Saturday, July 30, 2011

TA Mei 2011 - 6

Ada yang tanya saya siapa watak-watak dalam sequel TA ni. Wahhh...sequel kau panggil ye el. Saya ingat saya nak bagitau watak-watak tu bila cerita dah tamat. Tapi nak tunggu tamat tu, macam saya cakaplah, raya tahun depan belum tentu tamat. Watak watak dalam cerita ni semua watak realiti. Semuanya benar dan benar belaka.

Mulanya saya hendak ke sana awal bulan Julai. Kononnya hendak menyambut ulangtahun kat sanalah. Kemudian, bos saya, Kak Aida cakap keluarga mertua dia hendak ke sana cuti sekolah bulan 5. Dia suruh saya ikut memandangkan ni pertama kali saya ke sana. Kalau ada orang kenal bagus jugak katanya. Ditambah pula boleh ke rumah saudara mara keluarga mertua dia yang dah lama tinggal kat sana. Keluarga mertua dia pergi dalam 8 orang. Ada adik ipar dia, biras dia, mak mertua dia, bapa mertua dia, sepupu bapa mertua dia 3 orang dan anak lelaki dia. Walaupun saya kenal mereka semua sebab selalu jumpa masa kenduri di rumah bos saya, tapi saya taklah rapat. Segan pun ada. Lama juga saya berfikir nak ikut diorang ke tidak. Akhirnya, saya setuju untuk ikut diorang. Ditambah saya, jadi 9 orang. Maknanya, hanya saya je yang tiada pertalian darah dengan mereka. Tu la wujudnya nama tok mama (mak mertua bos saya), tok abah (bapa mertua), abg (anak lelaki bos saya - namanya Faiz), kak zah (biras bos saya), kak long (sepupu tok abah), abe ki (suami kak long), tok jae (adik kak long) dan pak teh (adik ipar bos saya). Saya panggil diorang ni mengikut apa yang Faiz panggil. Cuma kak zah dan kak long je saya ikut apa kak zah panggil. Dah berbelit dah cerita. Diorang ni semua orang Kelantan. Nasib baiklah saya orang Pahang. Fahamlah juga bila nak berkomunikasi hiksss....

Bila dah join diorang, saya tak menyesal ikut mereka. Malah saya sangat berterima kasih sebab mereka jaga saya di saat saya tiada sesiapa di sana. Tiada mak dan abah. Tiada adik beradik. Tiada saudara mara. Mereka tak sisihkan saya. Mereka anggap saya sebahagian daripada mereka. Mereka anggap saya macam keluarga mereka juga. Rapatnya mereka menjadi kekaguman saya.

Sambung cerita. Cerita hari kedua waktu subuh kan. Ni belum cerita lagi. Macam biasa, lepas habis subuh, kami keluarlah masjid lambat sikit. Tak nak bersesak sesak dengan orang semua nak keluar. Bila dah sampai depan pintu masjid, saya keluarkan selipar daripada uncang kasut. Saya letak atas tangga masjid. Ramai juga orang masa tu nak pakai kasut juga kat situ. Entah macam mana, sebab nak cepat mengejar kak zah, kak long dan tok mama yang dah meluru ke depan, bila saya pijak je selipar saya, saya jadi tak seimbang, terus terjatuh atas tangga masjid. Sunyi kejap kat situ bila saya jatuh. Siku kanan saya terhentak kat tangga masjid. Ingat dah patah dah tangan saya. Mujur tak ada orang pijak saya. Ada jemaah Malaysia tanya saya ok ke tak. Jemaah Arab pulak siap usap usap belakang saya menenangkan saya. Masa saya nak pakai selipar tu, saya dah agak dah akan jatuh. Selipar saya tu pulak, bukan flat. Ia bertapak dan tinggi sikit je di bahagian belakang berbanding depan. Yang saya nak cepat mengejar kak zah, kak long dan tok mama tu sebab saya takut tak jumpa jalan balik. Bila saya fikir fikir balik masa saya kat Makkah, tak perlu nak cepat kejar sesiapa sebab kat Madinah tu hotelnya senang sangat nak cari. Tak macam kat Makkah. Hotelnya banyak. Jalan jalan simpang ke hotel pun banyak. Pintu Masjid Nabawi pun senang nak cari. Tak macam pintu kat Haram, pintunya banyak dan kita kena ingat pintu mana kita masuk bila kita nak keluar nanti sebab masjid tu sangatlah besar.

Salah satu pintu kat Masjid Nabawi


 Saya perhatikan cahaya lampu kat Nabawi dan Haram berbeza dengan cahaya lampu yang saya biasa tengok.

Ni kat kawasan muslimin. Ambil gambar dari kamera Faiz. Saya tak tahu pun kat sini ada banyak lagi pintu.

Ni pun dari kamera Faiz. Saya lupa nak tanya dia, ini ke tempat imam.

Ni semua terjadi sebab pertama kali, tak biasa dan gopoh. Saya jadikan apa yang berlaku kat Madinah sebagai pengajaran kat Makkah. Bila tak berlaku macam ni kita tak tahu. Bila dah terjadi, barulah kita tahu, lain kali jangan pakai selipar kat tempat orang ramai pakai selipar. Jalan jauh sikit, tempat yang kurang orang, baru pakai selipar. Jangan nak cepat sangat, macam saya cakap tadi, hotel kat Madinah senang nak cari. Cuma jangan main ikut je orang. Kena alert kiri kanan supaya kalau kita terlepas dari jemaah kita, kita tahu jalan keluar atau jalan balik. Orang kat sana sangat ramai. Siku kanan saya sakit sampai nak sujud pun aduhaiiii....sabar je lah.

Nanti saya ceritakan apa yang terjadi pada siku sebelah kiri saya pula :-)

No comments: