Wednesday, July 27, 2011

TA Mei 2011 - 5

Eh baru cerita hari kedua ye? Ish ish ish....lambat betul nak sampai hari ke 12 ye. Kalau macam ni, sampai raya tahun depan pun tak habis lagi cerita ni. Tak apa. Sekurang-kurangnya saya memang sentiasa ingat cerita ni sampailah saya kembali semula ke Makkah, insyaAllah. Amin.

Cerita sampai mana dah? Oh, sampai hari dah nak ke Makkah ye.

Ok, masih hari kedua. Lupa sebenarnya nak cerita. Masa nak ke masjid untuk solat maghrib, kami pergi berempat. Saya, tok mama, kak long dan kak zah. Sampai kat pintu masjid macam biasa, beg kami diperiksa. Dan selalunya sayalah paling lambat sekali masuk antara berempat tu. Dengan orang ramainya. Bertolak-tolaknya. Saya tak reti nak tolak-tolak ni. Masuk dengan tenang dan aman gitu.

Dah dapat masuk, saya cuma nampak tok mama je tunggu saya. Kak long dan kak zah entah ke mana. Cari jugak tapi tak jumpa. Akhirnya saya dengan tok mama je. Saya ajak tok mama cari saf.

Lepas dah habis solat maghrib, tok mama dah tak tahan nak ke tandas. Nampaknya kenalah balik cepat-cepat. Selalunya kami tak balik hotel lepas maghrib. Kami tunggu sampai solat isya'. Kalau solat lain, selalunya lepas solat kami tak terus balik hotel. Kami buat solat sunat-sunat lain. Dalam erti kata lain kami keluar lambat sikit. Masa tu orang pun dah kurang berebut-rebut nak keluar. Kalau keluar masa orang ramai nak keluar, tak boleh nak cerita betapa sesaknya.

Jadi, saya ajak tok mama keluar cepat-cepat. Terperangkap jugak dalam kesesakan. Terpaksa jugak keluar sebab tok mama ni nak ke tandas. Orang dah berumur, maklumlah. Saya tak cadangkan kat dia ke tandas masjid. Takut dia memang nak balik ke hotel jugak. Tandas masjid pun maklumlah. Memanglah banyak tapi orangnya lagi banyak dari tandas.

Sampai kat pintu pagar masjid, saya seluk poket jubah untuk keluarkan kad hotel. Kira macam kunci hotel la. Tiba-tiba...jeng...jeng....jeng....

Saya: Tok mama! Ya Allah...habis poket saya!
Tok mama: Nampaknya tok mama pun kena macam el jugak ni.
Saya: Haaaa? Tok mama pun kena? Bila?
Tok mama: Masa nak masuk tadi.
Saya: Laaaa...kenapa tok mama tak bagitahu saya?
Tok mama: Tok mama ingat poket tok mama yang bocor. Tok mama diam je la.

Nak tau kenapa? Habis poket saya dirobek. Macam ni haaaaaaaaa......

 Elok je dia robek bentuk macam tu luar dan dalam. Saya salute yang pencuri ni. Dia memang expert.

Ini rupa bahagian dalam poket jubah saya. Poket tok mama pulak, kat bahagian luar dia robek vertical, kat bahagian dalam dia robek horizontal. Tabik springlah.

Memang tak sedar langsung. Dalam poket saya masa tu ada sapu tangan, kad ID, kad hotel dan coin purse. Dalam purse saya tu ada la dekat 100 riyal. Cadangnya lepas isya' nak pergi beli aiskrim dan kebab sebab saya tak ada duit kecik. Nak merasa la kononnya. Orang Malaysia pesan kalau sampai sana, rasalah aiskrimnya. Sedap katanya. Makcik ni pun kononnya nak merasa. Poket saya tu boleh dikatakan menarik perhatian pencuri jugak sebab kembung. Tapi tok mama punya poket tak menarik perhatian pun, dia cuma letak duit semata-mata, kena jugak. Dia hilang dalam 300 riyal. Orang cakap jangan bawak duit ke masjid tapi manalah tahu nak guna, bawak la jugak sikit. Tapi memang tak ada rezeki nak merasa aiskrim dan kebab Madinah. Kat Makkah baru merasa.

Siangnya kami ke Masjid Quba'. Eh cerita kat Masjid Quba' ni pun belum cerita lagi kan. Aduhhh...macam setiap minit la pulak nak cerita. Tu cerita lain. Ok, sambung cerita. Masa kat Masjid Quba' tok mama dan kak zah dapat tangkap seorang pencuri yang mencuri beg seorang jemaah Malaysia sampai tercabut tudung dia. Duit dia tak dapat tapi dia dapat lari. Jadi, tok mama dan kak zah ni bagitahu kat jemaah-jemaah Malaysia yang ada kat situ supaya jangan letak duit dalam beg. Letak kat badan. Kejadian yang berlaku pada saya depan tok mama maghrib tu petunjuk dari Allah bahawa duit letak kat badan pun boleh hilang. 

Maka, isya' tu saya tak ke masjid. Solat dalam bilik je. Saya fobia dan takut. Kak zah nak ke raudhah pun tak jadi. Dia pun takut. Tak tahu macam mana nak cerita rasa takut dan fobia tu. Isya' je la tak pergi. Lepas tu solat lain semua pergi. Mana boleh serik. Melampau la tu kan.

Lepas kejadian tu, baru saya teringat ada beberapa perkara berlaku semasa nak keluar tu. Dalam sesak sesak tu saya rasa ada orang pijak jubah saya. Lepas tu bila orang dah ke tepi saya nampak ada sorang perempuan tengah duduk berlutut kat tengah tengah. Nak ikutkan buat apa dia duduk kat tengah tengah tu. Tempat sempit orang lalu lalang.

Ini cerita waktu maghrib hari kedua di Madinah. Belum lagi cerita apa yang berlaku selepas subuh hari kedua. Esok-esoklah saya cerita ye.

1 comment: