Friday, January 20, 2012

Risau Tak Tentu Arah Yang Tak Berbaloi


Hujung tahun selalunya masa untuk shred segala dokumen sulit yang tersalah cetak atau terlebih cetak di pejabat saya. Si S dapat pembantu baru November lepas, tinggalkan "wasiat" sekotak besar kertas-kertas yang nak dishred pada pembantunya sebelum dia bercuti Krismas.

Saya ada 3 kotak sebesar kotak kertas A4 lima rim tu. S masih juara.


Selalunya proses dilakukan oleh drebar bos di dalam bilik fail. Entah kenapa kali ni si A pembantu si S ni nak shred dekat dengan meja saya. Punya bising la. Berhabuk habis segala barang saya. Nasib baik saya tak ada asma atau resdung.

Itu tak apa lagi. Yang menjadi "apa" sekarang ialah:


"Eh, kenapa surat asal (original) Bank Negara ni ada kat sini? S suruh A shred surat asal ke?"

Ni saya cakap dalam hati.


Saya belek-belek lagi timbunan kertas-kertas yang A nak shred. Bila saya dah pasti memang surat asal, DARAH SAYA SEJAT SAMPAI KE KAKI. Nak panggil si A pun tak keluar suara saya. Bila suara dah keluar, tergagap-gagap pulak.

Dengan cemas saya panggil A.

Saya: Laaaa....A!!! You buat apa ni? S suruh you shred surat ni ke? Ni original ni.


A: S tak cakap apa-apa. Dia suruh shred semua fail tahun 2008 sampai 2010. Tinggalkan tahun 2011 je.

Saya: Tapi takkan dia tak pesan apa-apa pasal surat Bank Negara ni.

A: Oh, kalau surat-surat tu I dah asingkan kat dalam kotak belakang tempat S.

Saya: Tapi yang dah kena shred ni macam surat original.


A dah pucat. Sempat tak mengaku sebab dia bergilir-gilir shred dengan drebar bos, si J. J ni shred je semua surat yang A dah tapis.


Saya mula punggah kertas yang dah kena shred halus-halus tu dan periksa sehelai-sehelai semata-mata nak pastikan yang dah kena shred tu surat-surat asal supaya boleh diberhentikan shred untuk kertas-kertas lain yang menunggu giliran.


Sah! Saya nampak logo asal surat yang dah kena shred tu. Tak terkeluar air mata saya. Saya suruh A cari balik fail-fail yang dah dikosongkan yang sebelumnya surat-surat asal tu bermastautin. Memang sah lagi. Label kat luar fail tu menunjukkan surat-surat dari bulan Jun 2008 hingga September 2008 dan November 2008 dah selamat jadi almarhum. Yang jadi misteri surat bulan Disember, tak tau mana failnya. Saya sempat selamatkan surat-surat bulan Oktober.


Uwaaaaa!!!!.....apa aku nak jawab kat bos kau A oiiiiii.....dah la kau contract staff. Kang bos kau tak confirmkan kau, aku jugak yang kena tidur kat ofis lagi.


Si A dah tak terkeluar air mata dah. Takutnya dia Tuhan je yang tau. Dia takut bos dia marah saya. Saya nak takut apa. Bukan saya yang shred. Saya takut dia tu yang kena marah dan tak confirm. Tak tidur saya memikirkan malam tu.


Esoknya entah macam mana, bos dia, si S masuk. Sepatutnya si S ni masih cuti. Dia masuk ofis kejap je hari tu. Entah selaju mana degup jantung si A. Akhirnya saya dengar dari tempat duduk saya yang A mintak maaf dan bgtau S yang dia tershred original letters.

Nak tau apa S cakap?

"Next time take note".

Tu je????


Tak berbaloi darah aku sejat sampai ke kaki!!!! Bazir je aku tak tidur memikir macam mana kalau satu hari nanti ada orang cari original letters tu.

Bila S turun nak balik tu, dia suruh A turun jugak untuk ambil sesuatu dari S.

Siap bagi coklat ferrero rocher sebagai hadiah Krismas!!!!


Memang S tu sayang gila la kat kau. Dah la tak marah, dapat hadiah lagi. Tak pasal-pasal aku pun dapat ferrero rocher jugak.


Tapi saya pun dah jangka S tak marah sebab saya pernah kerja bawah S sebelum A masuk. Jadi, saya tau S tu macam mana. Masa A tanya saya sama ada S marah atau tak, saya cakap kat A yang S tu bukan jenis yang marah jerit-jerit macam Ifa Raziah dalam Maharaja Lawak Mega tu. Eh tiba-tiba masuk nama dia pulak kat sini. Dia cuma akan cakap sesuatu yang menusuk hati je la. Tapi dalam hati dia tak tau la macam mana.


Sejak kejadian tu, sebelum isi-isi fail nak di shred, kena dapatkan "laluan kawalan" saya dulu. Kalau saya cakap isi kandungan fail tu boleh shred, baru boleh shred. Nasib baiklah surat-surat tu semua dah discan dan difail di dalam shared drive sebelum hardcopynya dimasukkan di dalam fail fizikal. Tapi tak dapat nak pastikan adakah semua surat-surat tu discan. Manalah tahu ada yang terlupa scan ke. Kalau terlupa scan, sekurang-kurangnya ada hardcopy. Masalahnya sekarang, hardcopy pun dah jadi arwah.


Moral cerita - sebagai bos, bagilah arahan yang jelas kepada staf engkau terutama bila staf tu adalah staf baru. Kau tak boleh bandingkan aku dengan A. Kau bagi arahan tak jelas kat aku pun, aku masih tahu macam mana nak selesaikan. Staf baru tu, menggagau la dia kalau kau letak dia dalam arahan yang tak jelas. Kau faham tak ni S?


Baru kau hargai kehadiran aku sekarang kan? Dulu masa aku matrix reporting kat kau, kau tak hargai pun. Sekarang ni, ambik kau. Tapi aku akan latih A tu supaya kalau tak lebih baik dari aku, sekurang-kurangnya sama macam aku. Supaya dia boleh jadi kamus atau manual bergerak macam aku. Tu yang SY cakap la, aku ni walking dictionary department kita tu. Kau kena tau, problem-solver is my middle name ye. Gila berlagak kau el.


Moral yang kedua - tak payahlah bazir masa nak sejat-sejat darah sampai ke kaki atau tak tidur memikirkan kesilapan orang lain. Sungguh tak berbaloi ganda lapan juta(!)

p/s: S dan A adalah sejantina dengan saya dan bukan seagama dengan saya.




posted from Bloggeroid

No comments: