Wednesday, July 6, 2011

Baru Je Nak Berlunjur....

Sejak balik, tuan punya blog ada masa sekejap je nak update blog. Lepas-lepas tu, tuan punya blog terpaksa layan sakit 2 minggu, seminggu jadi volunteer untuk KL Marathon, seminggu lagi beratus-ratus email yang sampai hari ni pun tak habis baca.

Ingatkan minggu ni bolehlah rileks sikit. Boleh lunjurkan kaki mana yang terseliuh semasa kat Jabal Nur. Ingatkan bolehlah sambut ulangtahun kelahiran (ehem ehem...sweet 17 sokmo) aman damai. Rupanya tak. Kenalah pulak balik kampung. Mak saudara saya, Mak Andak baru melahirkan Adham Ariff (betul ke tidak namanya). Tak ada siapa nak jaga. Dulu ada arwah Wan, bolehlah jaga. Sekarang arwah dah tinggalkan kami nak masuk 3 tahun. Makanya, mak saudara saya minta mak saya yang jagakan dia kat kampung tu. Mak saya ni kakak ipar dia. Yang saya pelik, kenapa dia tak suruh kakak dia yang dah pencen tu jaga. 

Tengok tu. Syaitan dah menghasut.

Jadinya, sebab tak sampai hati, saya paksalah diri balik kampung tengok-tengokkan dia sebelum mak saya sampai walaupun mak saudara saya kata, dia dah suruh sepupu saya, si Imah jaga dia esok dan lusa. Pak Andak cuma weekend husband sebab dia kerja di Kuantan. Mak Andak saya tinggal di Chenor.

Aihhh...panjang pulak ceritanya. Saya berhenti kat sini dulu la ye.

No comments: