Tuesday, August 24, 2010

Tak Tahu Lah Kenapa....

Terdengar-dengar kat telinga macam alarm handphone dah berbunyi. Tengah mamai-mamai tengok jam kat handphone sambil snooze alarm. Hah???....dah pukul 5.04 am? Saya kunci alarm pukul 4.30am sebab ada "mesyuarat sikit dengan Maha Pencipta". Dah terjaga pukul 5 lebih, maknanya terlepas la mesyuarat. Mesti saya kena demerit punyalah.

Dah bangun, saya terfikir-fikir...sebenarnya pukul berapa ni? Masa tengok jam kat handphone tadi tengah mamai. Saya keluar bilik, tengok jam kat dinding. Haaa? Lagi 10 minit pukul 12am? Biar betul. Saya tengok pulak jam kat Astro decoder. Eh, betullah. Lagi 10 minit ke pukul 12am. Habis yang aku tengok jam kat handphone tadi pukul 5.04am tadi tu apa?

Saya masuk bilik balik, lepas tu senyum sorang-sorang. Nak "mesyuarat dengan Maha Pencipta" punya pasal sampai termimpi-mimpi konon-kononnya "dah-terbabas-nak-bangun-4.30am-tapi-terbangun-5.04am" la tu.

Mengigau!!!!!!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

Lan Bingka said...

sama la ngan saya masa demam minggu lepas. pukul 9 dah tido. bila terjaga tu, rasa nak bersahur dah. sekali tengok jam baru pukul 12..

eL said...

Lan: At least awak jadi macam tu sebab awak demam. Saya ni sihat walafiat macam orang demam je gayanya.