Tuesday, January 10, 2012

TA Mei 2011 - 12

Saya kecewa dengan Blogger lately :-( Macam nak declare war dengan saya je :-(


Sambungan....

Selesai umrah pertama kira-kira jam 1 pagi, kami semua balik ke hotel. Balik hotel ni bukan boleh tidur lama-lama pun. Kalau nak tidur lama-lama, baik balik Malaysia.Pukul 2 pagi dah kena bangun balik sebab azan pertama subuh berkumandang jam 2 pagi untuk sesiapa yang nak berqiamullail. Jam 3.30 pagi masuk waktu subuh. Kiranya duduk je la kat masjid tu beribadat. Tak payah balik hotel lagi.

Kat Makkah ni, azan pertama yang saya dengar di Masjidil Haram adalah azan subuh hari Jumaat. Sama macam di Madinah, azan pertama yang saya dengar adalah azan subuh juga. Tak ada perkataan yang sesuai untuk saya gambarkan betapa tenangnya hati bersolat fardhu di Masjidil Haram bersama imamnya. Imam membacakan ayat sajadah di dalam rakaat pertama dan pertama kali di dalam hidup saya melakukan sujud sajadah di Masjidil Haram. Tiada doa qunut di dalam solat subuh di Masjidil Haram. Jangan sesuka hati pulak nak tadah tangan masa rakaat kedua tu ye.

Selesai solat subuh, kami balik ke hotel untuk bersarapan. Saya terus ke bilik hotel. Tak turun sarapan. Saya tak lapar. Saya jugak tak berapa sihat masa tu. Saya duduk sebilik dengan Tok Mama dan Kak Zah. Diorang semua turun ke dewan makan. Saya berehat di bilik. Saya hanya minum air zam zam dan kurma ajwa sebiji yang saya beli di Madinah untuk alas perut supaya sakit saya tak mudarat. Lepas balik dari sarapan, Kak Zah bawa balik ayam goreng untuk saya makan. Dia kata sedap, haruslah bagi saya rasa. Saya ambil tapi saya makan sikit je. Nak jaga hati Kak Zah. Saya betul-betul tak ada selera makan.

Waktu antara lepas subuh dan zohor adalah salah satu waktu yang sesuai untuk ke Masjidil Haram untuk lakukan apa yang patut seperti tawaf sunat. Ada juga yang ambil peluang untuk tawaf kedai. Masa ni je la yang ada untuk membeli barang-barang untuk di bawa balik. Saya tak teruja untuk berbelanja di sana. Saya cakap dengan Kak Zah saya bukan kaki shopping. Saya cepat bosan berjalan lama-lama dari satu kedai ke satu kedai semata-mata nak compare harga dan nak dapat apa yang dihajati. Orang kata itu adalah strategi orang yang suka bershopping. Kena pandai cari yang cantik, berkualiti dan murah. Skil tu yang saya tak ada. Kalau ajak saya pegi masjid, jauh mana pun saya sanggup jalan. Tapi kalau ajak shopping saya surrender awal-awal. Kalau saya nak beli barang, saya lebih suka terus beli je barang yang saya suka tu, dalam bajet saya, lepas tu terus balik. Saya tak kuasa nak cari kedai lain nak compare, lepas tu pergi balik cari kedai sebelum tu sebab kedai tu lebih berpatutan. Memang saya angkat tangan awal-awal kalau buat camtu. Dah la kita kat tempat orang, dibuatnya sesat tak jumpa jalan keluar, baru tau. Shopping complex diorang bukan kecik-kecik. Kalau memang orang yang pandai pasal jalan-jalan ni tak apa. Tau je jalan mana nak masuk keluar. Kalau macam saya ni memang gagal la bab jalan-jalan ni terutama jalan raya. Memang gagal. Kadang-kadang kalau dah naik kereta, antara kiri dan kanan pun saya salah sebut.

Makanya, Tok Mama dan Kak Zah dengan Tok Abah, Faiz, Tok Jae, Kak Long, Abg Ki dan Pak Teh pergi shopping. Tinggallah saya rehat sorang-sorang kat hotel. Dalam hotel saya pasang tv siaran langsung keadaan di sekitar Masjidil Haram. Kalaulah kat Malaysia ada tv macam tu. Tiap-tiap hari rasanya saya pasang siaran langsung tu.

Lepas diorang dah balik shopping, Tok Abah, Faiz dan Tok Jae singgah di bilik kami. Kelam kabut saya cari tudung. Depa ni laaaaaa....ishhhh. Buat apa yang datang sampai ke bilik ni. Rupanya Tok Abah nak bagi saya ubat sebab Tok Mama bagitahu dia yang saya tak sihat. Lepas tu Tok Abah pesan supaya kami bersiap-siap untuk ke masjid untuk bersolat Jumaat pulak. Pertama kali dalam hidup saya bersolat Jumaat. Baru saya dapat rasa macam mana orang lelaki pergi solat jumaat. Masjid sepenuh-penuhnya bila kami sampai. Memang dah tak ada tempat nak solat. Kami terpaksa cari tempat di bahagian masjid paling bawah. Kat bahagian bawah ni lantainya semua simen. Dari tempat duduk saya, saya boleh nampak tangga nak turun ke bawah tu. Kat atas tangga tu pun ada jemaah nak bersolat kat situ. Saya tak boleh bayangkan macam mana dia nak sujud atas tangga tu.

Selesai solat Jumaat, mana yang tak abis tawaf kedai tadi pergi sambung balik. Saya balik ke hotel untuk berehat sementara tunggu waktu asar. Tok Mama dan Kak Zah ajak saya makan tengahari. Macam biasa alasan saya, saya tak lapar.

Waktu asar, maghrib dan isya' rutinnya sama je untuk hari Jumaat tu. Tak payahlah saya cerita detail apa saya buat kat masjid ye :-)

Keesokannya, saya dah semakin sihat untuk memulakan perjalanan umrah kedua. Tapi hidung saya masih berdarah di dalam. Bibir saya masih kering. Terasa macam bibir negro pulak.

Nanti saya sambung cerita ye....tata :-)



No comments: