Tuesday, November 30, 2010

Panjat Jangan Tak Panjat

Bukan salah dia nak panjat tempat yang selalu diorang guna untuk serving tu. Dia ni nak tukar menu sarapan ke menu biasa. Dia kena panjat dan tukar poster menu tu satu- satu.

Yang saya pelik kenapa McD kat The Mall, ada butang yang kalau kita picit je, otomatik menu sarapan tu bertukar ke menu biasa. Ala...macam iklan kat dinding yang boleh bertukar sendiri tu. Ni kalau pelanggan macam saya tengok tak apa lagi. Kalau orang lain, tak ke menjejas reputasi.

Saya percaya ada cara yang lebih baik selain dari memanjat.

Saturday, November 27, 2010

Tolonglah Percaya...


Tolonglah percaya yang saya memang tak pandai masak rendang. Ini rendang pertama yang "menjadi" (sekurang-kurangnya di mata saya la) setelah saya disoal raya tahun lepas; "kakak, apa nama masakan awak ni?". Tak macam rasa atau rupa rendang ke sampai saya ditanya sebegitu rupa? Sedih tau. Padan muka. 

Errr...ada macam rupa rendang tak? 

Rasa? Entah...main belasah makan je LOL.

Kuiz cari benda tersembunyi: Cari periuk nasi elektrik. Entah kenapa dia pun nak enterprem. 

Wednesday, November 24, 2010

Kehidupan Terindah Adalah Ketika Remaja. Betul Ke? 5

sambungan.....

Saya tak ingat bila kami mula rehat dengan hanya makan pau goreng ikan bilis. Ala pau yang macam roti goreng tu, belah tengah, sapu sambal ikan bilis dan lapis dengan sepotong timun. Masa tu harganya 20 sen. Wahhh...cerita macam zaman Jepun je kan. Kami - saya, aida, suhaila dan aini - makan tu je kat tepi kantin. Kantin selalu penuh. Jarang dapat tempat duduk. Jadi, kami berempat makan pau goreng tu tepi kantin berdekatan dengan tarmac (tempat perhimpunan). Tak boleh makan merata. Mesti makan kat kantin. Kat taman pun tak boleh walaupun bawak bekal. Kalau saya tak lupa, masa ni saya cuma bawak 50 sen je ke sekolah. Yang 30 sen lagi saya tak pasti pulak saya buat apa. Yang pasti sejak kecil saya tak pernah ada tabung. Dah tua-tua ni pulak ada tabung.

Tiap kali sebelum waktu rehat, mesti salah seorang akan tanya; "eh, korang nak makan apa?" Bila sorang jawab; "makan pau goreng", otomatik semua nak makan pau goreng. Memang best la masa tu sebab persetujuan nak makan tu memang sebulat suara yang memang betul-betul bulat. Cepat dan mesra macam tagline PDRM. Tak macam sekarang, zaman kerja ni, bukan tanya nak makan apa. Tapi tanya nak makan kat mana sebab kat area pejabat saya tu jenis makanan memang banyak terutama kat Food Republic kat Pavilion tu, tapi kalau makan kat situ tiap-tiap hari, tauke balak pun jual ubi kayu nanti. Dah la mahal, tak sedap pulak tu. Yang sedap, kat tepi-tepi longkang. Jauh pun ye. Yang tepi longkang tu tak kisah lagi, bila masuk bab lalat menyerang tu. Aduhhh...rasa macam makan nasi berlatarbelakangkan muzik lalat merempit je.

Kalau beratur nak masuk kelas, tak kira la kelas belum bermula ke atau beratur nak masuk kelas selepas rehat, memang saya tak merasa la nak beratur depan sekali atau kat depan-depan tu. Memanjang je belakang. Pernah undang-undang dibuat supaya monitor mesti beratur depan sekali. Masa tu undang-undang tu dibuat oleh Pengetua baru. Mungkin dia nak kenal monitor setiap tingkatan kot. Selang beberapa lama, saya mula mengelat. Saya diam-diam berdiri kat belakang semula. Lama-lama dah tak ada undang-undang tu. Malulah saya nak berdiri kat depan tu. Entah apa-apa entah suruh monitor beratur depan sekali pulak. Apa tak suruh monitor je bagi ucapan masa perhimpunan. Wah....angin.

Salah satu tugas saya sebagai monitor bila waktu nak balik, kena pastikan dengan cikgu yang mengajar subjek berkaitan sama ada kami ada masa ke-9 atau tidak. Ala...budak-budak ni. Dah tau masa ke-9 tu memang ada dalam jadual, nak suruh saya tanya cikgu ada ke tak masa ke-9 tu. Diorang tu bukan apa, berdoa supaya cikgu batalkan masa ke-9 tu supaya dapat balik. Maunya tidak. Orang lain masa diorang sampai masa ke-8 je. Bunyi loceng je terus boleh balik. Budak kelas sains je ada masa ke-9 untuk subjek sains tulen - biologi, fizik dan kimia. Kami ni, bila bunyi loceng tu, kemas beg jugak, tapi bukan untuk balik tapi untuk pindah ke makmal mengikut subjek masa ke-9 tu. Dulu masa ke-9 saya hanya subjek fizik dan kimia je. Subjek biologi tak ada masa ke-9 sebab subjek ni dah ambik masa lebih dalam jadual.

Sebelum masa ke-8 bermula saya dah berlari ke bilik guru bertanyakan cikgu sama ada kelas dia ada atau tak. Sambil tu saya perlu hantar kedatangan kepada guru tingkatan saya, Puan Tan. Gila lambat bagi kedatangan. Orang bagi kedatangan pagi-pagi. Mula-mula saya jadi monitor, bila saya hantar kedatangan pagi, Puan Tan dah masuk mengajar kelas lain. Tak dapat jumpa dengan dia. Saya terpaksa berulang-alik ke bilik guru cari dia. Lama-lama saya dah hafal jadual dia. Saya dah boleh tahu bila dia ada kat bilik, bila tak ada. Senang sikit saya nak hantar kedatangan. Dia pulak duduk dekat tingkap paling hujung. Jadi, saya tak perlu masuk bilik guru. Saya jumpa dia kat tingkap je. Dulu nak masuk bilik guru pun takut. Kalau saya, bukan takut tapi segan. Kalau ada murid yang masuk bilik guru, silap-silap kena marah atau kena jeling. Sombong betul guru dulu-dulu. Tapi sekarang ni, memang ramai kot murid-murid yang masuk bilik guru sebab masalah disiplin. Sekarang ni guru yang takut dengan anak murid agaknya. Kan best kalau saya jadi anak murid zaman sekarang hahahaha!!! Ada hati nak sombong dengan guru tu...LOL.

bersambung.....

Saturday, November 20, 2010

Quilling: Yang Saya Suka

Ia bermula bila saya melakukan ziarah biasa ke blog-blog yang biasa saya ziarah. Tiba di blog Solehah saya tertarik dengan entry kraf yang dia buat. Seingat saya bulan Ogos 2010. Lalu saya mengikuti blog-blog yang buat kraf yang sama. Namanya quilling. Saya tengok dalam You Tube, kata minah saleh tu "it's quilling, not quilting". Rasa minat pulak nak cuba. Saya cuba belajar daripada You Tube dan blog-blog yang dah lama buat quiling ni.

Saya rasa beruntung kerana saya bermula dengan sumber yang cukup dan mudah. Semua peralatan saya beli dengan senang. Saya ada shredder yang saya pinjam. Saya tak perlu potong kertas menggunakan pisau seperti mereka yang mula-mula buat kraf ni. Kalaulah saya kena buat macam mereka, saya tak rasa saya sesabar mereka. Saya kagum dengan mereka kerana mereka bermula daripada proses yang paling asas. Ada di antara mereka yang menggulungkan kertas ini hanya menggunakan jari. Sabar sungguh. Saya tabiklah. Kalaulah saya bermula seperti mereka, membuat kraf quilling ketika masih belajar dan sumber kewangan yang terhad, pasti saya cepat mengalah.

Cuma saya tak ada quilling tool yang penting untuk gulung semua kertas-kertas ni. Saya tak tau nak cari kat mana. Melalui blog-blog yang saya baca, katanya ada dijual di kedai kraf di The Gardens dan di sekitar Lembah Klang tapi saya belum sempat nak cari. Ada blog yang menyarankan menggunakan lidi sate yang diubahsuai sendiri di hujungnya. Itulah quilling stick yang mula-mula saya gunakan sehingga sekarang bagi menghasilkan kraf-kraf kat bawah ni. Sebelum saya bermula, saya sangat tak sabar mnak buat. Sampaikan saya cuba luruskan paper clip untuk menggulung kertas kat shredder kat ofis. Maka terhasillah gulungan teardrop yang pertama. Sangat susah rupanya menggulung dengan paper clip sebab ia licin. Di hujungnya perlu ada ruang untuk memudahkan kertas digulung. Gambar teardrop dan paperclip tu dalam kamera satu lagi. Saya susah nak uploadkan kat sini sebab saiznya besar sangat.  

Kad hari jadi yang pertama yang saya buat untuk Alya ketika saya baru belajar menggulung kertas-kertas ni.

Kad Deepavali pertama yang saya buat untuk Kogi.

Percubaan pertama menggunakan hitam dan putih. Bila dah siap tak tahu nak bagi siapa dan untuk occasion apa. Si Indra cakap untuk Condolence. Alamak, nak ucap condolence kat siapa pulak ni. Kad-kad yang saya buat awal-awal dulu, semuanya rekaannya lebih kurang macam ni. Kertas A4 lipat dua supaya jadi tebal. Punch kat bahagian atas kad bersama-sama dengan kertas warna yang saya suka dan tracing paper. Ikat dengan reben. Hias kelilingnya dengan kertas-kertas yang digulung dan dibentuk. Kad ni jadi sekeping je. Bukan kad yang biasa kita beli tu, yang boleh bukak. Saya bagi kat McNa atas nama persahabatan.
Ada orang ternampak rekaan yang atas tu, dia nak jugak. Saya buat untuk si Maha yang ni. Reben je lain.

Cubaan untuk buat lengkungan-lengkungan yang nampak sangat gagalnya. Ini kad Belated Birthday untuk Indra. Saya ada tambah sikit lagi hiasannya tapi saya lupa nak klik klik.
Bookmark untuk Ayna. Dia nampak saya buat untuk Alya.

Ayna nampak saya buat kad untuk Alya, dia suruh saya buat bookmark untuk kawan-kawan dia yang akan berpisah selepas SPM. Saya dah buat untuk kawan-kawan dia, kat atas tu saya buat lain sikit untuk dia.

Ini untuk kawan-kawan Ayna jugak. Mula-mula dia suruh saya buat 5. Saya dah buat warna coklat tu. Lepas tu dia suruh buat lagi 3. Pening makcik nak cari kad warna coklat. Jadi makcik buat warna biru.

Ayna punya jugak. Dia nampak dalam kamera saya yang saya buat hitam putih tu, dia pun nak jugak. Makcik tak ada reben hitam atau putih, nak bagi dia urgent pulak tu, makcik pun main bantai je letak reben tu.

Ni untuk SY. Dia orang pertama yang saya bagitau tentang quilling. Dan dia jugak orang pertama yang tengok hasil quilling saya. Asyik tunjuk je kat dia, jadi saya buatkan dia satu. Dia kata dia nak suruh saya buatkan tapi dia segan nak mintak. Oh...

Maha punya. Lepas saya dah buatkan dia yang hitam putih tu, dia jadi Belanda. Dah bagi betis nak peha. Dia Suruh saya buat lagi 3 untuk dia.

Ni dia (Maha) punya jugak.

Ni pun dia punya jugak.

Ini kad Thank You untuk Siew Chin, kawan sepejabat McNa sebab telah merealisasikan impian saya bila saya kirim sesuatu daripadanya di Phuket.

Percubaan pertama untuk buat rama-rama. Failed(!). B*ntot rama-rama tu muncungnya sepatutnya ke bawah. Saya tanya kat Indra dia nak tak kalau saya nak bagi dia. Dia kata kalau free dia nak. Tak kisah, saya bagi je. Saya buat bukan untuk jual. Buat masa sekarang.

Percubaan pertama buat bunga Nyuumy (entah betul ke tidak ejaannya) yang saya belajar dari blog quilling Solehah. Ini saya buat untuk Yasmin setelah dia komplen yang bookmark yang pertama saya buat untuk dia tu, besar sangat.

Tak buat untuk sesiapa. Kalau tak silap saya, kad ni masih ada dalam kotak simpanan saya. Belum bagi pada sesiapa.
Indra oder kad ni. Nak bagi pada seseorang. Lelaki katanya. Tak percaya kalau dia kata nak bagi suami dia. Beberapa hari lepas tu dia kata dia tak jadi nak bagi kat seseorang tu tapi dia nak ambik jugak kad ni. Nak sedapkan hati saya la tu. Nak bayar katanya. Dia tanya saya berapa harga. Saya cakap "free". Saya dah cakap, saya tak jual buat masa ni. Lepas ni saya tak mahu buat untuk dia lagi. Serik.

Mulanya saya buat untuk percubaan mainkan warna dan rekaan. Kebetulan birthday Kak Aishah. Saya buat terus untuk dia. Alya tanya saya ambil gambar dalam toilet ke? Tergelak besar saya. Tu bukan marmar toilet la. Tu cutting mat maklong.

Alahhh...gambar ni, kawan dia kat bawah tu. Posisi lain. Percubaan untuk bermain dengan warna.

Ini rama-rama pertama yang saya buat. Sekarang jadi hiasan di atas meja di pejabat saya.

Posisi yang lain.

Rama-rama yang kedua yang saya buat. Percubaan bermain dengan warna. Silap percaturan menyusun atur menyebabkan badan rama-rama nampak lurus je. Patut kena bengkokkan sikit.

Posisi mengereng. Bukan rama-rama tu yang mengereng. Kamera yang kena mengereng hehehe.

Gambar ambik waktu siang.

Gambar ambik waktu siang jugak.

Percubaan bermain dengan warna saduran hitam. Rama-rama yang ketiga yang saya buat.

Mengereng.
Haaaaaa....ni kawan dia yang kat atas tu. Bermain dengan warna jugak. Ternyata kad yang gelap tak berapa sesuai dari pelbagai segi.

Bookmark ni saya buat untuk Yap bila Yasmin kata bookmark yang pertama yang saya bagi Yap tu, nampak gelap. Saya baru buat tadi
:-)

Saya tak suka attitude orang yang suka melemahkan semangat orang lain.

 Apa yang saya boleh simpulkan, untuk membuat kraf quilling kita mesti ada minat yang amat sangat, sabar tahap tertinggi, masa yang di curi-curi, idea dan buat dengan penuh kasih sayang :-)

Apa yang pasti, masih banyak yang perlu saya belajar.



p/s: Siap 1 entry. Tak tau macam mana nak format. Saya tak reti guna notebook yang tak ada mouse. Entah mana la adik saya letak mouse dia. Saya tak dapat buat link dan italic.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Selamat menyambut Aidiladha dengan penuh keinsafan.
Maaf zahir dan batin.



p/s: cuti lagi...

Saturday, November 13, 2010

Kisah Hari Khamis

Dah la saya dah lambat lepas tu dia buat hal pulak.

Selalunya tren akan datang di platform 2. Tiba-tiba dia keluar dari depot dan berhenti kat platform 1 (Tren A). Orang ramai semua masuk termasuk saya. Masa Tren A nak jalan, tren lain (Tren B) sampai dan berhenti kat platform 2.

Saya dah mula pelik. Eh rapat-rapat pulak tren-tren ni. Takutnya saya rasa. Tren-tren ni semua kan di kawal oleh komputer. Dia ada masa dia sendiri untuk berfungsi. Bila jalan rapat-rapat ni saya dah rasa macam ada sesuatu akan berlaku. Macam ada masalah je. Memang sah. Masa sampai kat stesen Sri Rampai yang tak beroperasi tu, Tren A yang saya naik tu dah mula berhenti. Dia jalan ke depan sikit, lepas tu dia undur ke belakang. Beberapa kali jadi macam tu. Bila dia brek tu, kalau ada orang berdiri memang boleh jatuhlah.

Masa tu tren masih kosong. Tak ada orang berdiri lagi. Lepas dah jalan, undur, jalan, undur, dia jalan sangat laju. Kalau ada drebar, boleh jugak bagitahu drebar tu supaya bawak perlahan sikit. Saya dah mula risau. Jangan la tren ni crash. Macam-macam saya baca dalam hati. Saya cakap dalam hati, saya nak turun kat stesen depan. Lain macam je tren tu. Saya tak nak ambil risiko. Sampai kat stesen Setiawangsa, ada suara kat sistem PA kata tren tu ditamatkan perkhidmatan. Semua orang kena turun kat stesen Setiawangsa. Elok sangatlah. Aduuuuhhhhhhh...makcik dah lambat tahu tak?

Kenapalah mesti ada masalah setiap kali waktu puncak? Errr...bersyukurlah tak kena jalan kaki pergi kerja.

Eh faham ke tak apa saya cerita ni?

Jangan ada yang cuba nak suruh saya cerita sekali lagi ye LOL.

Friday, November 12, 2010

Jangan Bangga Sangat

Minggu lepas, sehari sebelum saya masuk kerja balik, Pak Teh saya ajak balik kampung. Rasa teruja terlebih pulak kali ini sebab dah beberapa minggu saya tak balik kampung. Dalam kepala saya mungkin dapat pergi pekan sehari dan beli barang dapur yang murah-murah kat sana sambil klik klik. Saya katakan "mungkin" sebab saya tak pasti Pak Teh saya nak ke pekan sehari atau tak. Semuanya terpulang pada dia. Sebagai anak saudara yang baik budi dan mithali, saya tak akan sekali-kali mengajak dia ke pekan sehari untuk kepentingan saya kerana saya tak mahu ganggu apa yang ada dalam kepalanya.

Sampai ke destinasi, satu gambar pun saya tak klik, satu barang dapur pun saya tak beli. Pertama, sebab saya malu nak klik klik depan orang ramai. Kedua, saya takut kalau saya beli barang-barang tu nanti saya lambat masak, rosak pulak. Macam brokoli yang saya beli jumaat minggu lepas. Hajat hati nak buat salad, dah masuk jumaat minggu ni pun brokoli tu tetap la duduk bersimpuh dalam peti ais tu. Balik kerja dah penat. Saya makan roti je.

Panjang betul mukadimah makcik.

Macam biasa, dalam perjalanan saya mesti bersembang dengan Pak Teh saya sebab saya tak nak dia mengantuk. Kalau kena dengan topiknya, saya la yang paling banyak mulut. Masa bersembang, campur bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kita ni kan (eh, "kita" ke? ke saya sorang je? hehehe), kalau bercakap dah biasa campur bahasa melayu dan bahasa inggeris sebab dah biasa kan. Konon-kononnya maju sangatlah tu. Dengan Pak Teh saya ni, saya tak concern sangat sama ada saya perlu terjemah dulu perkataan bahasa inggeris dalam kepala sebelum saya bercakap sebab dia faham.

Kalau dengan bapa-bapa saudara saya yang lain, saya jadi lambat bercakap sebab saya kena terjemah dulu dalam kepala sebelum saya keluarkan perkataan bahasa melayu yang sesuai dengan perkataan bahasa inggeris yang saya nak cakap tu. Dulu saya tak perasan sangat. Tapi balik kampung baru-baru ni saya sangat kekok bila nak terangkan bila bapa-bapa saudara saya berbincang tentang ubat-ubatan yang dipromosi melalui internet. Masing-masing dah masuk usia emas. Maka penyakit dah mula nak jadi kawan baik mereka. Musuh penyakit tu pulak nak ditawarkan dengan ubat-ubat yang tak tahu asal usul. Sebagai anak saudara yang prihatin, mulut saya membebel la. Masa membebel ni la saya rasa terhenti-henti bila nak terangkan sesuatu benda. Nak ketawa pun ada.

Padan muka. Bangga lagi dengan bahasa asing(!)

Wednesday, November 10, 2010

Dugaan Memilih

Salah satu dugaan yang terlalu sukar untuk saya adalah ujian untuk memilih. Tak kira la pilih apa pun. Dalam usia yang macam ni ujian memilih semakin sukar. Bukan pilih jodoh. Bukan. Setakat ini saya belum pernah diuji dengan memilih "siapa" kerana yang datang kepada saya satu persatu. Bukan ramai-ramai. Hehehe...kalaulah ada, pening saya.

Memang benarlah orang cakap, kata-kata kita adalah doa. Walaupun bukan dalam keadaan tertib berdoa bersungguh-sungguh mengadap Allah, hanya dengan mengatakan ia sebagai ayat kenyataan pun Allah akan makbulkan doa kita. Kalau bukan sekarang, esok lusa. Esok lusa tu bukan bermakna memang esok atau lusa tapi akan datang. Tak tahulah bila. Hanya Allah yang tahu.

Saya pernah mengeluarkan kenyataan pada Ashraf bahawa syarikat yang paling saya hendak bekerja adalah syarikat ABCD tapi saya tak tahu bagaimana caranya untuk memohon kerja di situ sedangkan saya tahu tiada kekosongan di situ. Saya berfikiran syarikat macam ABCD tu kalau sesiapa dah masuk, orang memang susah nak berhenti. Kalau boleh orang nak sangat-sangat kerja di situ terutama orang macam saya.

Siapa yang sangka apa yang saya cakap pada Ashraf itu Allah makbulkan setelah 2 tahun saya katakan padanya. Saya tak pernah sangka mereka yang mencari saya. Mahukan saya bersungguh-sungguh. 2 hari berturut-turut mereka menghubungi saya tetapi nombor yang saya tak kenal saya tak angkat sehinggalah orang HRnya menghantar mesej kepada saya. Sehinggakan saya cakap pada mereka saya akan cuba dapatkan salah seorang kawan saya untuk memohon. Jawapan yang saya terima; "kalau kawan el tu bukan macam el, lebih baik tak payahlah". Sampai begitu sekali. Harus bagaimana saya nak bagitahu kawan saya tu? Adakah saya perlu bagitahu dia, "tolonglah bekerja seperti saya" kerana saya yang recommend dia? Itu adalah amat tidak adil dan mustahil.

Kenapa saya sendiri tak memohon? Banyak faktor. Ketika saya mengeluarkan kata-kata itu dulu, saya benar-benar memerlukannya. Sesungguhnya memang benar, setiap kejadian itu ada sebab musababnya. Hanya Allah yang tahu. Saya percaya yang terjadi sekarang pun ada hikmahnya.

Saya malu dengan Allah. Saya pernah meminta dulu. Sekarang Dia bagi, saya pulak hampir menolak. Sungguh saya mengalirkan airmata kerana terpaksa memilih. Baru saya tahu kenapa kita diturunkan dengan Istikharah.

Istikharah saya baru sekali. Saya perlu buat beberapa kali lagi. Buat masa ini, saya dah suruh junior saya, Zu memohon kerja itu kerana syarikat ABCD memerlukan pekerja dengan kadar segera. Kalau rezeki Zu, itu rezeki anak dia yang baru, alhamdulillah. Istikharah tetap istikharah.

Tuesday, November 9, 2010

Ada Orang Tak?

Amboiiiii....baru tak masuk dekat 10 hari dah mengada-ngada Pakcik Blogger ni. Macam dah berbulan tak access email pulak bila dia suruh confirm itu ini. Baju dia pun dah tukar baru sebelum nak masuk sini tadi. Tak bagi amaran langsung. Ke ada? Tapi saya yang tak tau kekekeke.

Fuhhhh fuhhh...berhabuk rumah ni. Anai-anai pun dengan gembiranya membina istana kat sini. Sawang merata-rata. Kelkatu berterbangan ke sana ke mari. Wahhh...exaggerate pulak hehehe.

Topik "Remaja" saya masih panjang tapi saya belum ada kesempatan nak tulis. Masuk-masuk je pejabat meja penuh dengan "sampah sarap". Email jangan cakap lah. Entah berapa. Saya tak tengok pun kat tepi tu ada berapa. Main baca, delete, baca, delete. Bagus betul dapat pekerja macam saya kan?

Yang bestnya, baru masuk semalam, semalam jugak saya nak siapkan semuanya. Lagi sekali bagusnya dapat pekerja macam saya kan? Hehehehe...mengarut. Dah balik rumah pun teringat lagi apa benda yang belum siap. Kronik. Nasib baik boleh tidur. Awal pulak tu.

Nanti saya sambung lagi ye.