Tuesday, August 28, 2012

TA Mei 2011 - 15

Inilah Gua Hira'. Yang menyelit tu bukan saya ya. Saya tak muat nak masuk kot lol
Sambungan....

Saya tak tau yang kat puncak gua hira' tu ada tempat untuk bersolat. Ada disediakan kawasan kecil berbumbung dan bersejadah untuk orang yang nak bersolat sunat tapi berpasir sikit. Saya lapik dengan sejadah yang ustaz basyar bagi pinjam. Tak ada orang lain yang solat kat situ. Mungkin diorang semua dah selesai solat. Tinggal saya je sebab saya sampai ke puncak yang paling lambat. Lepas solat saya turun ke bawah lagi untuk melihat gua hira' dengan lebih dekat. Kalau nak masuk kena turun lagi bawah. Kat situ ada pintu gua yang besar sikit. Pintu tempat yang saya turun tu, kalau badan sekeping boleh masuk dengan susah payah. Kalau rasa badan tu 2, 3 keping, errr....cubalah masuk kalau boleh. Kawasan atas ni berbatu-batu Tiba-tiba...gedebuk!!!! Ada orang tanam pokok nangka kat atas tu, ada buahnya yang busuk dah jatuh. Walaupun tempat tu kering, tapi batu yang saya pijak tu licin dengan pasir halus. Maka jatuhlah makcik macam nangka busuk. Dah jatuh tu, tak jadi saya nak turun ke bawah lagi. Takut kena tinggal dengan ustaz pun ye. Masa nak panjat batu-batu untuk naik ke atas semula, sekali lagi nangka ni jatuh. Ada pulak tukang nak sambut tapi makcik kuatkan semangat, makcik gagahkan juga naik sendiri sebab yang tukang nak sambut tu lelaki. Nangka ni tak naklah. Dah berjaya naik semula ke tempat yang berbumbung dan bersejadah tu, hero-hero seramai 5 orang tu (tok abah, pak teh, tok jae, abe ki dan faiz), tanya saya sama ada kami dah boleh mula turun ke belum. Saya rasa dah lakukan semuanya kat atas tu kecuali betul-betul masuk ke dalam gua, saya kata bolehlah kita mula turun. Malam hari ni kurang sikit pemandangan yang kita boleh tengok tapiiiiii sempena namanya Jabal Nur, memang kawasan sekelilingnya bercahaya. Bukan bercahaya terang benderang tapi kita boleh nampak setiap batu dan anak tangga. Memang cerah. Selalunya kalau dah gelap gelita bukan boleh nampak apa-apa. Bersyukur dapat naik waktu malam. Tak terbayang kalau naik waktu siang yang terik.



Entah tahun bila saya dapat email yang ada gambar. Dalam gambar tu ada benda bulat-bulat putih sama macam dalam gambar yang saya ambil ni. Rupanya memang betul-betul ada ye. Gambar yang diambil malam hari menghala ke udara akan terakam benda bulat-bulat putih tu. Saya tak pasti apa benda tu. Tapi ada orang kata, dalam bulatan putih tu tertulis perkataan Allah. Yang pasti kita memang tak akan nampak dengan mata kasar. Serius tak tipu.

Sekarang, turun time. Hero-hero semua berjalan depan saya. Saya ikut belakang. Tiba-tiba....banyak pulak orang tanam pokok nangka kat Jabal Nur ye. Terlipat kaki kiri saya kebelakang. Adussss...licin terpijak batu. Tak seimbang, maka gugurlah lagi sebiji buah nangka. Hero-hero sudah menggelabah. Semua naik balik nak kutip buah nangka ni. Tok Jae urut pergelangan kaki. Walaupun sakit tapi saya cakap tak sakit sebab tak nak susahkan mereka. Beg selempang saya disuruh Faiz yang bawa. Saya cuba berjalan macam biasa ikut jejak hero-hero ni. Tiba-tiba lagi.....Ya Rabbi....jatuh lagi!!! Kali ni sandal dan botol air saya pulak diambil dari saya. Tok Jae pulak yang pegang. Semua benda yang ada kat saya mereka yang pegangkan. Mereka tak nak saya jatuh lagi. Saya berjalan dengan stokin ikut jejak mereka. Macam-macam cara mereka ajar supaya saya tak jatuh lagi. Disuruh pegang batu-batu kat tepi bukit. Disuruh rendahkan badan. Kesian saya tengok mereka. Sampai 5 orang untuk jaga saya sorang. Si lembik ni. Sampailah di kaki bukit, mereka kena berjalan berbaris secara melintang untuk memudahkan saya memegang mereka dari belakang sebab kaki bukit tu curam.

Fuhhhh....turun-turun je saya cari air. Habis air kak long dan kak zah saya minum. Walaupun secara logiknya memang penat tapi tak rasa sangat. Saya duduk kejap atas batu kat kaki bukit tu sementara tunggu bas untuk balik ke hotel. Bas sampai, mutawwif suruh kami naik dan jalan dulu sebab dia nak tunggu jemaah yang belum turun. Dia akan balik naik van yang kami naik mula-mula tadi. Oh, saya ingatkan saya yang paling akhir turun.





Mutawwif yang naik satu van dengan kami

Sampai hotel lebih kurang pukul 2 pagi waktu saudi. Sampai kat bilik memang dah lembik sebab dah nampak tilam dan bantal. Usai bersihkan diri, saya berehat sementara tunggu subuh. Subuh dah nak dekat. Nak tidur pun saya bukan boleh tidur terus. Dengarnya Tok Abah nak ajak kami buat umrah untuk kali ke-4. Dengan masing-masing melepek ni, tak tau la jadi ke tak. Sebelum saya rebahkan badan ke katil saya bersahur kurma dan air zam zam. Saya rebahkan badan dengan berniat untuk puasa sunat hari khamis.

Dah berehat sekejap, kami bersiap sedia untuk subuh di masjid. Tak tau macam mana nak cakap badan ni. Nak kata penat sangat, tak. Nak kata tak penat, ada rasa sikit. Tu la kuasa Allah kan. Balik dari masjid lepas solat subuh terus rebahkan badan ke katil. Belum terasa sakit badan dan kaki lagi masa ni. Tok Mama dan Kak Zah yang sebilik dengan saya ke dewan makan untuk bersarapan. Lepas bersarapan mereka sambung tidur. Tok Mama sakit kaki. Kak Zah pulak cuti. Masa mereka tidur saya bangun bersiap untuk ke masjid. Masa bangun dari katil punyalah sakit badan ni tapi saya gagahkan juga bangun. Saya bercadang untuk tidak balik ke hotel sehingga lepas waktu zohor. Sampai di masjid saya buat apa apa yang patut. Ya Allah, seronoknya sorang sorang. Rasa tak nak balik. Saya ambil kesempatan berjalan jalan dalam masjid tapi tak lah jauh sangat. Saya takut kang saya terlalu berani, lain pulak jadinya. Dah penat berjalan jalan dan singgah solat merata rata, saya cari tempat untuk solat zohor nanti. Sementara tunggu zohor, saya buat yang sepatutnya. Saya sempat terlelap di dalam masjid. Merasa jugak saya terlelap dalam Haram. Dalam Nabawi tak sempat sebab masa pun suntuk kat sana.

Bila waktu zohor dah masuk, saya tertunggu-tunggu juga Tok Mama. Saya mengharapkan Kak Zah hantar mak mertua dia tu ke depan pintu masjid dan saya akan ambil Tok Mama kat situ. Tapi sampai lepas habis solat zohor saya tak dapat apa-apa mesej dari Kak Zah. Saya mula risau. Saya beranggapan Kak Zah akan aturkan Tok Mama ke masjid dengan Kak Long. Saya telefon Kak Zah bertanyakan Tok Mama. Kak Zah kata Tok Mama tak balik lagi. Ah sudah!! Berderau darah saya. Walaupun tiada pertalian darah apa apa tapi saya rasa macam bertanggungjawab sebab saya tengok orang lain macam lepas tangan. Saya bergegas balik ke hotel. Rupanya Tok Mama pergi ke masjid dengan Tok Abah dan tengah makan tengahari di dewan makan!! Fuhhh!!! Lega. Tak kisahlah dia tengah bersenang lenang makan asalkan dia selamat. Saya naik bilik dan berehat sementara tunggu asar. Saya balik pun sebab saya fikir pasal Tok Mama nanti nak solat asar di masjid nak pergi dengan siapa. Saya tak boleh assume dia pergi dengan anak beranak dia. Jadi, saya balik jugak in case kalau tak ada orang nak bawa dia, saya ada.

Balik dari asar kami ada ceramah agama dan taklimat untuk persiapan balik. Sakit perut gelak dengar ustaz cerita tentang beg jemaah. Datang satu beg. Balik begnya dah beranak jadi 2,3 buah. Lepas taklimat kami dapat berehat kejap. Saya siap siap bawa botol air nak isi air zam zam dan sedikit kurma untuk berbuka puasa. Kak long pun puasa. Sampai masjid dia duduk sebelah saya dengan bekal makanan biskut dan kebab. Dia kata masa dalam perjalanan ke masjid ada orang sedekah kebab di sepanjang jalan masjid. Alhamdulillah. Ya Allah, tu bulan tak puasa. Kalau bulan puasa entah macam mana meriahnya dengan ibadahnya, dengan sedekahnya. Janganlah harapkan kebab yang sedap macam kat pasar malam tu berdaging bermayonis bagai ye. Ni kebab biasa je. Kebab sayur. Tapi bagi orang berpuasa, dah seribu rahmat dah.

Ni je gambar-gambar yang dapat saya upload. Banyak lagi sebenarnya tapi Blogger ni macam nak isytihar perang je dengan saya :(

Bersambung....

Gross: Oiiii...orang buat 4,5 entry je. Yang kau buat sampai berbelas. Lepas tu dah setahun lebih pun tak habis-habis lagi. asyik bersambung je. Dari sehari ke sehari letak deadline, asyik langgar deadline je. Errrr....blog siapa ni? Makcik busy laaaa....


No comments: