Wednesday, August 24, 2011

TA Mei 2011 - 8

Masuk je dalam bas macam kehabisan nyawa selepas bersesak-sesak tadi. Itu belum haji lagi. Tok abah naik bas dengan di tangannya ada aiskrim dan ice blended mangga. Dia bagi kami satu sorang. Satu je kat bumi suci ni, walaupun nama dia  ice blended tapi tak sejuk pun. Rasa tak puaslah minum kan. Tapi apa pilihan yang kita ada. Kat sana tak bolehlah macam-macam. Terima je dengan redha.

Ustaz Bashar mula mengagihkan air mineral dan sepeket kek. Setiap kali kami berziarah, mesti ada bekal untuk kami. Bagus betul. Dapatlah rasa biskut atau kek yang lain sikit daripada yang ada kat Malaysia ni.

Air mineral dan kek yang dibekalkan pada kami. Alas perut sebelum sampai ke hotel semula untuk makan tengahari.

Kat kawasan Masjid Quba’ ni ada juga orang jual kurma tapi lebih mahal dari di ladang kurma.

Setelah semua jemaah menaiki bas, kami dibawa ke Masjid Qiblatain untuk bersolat sunat. Masjid Qiblatain ni bermaksud masjid 2 kiblat. Dulu kiblat kita ke arah Baitulmaqdis di Masjidil Aqsa. Ketika Rasulullah tengah solat kat masjid ni, turunlah wahyu supaya ubah kiblat ke Masjidil Haram. Rasulullah memberhentikan solatnya dan tukar kiblat ke Masjidil Haram. Ustaz Bashar pesan, jangan pulak kita tengah solat, rakaat pertama kiblat ke Masjidil Aqsa, rakaat kedua kiblat ke Masjidil Haram. Tak boleh ye kawan-kawan.

Kat masjid ni pun ramai orang tapi saya tak dengar cerita pasal kecurian. Saya yakin kat mana mana masjid yang jadi tumpuan jemaah mesti berlaku kecurian. Memang tak boleh elak. Dah ramai-ramai tu, kadang-kadang kita lalai, kita lupa nak jaga beg kita. Sedangkan kat poket pun habis ditorehnya. Kalau tak kena kat kita, kena kat orang lain. Cuma berhati-hatilah. Kalau Allah kata nak kena kat kita, kena jugak walaupun berhati-hati. Jangan jadikan semua tu untuk kita serik ke Tanah Suci. Tanah Suci tu tak bersalah. Yang bersalah adalah kita sendiri. Orang kat sana pakai serba hitam berkelubung. Kita tak boleh tahu sama ada mereka tu orang Islam ke tak. Kita tak tahu sama ada mereka tu lelaki ke perempuan. Pakai dah elok tutup aurat, memang boleh masuk masjid. Muka tak nampak tapi pakai jubah macam perempuan. Saya ada terdengar cerita, ada lelaki yang menyamar pakai jubah perempuan, masuk masjid kawasan muslimah, curi duit muslimah. Tengok...tu semua diluar kawalan kita.

Semua kekurangan yang berlaku pada kita kat sana, tak dapat dibandingkan dengan betapa seronoknya kita berada di sana. Percaya cakap saya. Dulu, bila orang bercerita kat saya tentang tanah suci, boleh dikatakan saya tak ada perasaan pun. Tak boleh nak rasa apa orang tu cerita. Tapi dalam hati memang teringin nak pergi. Bila dah pergi, orang yang pergi tu je yang tahu keterujaannya.

Setelah semua jemaah naik bas, kami dibawa ke ladang kurma. Dikatakan kurma Madinah adalah kurma terbaik. Di antara yang terbaik tu, ada lagi yang terbaik bernama Ajwa. Kurma ni sekilo harganya 80 - 100 riyal. Nak kenal kurma ni, dia kecik je dan pada strukturnya ada urat putih-putih. Ladang kurma ni, selain daripada jual kurma, ada juga jual buah tin, kekacang, coklat, biji habbatusauda, minyak habbatussauda, hati unta kering dan macam-macam ubat lagi lah.

Tangan siapalah agaknya tu. Tengah saya nak snap tiba-tiba tangan dia muncul.

Suasana kedai kurma di dalam ladang kurma

Ini dia kurma Ajwa

Pokok kurma. Macam pokok kelapa sawit kan?

Deretan kurma yang berlainan jenis dan harga. Tak pulak saya tanya kat penjual tu siapa nama kurma-kurma tu.



Kurma-kurma yang telah dibungkus. Ada yang bersalut coklat, ada yang berkacang.

Suasana ladang kurma di belakang kedai kurma.

Inai dan celak pun ada jual kat sini.


Kak zah sibuk beli kekacang. Dia paling akhir naik bas sampai Pak Teh kena turun pergi cari. Dia nak jadi shareholder ladang kurma tu kot :-)

Rambang mata tengok coklat-coklat yang berinti kurma dan kekacang ni. Semua sedap. Kalau nak rasa, boleh tapi mintaklah kebenaran penjualnya ye. Beli boleh campur-campur. Kalau tak silap saya, sekilo 40 riyal.

Bersambung....

No comments: