Tuesday, August 23, 2011

TA Mei 2011 - 7

Baru masuk hari kedua di Madinah? Padahal dah 7 posting. Ya Allah...apa ke lembab sungguh kamu ni el. Shhh...jangan cakap apa-apa. Taip je terus.

Hari kedua selepas subuh, kami diarahkan untuk berada di lobi hotel jam 6.30 am. 6.30 am kalau waktu saudi cuaca dah cerah. Matahari memancar-mancar. Kami akan dibawa berziarah. Namanya ziarah luar. Ziarah ke masjid Quba’, Masjid Qiblatain dan ladang kurma. Masjid Tujuh kami sempat lalu je dan diberi penerangan mengenainya sebab kalau kami singgah nanti lambat. Yang jadi lambat tu sebab ada satu kejadian di Masjid Quba’. Begitu juga Kilang Percetakan Al-Quran, kami tak pergi sebab kami sampai situ awal sedangkan kilang tu tak bukak lagi.

Nak tahu apa yang berlaku di Masjid Quba’? Saya dah cerita yang kak zah dan tok mama dapat tangkap pencuri duit jemaah tapi pencuri tu terlepas lari kan? Lepas semua dah solat, kami nak keluar dan balik semula ke bas kami. Masa nak balik tu, entah apa yang buat laluan nak keluar tu sangat sesak. Masa nak masuk tadi, laluan tu biasa je. Tak ramai sangat orang. Tak payah gerak sangat kaki kita, orang tolak kita dah boleh jalan sendiri. Punyalah sesak. Kat situ je ada la dalam setengah jam kot. Mungkin masa kami sampai tu, jemaah-jemaah dari agensi-agensi lain belum ramai yang sampai. Bila nak balik tu, ada yang nak masuk laluan yang sama, mungkin itu yang jadi sesak sangat.

Kak Min kata ada jalan lain sebelah sana masjid tapi jauh sikitlah. Masa dia cakap tu, kami baru je boleh bernafas. Baru dapat keluar dari tempat tu. Aduuuuhhhh....punyalah ramai manusia yang nak bersolat kat Masjid Quba’ ni. Lupa pulak nak cakap, kalau anda berziarah ke Masjid Quba’ ni, ambil wuduk siap-siap dari hotel. Kenapa? Sebab Rasulullah pernah bersabda: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. Haaaa...belum buat umrah, dah dapat pahala umrah. Taknak ke?

Suasana di pintu masuk muslimah di Masjid Quba'. Ni selepas kami semua dah singgah bersolat di sini sambil menunggu jemaah lain yang satu bas dengan kami selesai bersolat. Gayanya macam kak zah dan tok mama sedang sibuk bercerita kat Kak Min tentang pencuri duit yang mereka dapat tangkap tu.

Masjid Quba' dari sisi pintu masuk muslimah. Sempat ambil gambar ni je. Nak ambil gambar dari depan, bukan setakat ramai orang, saya juga perlu menjaga tata susila supaya tujuan saya ke sini bukanlah untuk snap gambar semata-mata.

Inilah rupanya laluan keluar masuk yang saya kata sesak tu. Sempat saya snap. Masa ni belum jalan macam penguin lagi. Ke depan sikit baru saya berjalan macam penguin. Tak payah angkat kaki. Orang tolak je, terus dah boleh berjalan.

bersambung....

No comments: