Saturday, March 24, 2012

Articles From Daiso


Bought these articles from Daiso Pavilion. Pre-cut felt 18cm x 18cm. It's perfect for making.....

These


Pencil case.
The texture of this Japanese felt is quite soft. I guess, to create hand made items using this kind of felt is not long lasting for care less person.

posted from Bloggeroid

Monday, March 19, 2012

Crafters' Heaven

Ini bahagian peminat seni kayu kayan.

Ini bahagian apa, saya lupa. Main snap je.

Ini bahagian felt dan foam sheet tapi mengecewakan sikit stoknya. Tak macam kualiti yang saya nak. Syukur alhamdulillah, dah tau kat mana nak cari foam sheet selain beli online. Ada yang siap-siap potong, tapi tak ada alphabet yang dah siap potong.

Ini bahagian peminat seni fridge magnet.

Ini bahagian peminat seni self-adhesive sticker.

Ini bahagian peminat seni riben.

Ini pun self-adhesive sticker.




Kat mana?

Art Friend, The Gardens.

Nak beli magnet je pun. Tapi tersangkut beli ballon brads. Kebetulan saya ada Seminar kat area Boulevard minggu lepas. Bahagian yang buat saya suka, saya tak snap sebab bahagian tu dekat dengan kaunter. Saya ni penakut nak snap gambar. Takut kena marah. Mana la tau kalau-kalau kedai tu 'dilarang memotret".


posted from Bloggeroid

Saturday, March 17, 2012

TA Mei 2011 - 13

Wahahaha....dah nak masuk setahun tapi cerita ni tak habis2 lagi. Naik bosan orang nak baca. Tak apa, ni untuk rekod saya je. Bila baca balik macam-macam rasa ada. Niat hati nak ke sana Julai ni tapi kecederaan dalaman ni menandakan Allah tak izinkan.

Umrah kedua ni kami diarahkan untuk berkumpul di lobi hotel jam 6.45 pagi. Kat sana waktu matahari dah naik dengan panasnya. Bas yang bawa kami, macam biasa datang lambat menyebabkan kami tak boleh berlama-lama ziarah luar. Ziarah dalam bas je. Kami lalu je depan Jabal Nur sebab kesuntukan masa. Jemaah tak puas hati. Ada yang minta untuk daki Jabal Nur di hari lain. Dari jauh sayup-sayup jemaah mendaki dalam keadaan panas terik.

Bas berhenti di Jabal Rahmah. Ada yang ambil kesempatan naik sampai ke atas. Yang suami isteri mudahlah sebab berteman. Yang seorang ni bimbang menyusahkan ustaz pulak kalau tersalah jalan. Kami digalakkan banyak berdoa kat sini. Ada jugak yang ambil kesempatan menaiki unta yang dihias cantik. Kesian muka unta tu. Dah la berat bawa penumpang, sarat pulak dengan asesori yang tuan dia pakaikan. Saya takut nak naik.

Setelah semua yang puas berdoa di Jabal Rahmah, kami semua dibawa ke Ja'ranah, miqat untuk berihram bagi sesiapa yang nak menunaikan umrah untuk kali kedua. Tok Mama sakit lutut. Dia tak buat umrah. Bimbang terlambat, saya meluru masuk ke masjid untuk solat sunat ihram. Bukan apa, saya tak pandai nak berebut bila masjid dah penuh, menyebabkan saya terlambat nanti. Tu pasal saya masuk ke masjid cepat-cepat. Tu pun masjid dah penuh dan rezeki saya bila kawasan sebelah masjid yang kosong dibuka. Saya orang pertama yang masuk. Alhamdulillah Allah permudahkan banyak benda untuk saya kat sini.

Kami sampai semula ke Madjidil Haram lebih kurang jam 10 pagi waktu Saudi. Ustaz Basyar bawa kami tawaf umrah. Sesudah tawaf, kami diarahkan untuk bersolat sunat tawaf dan solat sunat dhuha 8 rakaat. Kami berhenti bersa'ei ketika azan zohor berkumandang. Lepas solat zohor berjemaah kami sambung sa'ei. Dah nak hujung sa'ei ni saya dah nak pancit jugak sebab tertinggal kira-kira 200 meter dari ustaz. Kak Zah dan Kak Long lagi pancit dari saya. Ustaz suruh berhenti minum zam-zam. Lepas minum saya bertenaga semula. Maklumlah, dah berhari-hari saya tak makan.

Dengan bertahalul, selesai sudah umrah kedua kami. Tak sabar nak balik hotel untuk mandi dan bersiap-siap untuk Asar pulak. Ada jugak yang pergi sambung tawaf kedai. Terer sungguh deme nih.

Aktiviti berlaku macam biasa setelah selesai umrah kedua. Keesokannya adalah hari free and easy untuk kami. Sesudah subuh, saya ke masjid sorang-sorang sebab Tok Mama sakit lutut dan Kak Zah "cuti". Tak tergambar betapa seronoknya saya tawaf sunat sorang-sorang, solat sunat di tempat-tempat yang ustaz kata mustajab berdoa. Lepas tu saya merayap di sekitar dalam masjid. Tak berani nak jalan jauh-jauh. Takut sesat tak jumpa pintu keluar. Bukan semua orang tahu pintu King Abdul Aziz, pintu keluar masuk yang paling dekat dengan hotel saya.

Saya masih ingat lagi, hari pertama saya di Makkah, saya ikut keluarga Tok Mama tawaf sunat. Sembilan orang kami semua. Macam biasa, semasa tawaf, Tok Mama mesti nak berganding dengan saya. Dah biasa katanya. Setelah selesai tawaf, kami semua ke tong zam-zam untuk minum. Tiba-tiba semua orang tak ada. Tinggal saya dan Tok Mama je kat tepi tong tu. Aihhh....mana diorang pergi? Saya tarik tangan Tok Mama keluar dari masjid untuk balik hotel. Lohhhh...mana pulak jalan keluar ni? Saya cari-cari tak jumpa. Tok Mama dah la sakit lutut. Saya tegur satu keluarga ni yang saya pasti orang Malaysia, saya tanya kalau-kalau diorang tau kat sebelah mana pintu King Abdul Aziz. Diorang pun tak tau(!) Saya ingat semua orang tau. Tak lama lepas tu kami nampak Tok Abah. Dia memang cari kami. Alhamdulillah. Dah la hari pertama. Mana la nak alert sangat signboard nak cari pintu keluar masuk. Ikut orang pulak tu. Lagi la tak fikir pasal semua tu.

Bila Tok Abah bawak kami keluar, saya perasan yang kami bukan di tempat yang kami lalu tadi masa mula-mula masuk tadi. Maka, jangan berlagak sangat ke sana ke mari dalam masjid kalau kita tak biasa atau tak alert tanda-tanda untuk memudahkan kita keluar masuk di pintu yang sama untuk balik ke hotel. Kalau kita memang jenis ingat jalan macam kita bawa kereta tak apa. Kalau saya memang tak boleh harap. Tak jumpa jalan sikit, mesti sesat sebab kawasan dalam masjid tu semuanya sama. Masjid pulak sangatlah besar. Tu pasal kalau saya nak jalan-jalan dalam masjid lepas kejadian tu, saya pastikan yang cari tanda-tanda untuk memudahkan saya cari pintu keluar. Tanda paling mudah ialah lampu hijau yang menghadap hajarulaswad. Dari lampu tu saya tau kat mana pintu King Abdul Aziz :-)

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 14, 2012

Ilmu


Presenternya berketurunan india tapi tak seorang pun participantsnya berketurunan yang sama. Participantsnya cina dan melayu. Tapi seorang presenter india yang sangat berpengetahuan luas sudah cukup kalau nak dibandingkan dengan pengetahuan kami semua yang ciput ni


Mengantuknyalah. Presenternya sangat bagus tapi kalau dah mengantuk tu mengantuk juga. Tu yang meraban sorang-sorang kat belakang snap gambar.

Janganlah Lupa Lagi

Ni saya la eh. Tak tau lah kalau orang lain. Kalau keluar masuk tandas rumah laju je baca doa tapi kalau keluar masuk tandas pejabat, selamba je macam tak ada rasa bersalah. Bila tersedar, dah terlambat. Bila keluar masuk lagi, lupa lagi. Memang tak serik.

Orang kata, jangan la kita jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Tapi pepatah tu tak berkesan kat saya langsung nampaknya. Puas juga nak bagi ingat kat diri ni. Sebab tak biasa memang payah dan lambat sikit untuk jadikan kebiasaan.

Kadang-kadang kat rumah pun terlajak juga tapi cepat pulak teringat. Kalau kat luar rumah, siap hilang ingatan sekejap.

Doa tu tak cakap pun untuk tandas rumah je. Maknanya semua tandas pun kena baca doa waima tandas awam.

Nak didik diri perlukan semua kekuatan, kesabaran, fokus, istiqomah dan yang sewaktu dengannya.

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 13, 2012

Orang Kita

Kita ni pelik kan? Kita marah orang panggil anak kita gangster, nakal, jahat dan pelbagai gelaran lagi tapi kita tak sedar yang kita sendiri gelar anak kita macam tu.

Kita bangga tulis perkembangan anak kita di alam maya. Kita tak sedar yang kita tulis tu satu doa. Tujuan kita nak bergurau je dengan tajuk "si nakal yang comel", "cute gangster" dan sebagainya. Tapi bila orang kata anak kita gangster atau nakal, sentap tak tentu pasal. Padahal kita yang doa macam tu dalam tulisan kita.

Janganlah kita nak nafikan "eh, saya emaknya/ayahnya, tak apa lah saya cakap macam tu, orang lain tak boleh cakap".

Wohhh...patutnya kita sebagai emak ayah lah kita tak patut cakap macam tu terlebih dulu. Kita lupa. Kita tak perasan.

Jangan salahkan orang lain kalau kita yang mulakan dulu.

posted from Bloggeroid

Monday, March 12, 2012

Cerita Ceriti

Kecederaan dalaman menyebabkan blood pressure saya naik. Saya diyakinkan oleh perawat saya kecederaan tu akan beransur pulihp. Saya uji dengan melakukan kerja berat melibatkan bahagian yang cedera. Alhamdulillah, tak terasa sakit sangat bahagian tu. Saya perlu teruskan rawatan lagi sehingga saya betul-betul tak rasa sakit lagi. Sehingga ia tak mengganggu solat saya.


Oder dari kawan Alya lagi


Salah satu hasil yang paling saya puas hati. Bukan dari segi fizikalnya tapi teknik buatannya. Bermula dari potong felt, meletakkan zip, hingga siap.

posted from Bloggeroid

Monday, March 5, 2012

Blossom





Buat brooch pun ok. Klip atau cekak rambut pun boleh.

Dah lama saya fikir macam mana nak buat bunga ni. Hari tu lepas dah tengok Youtube, tak reti nak berhenti pulak buat. Suka bila menjadi :-)

posted from Bloggeroid

Sebut Betul-betul

Dah lama saya nak tulis tentang ni. Kebetulan minggu lepas salah seorang penalis Forum Perdana ada sebut juga. Minggu lepas tajuk Forum Perdana kita "Muflis Dunia Bangkrap Akhirat". Penalis ada sentuh tentang sebutan perkataan yang selalu kita zikirkan seperti lahaulawala. Saya nak sentuh tentang perkataan innalillah.

Kalau innalillah tu tak reti saya nak tulis macam mana disebut dengan pelik. Kalau lahaulawala tu, panelis tu kata ada yang sebut lawalawala.

Saya perhatikan di dalam drama kat tv, penyebutnya orang melayu islam tapi tak boleh sebut dengan betul terutama sekali innalillah, dengan penuh. Bukan saya nak kata, 'baik tak payah sebut kalau tak tau'. Tapi kena belajar cara sebut yang betul. Kalau kena sebut perkataan tu dalam skrip drama, tolonglah sebut betul-betul. Tolonglah perhatikan ejaannya betul-betul.

Bukan setakat pelakon muda, pelakon veteran pun sama. Dan saya rasa ini bukan berlaku di kalangan mereka je, di kalangan bukan pelakon pun ada. Kita nak sebut perkataan tu nak menunjukkan kita menggunakan di tempat yang betul ke? Tapi kita sebut salah. Macam mana nak dapat pahala. Ia bukan perkataan yang kita reka macam "apa celop", "apa cer", yang kita boleh sebut ikut gaya kita. Ia perkataan dari Allah yang sangat bermakna dan berpahala.

Yang menyakitkan ialah telinga yang mendengar ni, rasa nak suruh ulang je sampai 88 juta kali.

posted from Bloggeroid

Sunday, March 4, 2012

Sakit Pun Buat...

Tuan punya blog telah mengalami kecederaan dalaman. Maka
mengubatinya pun memakan masa.

Dalam sakit-sakit pun sempat siapkan anak-anak burung ni. Ni nampak je dah siap tapi belum sebenarnya. Kawan-kawan dia si rama-rama dan strawberry pun belum siap. Pengsan lagi.









Kawan Alya punya. Katanya nak pencil case sama warna macam Alya punya. Kombinasi warna bunga yang tak berapa cantik di mata saya. Sorang lagi kawan dia nak handphone charm cup cake warna hijau.

posted from Bloggeroid