Saturday, January 14, 2012

Berubah

Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Beliau menjawab,

Jika wanita solehah dan beragama = 1

Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10

Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada...

maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok "0"

Saya terima teks ni daripada seorang kawan. Menarik kan? Bagi saya la. Laju je jari makcik forward kat kawan-kawan. Bukan semua.

Hanya Izzah yang balas; "kakak, hari ni birthday Angah". Mereka berdua ni sepupu saya. Tak ada kena mengena pulak yang dibalas. Tak kisahlah tu.

Esoknya di pejabat, saya chat dengan si Rem guna OCS dalam pukul 4 lebih. Selalunya waktu tu dia dah ke surau untuk solat "sandwich". Pernah saya cerita kat dia pasal solat sandwich. Dia tergelak dan kata "macam saya lah". Tau takpe. Ia bukan bahan ketawa. Ia adalah soalan pertama di akhirat nanti. Tak takut ke?

Jadi, saya tanya dia;

Saya: eh dah dekat waktu asar ni, awak dah solat zohor ke belum?

Rem: dah, hari ni saya solat awal.

Saya: wahhh...bagus ni. Penangan sms semalam ke?

Rem: sharing is caring. Nanti saya nak ikut macam akaklah, solat awal.

Benda ni bukan ikut-ikutan tapi kena ada kesedaran sendiri yang kuat dan istiqomah yang berterusan. Saya tak nak bila kawan dengan saya je berubah. Bila dah tak kawan dengan saya, balik semula ke perangai lama.

Berubahlah kerana Allah Taala.

posted from Bloggeroid

No comments: