Wednesday, March 23, 2011

Cukai

Dah bayar cukai? Soalan menyakitkan hati je kan.

Tahun ni pertama kali saya cuba buat e-filing. Macam biasalah manusia. Asal benda baru je takut nak cuba. Dari sehari ke sehari saya tunda nak buat. Bila dah cuba, rupanya senang ya amat.

Beberapa minggu lepas LHDN hantar borang manual ke rumah. Kalau tengok borang tu memang pening dibuatnya. Banyaknyalah benda nak tengok dan baca. Tapi kalau diorang tak buat macam tu, kita tak tau nak isi borang tu pulak.

Sebanyak-banyak buku saya beli tahun lepas hanya 5 resit je yang saya jumpa. Sedih betul. Rugi je. Tu pun memang saya letak setempat. Dalam letak setempat tu, itu je yang ada. Insurans pun macam tu. Lupa kat mana saya letak resitnya. Sekarang ni baru saya teringat, ada fail dalam almari baju. Ishhhhh.......

Tahun ni, kena ingat selalu. Tapi saya dah lupa lagi. Minggu lepas beli majalah, saya lupa minta resit. Hmmmm....jerat mana pernah lupa pelanduk.

Saya dah submit e-filing tadi. Semua orang ke LHDN berhutang? Untuk saya, hutang LHDN kat saya tu dapatlah beli stok beras barang 2, 3 kampit yang 5 kilo tu. Dapatlah tahan dalam 4,5 bulan.

Dah, saya malas nak fikir pasal cukai ni lagi. Saya nak tumpukan perkara yang lebih besar lagi yang akan berlaku dalam sebulan dua ni.


Thursday, March 17, 2011

Selipar

Masa saya berjalan kaki dari stesen lrt KLCC ke pejabat, saya melalui kawasan Convention Centre. Tengah melintas jalan ke arah sebelah sana, ada seorang lelaki hendak melintas jalan ke arah bertentangan saya. Memandangkan kereta semakin mendekat, dia cuba untuk berlari. Semasa berlari, seliparnya terputus. Kesian dia. Dia bukan orang Malaysia melalui raut wajahnya dan mungkin menuju ke kawasan pembinaan di sekitar Convention Centre.

Saya teringat semasa kecik-kecik dulu. Adik-adik sangat lasak menggunakan selipar. Baru je beli dah putus. Kadang-kadang baru pakai 2 hari dah putus. Tak dinafikan selipar yang dibeli pun yang murah. Bila dengar selipar adik-adik putus, nak marah rasanya. Nak marah bukan sebab apa. Sebab zaman tu bukan selalu ada bajet nak beli selipar walaupun yang murah. Bila beli selipar baru selalu pesan kat mereka, pakai elok-elok. Tapi macam mana la diorang nak pakai elok sedangkan diorang bermain bukan main lasak. Tak ada mainan yang tak berlari. Berlari mesti guna selipar. Kalau berkaki ayam, takut terpijak paku atau benda tajam yang lain. Kenalah belikan jugak. Kadang-kadang diorang terpaksa jadi McGyver nak sambungkan selipar yang putus tu balik. Sambung dengan dawailah, ikat dengan talilah. Asal boleh pakai selama mana yang boleh. Memang tak tahan lama. Sekejap je dah putus balik.

Sekarang? Nak selipar berapa banyak? 10? Yang murah ke mahal?

Wah....berlagak. Itulah dia. Tak sedar diri.


Wednesday, March 16, 2011

Hobi Baru

Inilah dia. Selain dari quilling. Satu kegilaan membuatnya sekarang. Kalau tak buat 2 hari, rasa macam ada yang tak kena.







Tuesday, March 15, 2011

Hadiah Untuk Bos

Salah satu kegilaan untuk membuatnya sejak akhir-akhir ini. Senang je nak buat. Yang jadi susah bila mood takde. Orang lain tengok, orang lain pulak nak. Yang pening nak membuatnya adalah saya. Aduhhh...

Sebenarnya saya nak buat kad untuk birthday bos saya. Saya fikir balik, kad dah biasa sangat. Tiba-tiba saya teringat yang saya pernah nampak kayu tu dan stand dia kat Art Friend kat The Gardens. Jadi, saya pun ke Art Friend semata-mata nak beli kayu tu dan stand dia. Ternampak pulak alphabets kayu. Datang la idea yang hasilnya macam ni.

Monday, March 14, 2011

Jamu Mata

Entah apa motif gambar ni. Main klik je.
Dia jual ayam hidup. Saya ingatkan dia nak sembelih kat situ. Kalau sembelih kat situ, pelik jugak saya. Kat mana pulak dia nak lepaskan ayam yang dah disembelih tu. Kalau lepaskan kat situ, mau menjerit semua pembeli kat situ. Rupanya beli, bawak balik. Haaa...sembelih la sendiri.
Wajib berhenti kat sini setiap kali pergi pekan sehari. Pakteh dah tau dah saya hantu ikan patin.
Saya kena dera masak patin masak tempoyak. Seperiuk besar. Stress saya. Lama sangat agaknya atas dapur. Ikan pun dah semakin hancur dalam periuk kekekeke. Nasiblah.

Kekekeke...4 orang ni, semuanya pandang ke arah saya masa ni, tanya saya apa nak beli nak masak itu ini. Bila saya acukan kamera, semua alih muka. Cissss....

Haaaaaaa....inilah pakcik yang suka sangat berpantun tu. Saya nak upload audio dia, saya terlupa bawak cable handphone. Saya nak upload video dia, bukan main la lamanya nak upload.
Rasanya dia panggil diri dia sendiri "Pak Ngah". Dia dengan isteri dia.