Tuesday, July 12, 2011

Tak Tahu Apa-apa

Nak tergelak pun ada. Saya jarang jawab "tak tahu" kalau bos saya tanya apa-apa. Tadi saya memang terpaksa jawab "tak tahu" dengan nada minta simpati bila dia bertanyakan berapa orang pengarah syarikat saya yang akan menghadiri perlawanan bola yang melibatkan Liverpool. SY yang mengendalikan berkenaan dengan Liverpool ni dari mula sehingga hari ini. Jadi, SY la yang kena jawab.

Puncanya adalah, ketika mereka sibuk dengan tiket-tiket Liverpool ni, saya berada di Makkah. Saya terima teks dari bos saya mengatakan CEO bagi setiap staf dalam jabatan saya 2 tiket percuma termasuk pas latihan dan lain-lain barangan premium. Bos saya tanya saya sama ada boleh tak bagi dia sekeping, dan bos seorang lagi pun nak sekeping. Staf dalam jabatan saya pun bukannya ramai. Adalah dalam 5 orang. Dalam keadaan tak mengendahkan dunia di Malaysia ditambah pula saya perlu sign in menggunakan komputer di pejabat juga dengan menggunakan ID unik saya dan deadlinenya adalah sebelum saya balik ke Malaysia, makanya saya saya pun membalas teks bos saya dengan jawapan "ambillah". Sempat lagi menjawab pasal Liverpool masa kat Makkah. Haiii....

Bila saya balik ke Malaysia dan masuk ke pejabat, saya tidak sentuh langsung pasal tiket Liverpool. Bos-bos saya pun tidak sebut secuit tentang itu. Sampai masa semua orang dapat tiket masing-masing, saya tak tengok pun ada ada dalam beg kertas yang mereka dapat. Bila SY keluarkan barang-barang dalam beg tu, saya cakap kat dia, saya nak tengok "bookmark" iaitu salah satu barangan premium bagi setiap tiket yang kita dapat. Dia cakap kat saya, itu bukan bookmark. Itu pas latihan. Masa Liverpool tengah berlatih nanti, kita boleh masuk dan tengok. Punyalah tak tahu apa-apa saya ni. Ingatkan bookmark. Buat malu je.

Sekarang saya terfikir, takkanlah tiket percuma yang saya bagi pada bos-bos saya tu, barangan premiumnya pun saya tak dapat ke? Diorang ambil semua ke? Ish ish ish...punyalah tak tahu apa-apa sampaikan apa orang ambil yang sepatutnya milik kita pun kita tak tahu. sekurang-kurangnya bagi la lanyard ke satu kat saya kan :-( Sedih la pulak. Nama saya nak mintak, tidaklah sekali-kali. Masa diorang dapat tiket tu, bos saya sorang tu tanya, saya tak pergi tengok Liverpool training ke? Saya jawab "of course la tak". Lagi nak tanya.

Melihatkan SY bekerja berkaitan Liverpool ni, saya rasa bersyukur juga tidak terlibat langsung. Macam-macam kerenah orang di luar sana. Masa ni la mereka cari kita untuk dapatkan sama ada tiket percuma, tiket berdiskaun atau tiket tiada diskaun. Pening ok. Orang lain sibuk dengan email dan macam-macam aktiviti tentang Liverpool, saya buat dek je. Apa yang saya dengar, banyak tiket yang diberi percuma pada VIP telah hilang dan tak sampai kepada orangnya. Dah tentulah. Orang yang tukang hantar mesti teruja sebab dia tahu yang dia hantar tu tiket Liverpool. Kalau dia tak "ambil" rugilah dia. Dia peduli apa kalau barang yang dia hantar tu hilang. Kalau orang tuduh dia ambil pun, tak ada bukti. Pening kan?

Saya rasa apa yang saya dapat semasa saya tidak berada di Malaysia selama 2 minggu, tidak dapat diganti dengan apa-apa termasuk lanyard hahahaha. Tadi sedih, lepas tu tak sedih. Macam lalang betul kan.

2 comments:

nohas said...

Salam..

Bos saya marah sgt kalau jwb 'I don't know'..mesti dia ckp, say 'I have no idea'..bosan2..

Best sgt ke Liverpool tu..EPL ni maleh nak layan..

eL said...

Nohas: Haaa...memang ye. Kalau jawab "tak tau" nampak macam kita malas nak layan dia, nampak macam kita ni tak kerja la agaknya. Ish ish ish bos ni kat mana-mana sama je. Errr..nasib baik tak ada cita-cita nak jadi bos :-)

EPL tu tak best untuk orang yang tak minat bola macam kita :-) Tapi for the fan, berpanas berhujan pun sanggup.