Friday, August 20, 2010

Aduhai Dhuha II

Sejak bermulanya puasa, surau pejabat saya ada ceramah setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 1pm hingga 1.45pm. Selepas itu solat berjemaah. Alhamdulillah, tahun ini pejabat saya semakin baik dari tahun lepas kerana ahli jawatankuasa surau berinisiatif untuk mengendalikan ceramah.

Sebab?

Sebab organisasi saya majoritinya bukan melayu islam. Mereka tu memang ramai. Beribu-ribu. Kami ni berapa kerat je. Itu pun yang datang ceramah yang berapa kerat ni je la. Kalau yang berapa kerat ni, separuh daripadanya tak ikut dengar ceramah, tinggallah berkerat-kerat je. Jadi, bila ada ceramah yang macam ni, saya teruja. Dah lama sangat tempat yang saya kerja tak ada makanan rohani. Beruntunglah sesiapa yang bekerja dengan organisasi yang majoritinya melayu islam. Boleh adakan ceramah setiap hari walaupun bukan bulan puasa. Dulu masa kerja kat organisasi yang majoritinya melayu islam, ceramah diadakan setiap hari khamis. Terus-terang saya rindukan saat itu.

Semalam ustaz Zamri IKIM yang datang bagi ceramah.

Disebabkan memori saya tak bertahan lama, saya tak ingat semua yang dia cakap tambahan saya tertinggal buku nota. Semalam memang hari "meninggal". Tinggal handphone, tinggal buku nota.

Salah satu yang saya ingat ustaz cakap, haiwan juga berpuasa. Contoh, beruang. Kalau dia luka, dia takkan makan selagi luka dia tak sembuh.

Ayam. Kalau dia nak mengeram, letaklah semangkuk beras depan mata dia, dia takkan makan.

Kita? Malu kat haiwan kalau tak puasa. Puasa awal bulan je. Dah hujung bulan mula tak puasa. Ditambah makan depan anak-anak. Memang tak ada sifat malu sesama manusia. Dengan Allah apatah lagi. 

Selain dari itu, puasa juga adalah satu kaedah perubatan yang berkesan. Saya pernah cuba mengubati batuk yang saya alami selama hampir sebulan hanya dengan berpuasa. Dalam masa 3 hari je, dengan izin Allah, ia beransur baik. Deritanya hampir sebulan. Dah macam-macam jenis ubat ditelan. Saya pernah cerita tentang ini kat "rumah" saya yang lagi satu :-)

Lagi satu, ustaz cakap setiap sendi kita dijaga oleh malaikat. Tiada satu anggota pun yang boleh lari daripada disoal di sana. Sendi pula, ia boleh dikuatkan dengan Dhuha. Jadi, jangan tinggal Dhuha.

Lagi 5 minit nak masuk waktu Dhuha. Jom.

6 comments:

Lan Bingka said...

memang bagus kalau ada ceramah kat tempat kerja ni.. daripada tak buat apa kan..

hai said...

hmm..bagusnya...seronok gak dapat dgr ceramah camtu!!akak tgkkan org skrg ni mmg x malu langsung...kalo ia pun x leh pose,selamba makan dpn anak2...kdg ada gak yg biarkan anak yg x boleh pose makan dpn adik2...pastu boleh terangkan kat adik2 nape kakak tu boleh makan....
sebenarnya kalo kita x buat camtu,automatik anak2 yg dah baligh x akan buat gitu..dgn sendirinya dia akan rasa malu....x paham ngan org skrg ni!!

eL said...

Kak Hai: Betul tu. Semuanya bermula dari ibu bapa. Kita ni acuan/cermin diorang tu.

eL said...

Lan: Tapi kat surau tu walaupun speaker sekuat-kuat alam, ada jugak yang jadi macam "spongebob kat kaki lima".

pecinta_Islam said...

salam..bagus kak..jngn sesekali meninggalkn majlis ilmu agama..itulah yg sebaiknya..ada sy ceritakn dlm n3 sy sblm ni ttng kewajiban mendalami agama..wallahualam..

eL said...

Wa'alaikumussalam Syah, akak dah baca entry Syah dan meninggalkan jejak :-)