Tuesday, July 5, 2011

TA Mei 2011 - 4

Di bawah kubah hijau tu lah makam Rasulullah.
Credit to Abg

Itu baru hari pertama kat Madinah tau. Bukan setakat ziarah makam Rasulullah. Kat sebelah makam Rasulullah, ada makam Abu Bakar dan Makam Umar. Entah kenapa saya cukup tak puas hati hanya dengan melihat pintu makam mereka saja. Tapi bukan semua yang kita nak tengok kita boleh dapat. Makanya, bagilah salam dengan hati yang benar-benar rasa kasih kepada junjungan dan sahabat-sahabatnya.

 Dataran Masjid Nabawi selepas subuh. Tak silap saya masa ni jam 6.30 pagi. Macam pukul 10 pagi waktu Malaysia je cuacanya.


Airmata tak pernah faham yang saya sudah berada beribu-ribu batu jauhnya dari makam Rasulullah. Boleh tak jangan mengalir? Orang nak update blog ni. Ishhh...degil sungguh. Babab kang.

Kak Min kata pada sebelah malamnya dia dah panggil seorang ustazah yang tinggal dia Madinah tu, untuk bawa kami ke Raudhah. Raudhah ni kan saya dah cerita ada masa-masanya dibuka untuk wanita. Pagi ada, malam pun ada tapi saya lupa pukul berapa. Tapi kami diarahkan berkumpul di lobi hotel selepas isya'. Sebelum isya', kami semua kena makan malam.

Ketika inilah saya tak tau sindrom apa yang melanda saya. Saya tak turun makan. Selain tak lalu makan, saya tak lapar. Bukan saya tak nak makan tapi saya tak boleh makan dan tak rasa lapar. Saya bayangkan lauk-lauk kat dewan makan tu pun saya tak selera. Ustaz Bashar tanya kenapa saya tak ada selera nak makan pun saya tak boleh jawab. Saya cuma jawab mungkin sebab saya tak cukup rehat. Mungkin juga sebab saya nak sesuaikan mata saya ni dengan masa Saudi, makan masa sikit kot. Cuba bayangkan, jam tangan saya, saya tak tukar ke waktu Saudi. Handphone saya otomatik tukar ke waktu Saudi sebaik saja saya tiba di Jeddah. Bila saya tengok jam tangan saya menunjukkan pukul 1 pagi waktu Malaysia, sedangkan di Madinah ketika itu baru nak masuk waktu isya', mata saya jadi sangat berat dan badan saya rasa nak demam. Maka, demamlah saya pada hari kedua di Madinah. Saya rasa saya demam sebab masuk hari kedua tu, 2 hari saya tak tidur. Dengan perut yang kosong tak makan, saya bertahan. Tok Abah bagi saya supplement. Tok Abah jaga saya dengan baik. Dengar saya sakit, dia bagi saya makan macam-macam ubat.



Errr...ni semua gambar air zam zam kat Makkah. Menyibuk jap. Kat Madinah saya tak berani nak ambil gambar sebab tak dibenarkan bawa kamera masuk masjid. Air zam zam pulak hanya ada dalam masjid.

Haaa...ini gambar tong air zam zam di dalam Masjid Nabawi. Kalau kat pintu masuk, diorang atur kiri kanan tong tong ni. Kat bahagian dalam tempat muslimah tak ada. Kat pintu masuk je ada. Yang ni, diorang letak kat dalam kawasan solat muslimin.
Credit to Abg

Bila saya demam di hari kedua di Madinah, bertambah tak seleralah saya nak makan. Saya sendiri pelik. Yang hanya boleh masuk dalam perut saya adalah air zam zam. Saya kenyang hanya dengan air zam zam. Masuk Masjid Nabawi, minum air zam zam. Keluar Masjid Nabawi minum air zam zam. Tak cukup dengan tu, saya mesti bawak balik sebotol air zam zam. Kiranya saya tak pernah keputusan air zam zam semasa saya tak selera makan tu. Saya ingatkan mungkin sebab saya masih belum buat umrah pertama, itu yang menyebabkan saya tak selera nak makan. Rupanya tak. Nanti saya bagitau kenapa tak. Saya memang macam tu la. Kalau tujuan ke sana tu belum sampai, memang tak ada selera makan. Tak kiralah tujuan apa pun. Kalau kerja pun macam tu. Kalau tujuan atau objektif kerja tu belum sampai, memang saya tak boleh makan.

Kak Zah ada tanya saya, saya ada cakap apa-apa ke yang menyebabkan saya tak lalu makan. Seingat saya, saya tak cakap apa-apa. Saya cuma teringat, sebelum saya ke sana, saya banyak baca buku tentang umrah. Salah satu bahagian yang saya baca tentang kelebihan air zam-zam iaitu ia mengenyangkan. Saya tertanya-tanya, betul ke ia mengenyangkan? Macam mana ia mengenyangkan? Tak apa. Dah sampai sana nanti, kita tengok. Ni saya cakap dalam hati ni. Memang Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya. Memang mengenyangkan. Saya tak lapar. Saya cuma minum air zam-zam dan yang lebih ajaib, saya memang kurang buang air kecil pun(!). 2 hari saya tak makan termasuk hari ketiga. Sampai jadi isu la bila diorang bagitahu kat Ustaz Bashar yang saya tak makan. Disebabkan tak nak jadi isu lagi, saya ke dewan makan. Tu pun sebab kami semua dah kena meninggalkan Madinah. Saya makanlah sikit sebab perjalanan ke Mekah naik bas makan masa beberapa jam. Makan pun tak habis. Manalah ada orang nak percaya saya makan tak habis.

Bas yang bawa kami ke Makkah. Faiz yang ambil gambar ni dari tempat duduk dia. Makcik kat depan sekali. Nanti makcik cerita kenapa kalau naik bas je makcik duduk depan sekali.

bersambung....

No comments: