Tuesday, June 15, 2010

Adik

Sebenarnya saya dah lama tak jumpa adik bongsu saya. Tak ingat berapa lama. Dia tinggal dengan adik kedua saya, papa Alya. Hujung minggu baru-baru ini saya berpeluang berjumpa dengannya. Secara kebetulan bila tiba-tiba adik kedua saya telefon bertanyakan tentang kereta. Saya ketika itu berada di area Medan Idaman selepas berjumpa doktor gigi. Adik kedua saya dari Carrefour Wangsa Maju hendak menuju ke Medan Idaman untuk membeli barang di Ong Tai Kim (OTK). Kami berjumpa di OTK dan langsung ke rumahnya. Saya berjumpa adik bongsu saya di sana.

Dari tempat parkir lagi saya sudah laungkan namanya supaya bantu saya yang penuh dengan beg plastik di tangan. Sampai di muka pintu bukannya barang yang ditangan saya diambilnya, sebaliknya dia picit pipi saya.

Bertuah punya budak. Saya tahu dia rindukan saya. Dia satu-satunya adik saya yang sms dengan saya pernah berakhir dengan "adik sayang kakak" beberapa kali. Jarang saya sms dengan dia. Tapi kalau sms, selalunya dia minta top-up. Bertuah lagi sekali.

Dia ni nampak je macam pemberontak tapi mudah menangis. Tak tahulah kalau dia anak bongsu atau hati dia mudah lembut. Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Kang kalau gelak depan dia kang, dia dah taknak kongsi masalah dia dengan saya pulak.