Friday, January 6, 2012

TA Mei 2011 - 11

Kalau daripada hotel saya menginap, ini adalah pandangan dari sebelah kiri Masjidil Haram melalui pintu King Abdul Aziz


Ini adalah pandangan dari sebelah kanan pulak.




Pekerja-pekerja masjid buat kerja sepanjang masa dengan berbelas-belas orang sekali buat dan dihalang dengan tali merah. Kalau diorang nak tunggu masjid kosong untuk bersihkan masjid, sampai bila-bila pun diorang tak boleh bersihkan sebab masjid tak pernah tak ada orang. Terpaksalah guna teknik ni. Yang peliknya, sekelip mata je dah siap.


Setelah semua jemaah menaiki bas, kami memulakan perjalanan ke Makkah. Dalam bas Ustaz Basyar bagi tazkirah diikuti dengan talbiah. Mula-mula je bunyi talbiah kuat. Lama-lama macam-macam bunyi ada. Masing-masing talbiah dalam mimpi. Dalam bas kali ni saya nak sangat tidur sebab saya dah selesai jamak qasar isya'. Dengan niat sampai hotel baru saya perbaharui wuduk untuk memulakan tawaf pertama. Taaaapiiii....macam biasa la saya tak boleh tidur. Lutut saya sakit sebab tempat duduk sempit. Saya dah rasa nak demam dah sebab tak cukup tidur. Nak sesuaikan ikut masa saudi macam ni la.


Ustaz Razak cakap biasanya bila kita sampai je bumi Makkah dan nampak rumah-rumah di sana kita digalakkan berdoa. Ada rasa sayu di hati kita. Tapi ustaz, sepanjang perjalanan kiri kanan gelap, memang tak akan nampak rumah-rumah tu. Ditambah pulak masing-masing katup mata rapat-rapat. Laaaaagi la tak nampak. Macam biasalah makcik yang kememeh ni tiba-tiba meleleh je air mata bila Ustaz Basyar cakap kami dah sampai ke tanah Haram. Maunya tak, saya tak pernah sampai. Saya tak sangka sampai. Pakal la orang ramai dalam bas. Kalau tak, makcik dah cakap sorang-sorang dah betapa bersyukurnya makcik.


Kami sampai di bumi Makkah hari khamis dan check in hotel dekat pukul 10 malam waktu Saudi. Kami hanya dibenarkan check in, ambil wuduk dan bersolat jama' takhir maghrib-isya' bagi yang belum solat. Jam 10 malam tepat kami semua berkumpul depan hotel untuk memulakan umrah pertama. Masa ni saya langsung tak ingat pasal kamera, langsung tak ingat pasal gambar.


Kami dipecahkan di dalam dua kumpulan. Saya ikut kumpulan Ustaz Husin. Rupanya adik Ustaz Razak. Kumpulan yang satu lagi ikut Ustaz Basyar. Diorang suruh kami berjalan in pair. Saya kena jalan dengan kak zah kat belakang. Tok mama kena jalan dengan kak long kat depan. Tak sampai beberapa langkah tok mama patah balik ke sebelah saya. Dia cakap; "mama kena jalan dengan el sebab dah biasa". Pulak. Memang pun sejak kat Madinah lagi, banyak masa saya dengan dia. Sebab saya tengok yang lain tu macam buat tak endah je dengan dia. Makanya berjalanlah saya dengan tok mama. Saya pimpin tangan dia sebab saya takut tertinggal daripada kumpulan. Kesian juga kat tok mama, takut saya jalan laju-laju tarik tangan dia, jenuh dia nak ikut saya. Dah la dia sakit kaki. Pertama kali saya tengok Masjidil Haram dari jauh, hati saya sayu sampai tak terkeluar airmata.


Dengan doa, saya melangkah kali pertama ke dalam Masjidil Haram melalui pintu King Abdul Aziz. Tak terkeluar kata-kata walaupun di dalam hati. Saya rasa macam mimpi. Saya tercari-cari Kaabah. Melalui pintu tu saya belum nampak Kaabah. Kami kena turun tangga pertama dan kedua. Di bahagian ini kami disuruh minum air zam-zam. Tong-tong air zam-zam diletakkan di kiri kanan jalan menuju ke Kaabah. Pertama kali saya merasa air zam-zam di sana, saya tercari-cari Kaabah untuk memandangnya sambil minum. Ustaz cakap, minum air zam-zam sambil berdiri memandang Kaabah dan berdoa. Saya nampak Kaabah dari jauh(!). Kami perlu melangkah tangga sekali lagi untuk sampai ke dataran Kaabah. Kaabah diletakkan 3 kali tangga ke bawah ada simboliknya. Tanda betapa kerdilnya kita di sisi Allah. Kami tak dibenarkan berlengah-lengah sebab kami dalam ihram. Kang ada pulak yang buat larangan ihram. Pertama kali saya melihat Kaabah, tak terkata rasanya dalam hati. Perkataan bercampur-campur dalam hati. Tak tau mana satu nak keluar dulu. Terasa sangat betapa besarnya Allah tu bila pandang Kaabah yang besar tu depan mata saya. Ya Allah, akhirnya sampai jugak aku ke sini. Akhirnya Kau izinkan jugak aku jejak kaki ke tanah sucimu.


Setelah bertawaf sebanyak 7 kali, kami solat sunat tawaf. Disebabkan ramai orang di belakang maqam Ibrahim, kami bersolat di mana saja asalkan dapat solat sebab lepas ni kami kena bersa'ei pulak. Jadi, tak boleh berlengah-lengah sebab masih dalam ihram. Kami di bawa ke bahagian sa'ei selepas semua jemaah solat sunat tawaf. Kalau saya berjalan daripada lrt KLCC ke area Pavilion tiap-tiap hari pun terasa penatnya, tapi laluan sa'ei ni lebih jauh dari tu. Malah kena ulang alik 7 kali pulak tu. Yang peliknya tak rasa penat pun dengan perut saya yang kosong. Kaki saya tak krem pun. Kalau ulang alik pergi balik kerja tu, dalam 5 hari tu mesti ada sehari dua yang kaki ni krem. Suruh saya ulang alik 2 kali pun saya tak nak. Besar sungguh kuasa Allah.


Orang ramai, tapi saya tak rasa rimas macam saya rimas bila ke mana-mana tempat yang ramai orang. Setelah selesai sa'ei, kami bertahalul dan berdoa. Makcik lupa bawak gunting kecik. Jadi, kena la pinjam gunting orang. Kak Min yang gunting rambut saya. Kami spend masa sikit di Bukit Marwah. Kami disuruh merasa memijak batu hitam yang ada di Bukit Marwah tu. Yang ada batu ni adalah laluan sa'ei di tingkat 1. Kalau laluan tingkat 2 dan basement, tak jumpa batu ni. Masa sa'ei tadi kami cuma lalu je kat batu hitam tu. Kat laluan tingkat 1 ni, kedua-dua hujung Safa dan Marwah berbukit. Kalau kat tingkat 2 dan basement, kedua-dua hujungnya tak ada bukit. Masa mula-mula sampai saya tak tahu yang kat Makkah boleh bawak kamera dan handphone masuk masjid. Kat Makkah tak strict sangat macam Madinah. Kami selesai umrah pertama kira-kira jam 1 pagi waktu Saudi.




bersambung......



posted from Bloggeroid

No comments: