepalanya dan sekolahnya. Salah satu daripadanya tentang kisah dia belum lahir, tentang papa dan arwah mamanya. Kami bercerita sampai ketawa mengekek sampai penat.

Saya ingat dia akan balik malam nanti. Tapi tadi saya baru mula nak masak makanan kegemarannya - asam pedas - papa dia telefon untuk bawa dia balik. Dia tengah buat rantai kunci kek cawan. Terus muncung sebab tak sempat nak siapkan dan tak sempat nak makan tengahari.

Dah masuk kereta dia lambai saya yang kat atas ni, dari bawah sana. Saya nampak dia masih memandang ke tingkap rumah saya walaupun dia dah jauh. Tiba-tiba saya rasa sangat hiba. Tak pernah saya rasa macam tu selama ni. Mengalir airmata saya.

Saya lap airmata bila saya teringat yang dia anak orang, bukan anak saya.
posted from Bloggeroid

Thursday, September 20, 2012

Stokin


Saya mengenali stokin wudhu' masa saya sibuk buat persiapan umrah tahun lepas. Saya terjumpa di salah sebuah kedai peralatan haji dan umrah di kawasan Ampang Point. Saya tahu bukan saiz saya walaupun katanya free size tapi saya beli jugak dengan harga RM10. Mana tau balik nanti bila sarung ke kaki, berlaku keajaiban ke kan? Memang tak berlaku pun. Baru nak masuk jari kaki dah tak muat. Kaki gorila. Stokin tu untuk kaki Cinderella.

Tadi saya terjumpa lagi sekali stokin ni kat kedai kawasan Melawati selepas buat medical check-up di Damai Service Hospital. Kali ni saya yakin muat. Sampai rumah memang muat. Tak ada ajaib-ajaib pun tapi....
.
.
.
.
Macam manalah orang boleh guna untuk bawa solat sebabnya bila saya cuba bengkok-bengkokkan pergelangan kaki saya, nampak samar-samar kulit kaki. Saya sarung 2 lapis baru ok.

Nampaknya kena beli lagi sepasang.
posted from Bloggeroid

Sunday, September 16, 2012

Tergamakkah Anda?

Saya hairanlah kenapa orang melayu islam sekarang tergamak mempromosikan kedai makan atau kedai roti atau kedai kek atau kedai apa saja yang akan jadi darah daging kita, milik orang bukan islam. Nama kedai dah terang-terang bukan nama orang melayu islam dan pembuat makanannya pun bukan orang islam. Walau sesedap mana pun makanannya, rotinya atau keknya, tak terlintas ke di fikiran kita tentang status halalnya. 

Janganlah sebab kita ingat "alah, ni hanya roti atau kek, takkanlah ada daging khinzir atau arak pulak", kita tak terfikir sehingga ke akar umbi tentang cara pembuatannya. Tangan yang memegang makanan tu ketika membuatnya adakah tangan yang tak pernah pegang khinzir? Kalau tak pernah sekalipun kita pasti sangat ke cara pembuatannya bermula dari memilih bahan mentah mengikut hukum syarak? Kita nampak ke apa yang diletakkan dalam makanan tu?

Jangan pulak hanya kerana roti atau keknya tersedap di dunia, kita tak terfikir langsung tentang halalnya. Halal ni bukan hanya kita tengok hasil terakhir tapi prosesnya dari mula lagi. Dan sekarang yang lebih penting ada logo pengesahan halal dari Jakim. 

Ibu-ibu terutamanya, anda adalah sumber pertama keluarga anda diberi makan dari punca yang halal. Kalau anda nak promosikan hasil tangan orang bukan islam sekalipun bukan tak boleh, silakan tapi haruslah letakkan had untuk orang islam di dalam promosi anda.

Wednesday, September 12, 2012

I Nak Buktikan Semua-semua Orang, Perempuan Cantik Pun Pandai Masak Tau....

Hehe... .maafkanlah dia. Saya rasa dia terlalu excited sampai tak sedar apa dia cakap. Tapi dia comel la dengan tangan macam sotong bila cakap ayat tu.


Pertama kali buat. Taklah sedap sangat. Rasa kuih lopes le. Senang ya amat nak buat. Selama ni yang membeli je tu apa hal? Kena kurangkan sukatan. Ikut sukatan yang ada tu dapat satu loyang tinggi 2cm. Jenuh makcik nak habiskan.
posted from Bloggeroid