Sunday, August 1, 2010

Beauty Is Pain

Pertama kali saya dengar ayat itu semalam. Dituturkan oleh Nora Danish. Dalam rancangan apa, lupa pula saya. Sama ada Galaksi atau Fuhhh...

Memang betullah CANTIK ITU MENYAKITKAN.

Errr.....saya tak sangguplah nak menyakitkan diri semata-mata nak cantik. Apalah gunanya saya seksa kaki saya sedangkan kasut yang saya pakai sangat sakit walaupun kasut tu cantik dan mahal harganya.

Apalah gunanya saya pakai kain itu kalau hanya cantik di mata orang lain tetapi tidak selesa kepada tuan punya badan.

Untuk apalah bermekap supaya kelihatan cantik seawal pagi untuk ke tempat kerja sedangkan dalam perjalanan peluh berjurai-jurai dan perlu dilap-lap dengan tisu.

Tak ada faedahnya pakai kebaya ketat semata-mata nak tunjuk cantiknya badan kita tetapi kita tarik sana tarik sini sebab takut terdedah sana sini.

Untuk semua itu, ia bukanlah satu  masalah besar bagi perempuan kalau ia berlaku dalam acara yang memakan masa selama beberapa jam sahaja dan ke tempat acara hanya turun kereta, naik kereta. Tapi perempuan, kalau nak cantik, diorang tak kira masalah tu besar ke tak. Not a big deal kata depa.

Saya lebih sanggup ulang pakai - baju atau kasut atau apa saja - yang sama setiap minggu asalkan selesa. Yang penting saya selesa ketika saya bekerja. Saya pernah tak dapat buat kerja sehari suntuk semata-mata saya memakai tudung yang salah(!).

Gloss: Pelikkan? Yang bermekap sakan tu kekal je mekapnya dari pagi sampai petang. Bila masa bersolat?

No comments: