Thursday, August 19, 2010

Tinggal Lagi

Pernah tertinggal handphone kat rumah? Sama ada nak keluar pergi kerja atau berjalan-jalan?

Saya? Pergi berjalan-jalan, tak pernah. Pergi kerja, pernah.

Selalunya tertinggal sebab tengah charge. Charge pulak kat atas tilam sebelah bantal. Dihalang pulak pandangan dengan kabinet kecil. Sudahnya, bila tutup suis utama bilik, tak nampak handphone sebab terhalang oleh kabinet tu. Dan, tertinggallah handphone tu kat rumah adanya.

Sekarang ni handphone adalah sahabat karib semua manusia. Ye ke? Bergantung kepada siapa yang pakai la kot. Kalau McNa yang pakai, harus sms yang dihantar hari ni, dia baca raya tahun depan.

Ada orang tak sah kalau tak ada handphone kat tangan. Macam rasa ada kekurangan. Resah je. Sanggup patah balik pergi ambil.

Saya pulak, bukan handphone yang buat rasa kekurangan tetapi jam tangan. Rasa macam tak pakai baju kalau jam tangan tertinggal. Jam tangan sebahagian dari pakaian saya. Tapi bila dah sampai rumah, rasa rimas pulak pakai jam tangan. Pernah satu ketika, saya ada jam tangan spare dalam handbag.

Berbalik pada handphone, saya akan buat tak kisah pada handphone bila saya berada di pejabat. Kalau di rumah, saya buat tak kisah sangat sebelum masuk tidur. Bila dah mula nak masuk tidur, barulah saya sibuk nak sms sana sini tanya khabar kawan-kawan la, tanya itu la, tanya ini la.

Sebabnya?

Masa kat pejabat saya tak ingat semua benda tu sebab saya dah mengadap komputer. Sebelum tidur pun saya tak ingat sangat nak tanya khabar ke apa ke sebab saya mengadap tv atau baca novel atau buat apa saja.

Handphone ni kita terasa sangat kepentingannya bila kecemasan atau masa kita betul-betul nak guna. Dulu la, sebelum pakai handphone. Sekarang ni, tak ada pulak "masa kecederaan" tu.

Kejadian yang membuatkan saya mula beli handphone bila saya nak telefon mak saya nak bagitahu dia yang saya sampai lambat ke rumah sebab tak ada bas. Dan masa tu adalah bulan puasa(!) Bukan sekali tapi banyak kali. Bila dah ada handphone, tak ada pulak kejadian lambat sampai ke rumah. Sebab sekarang dah ada LRT. Dulu naik la bas tu. Tunggu la sampai berjanggut. Bergayut pun bergayutlah.

Gloss: Makcik membebel pagi-pagi sebab hari ni makcik TERTINGGAL handphone kat rumah. Tengah charge atas tilam sebelah bantal, dihalang oleh kabinet kecil. Tutup suis, tak perasan kawan tu ada kat situ. Patutlah masa keluar rumah, makcik termenung kejap depan pintu sambil terfikir-fikir: "kenapa rasa tak sedap hati ni? apa benda yang tertinggal?". Dah keluar baru teringat tapi tak kuasa nak patah balik. Dah tau kan kenapa makcik membebel pagi-pagi? Hehehehe

Gloss II: Yours truly buat tak kisah mungkin sebab tertinggal dalam bilik kot. Kalau tertinggal kat ruang tamu, mahu menggigil kalau tak patah balik. Tak ada, tak ada sms cintan-cintun. Semua dah delete secara kejam. Tak satu pun tinggal.

Gloss III: Ini bukan pertama kali tertinggal handphone :-) makcik kan dah tua LOL

4 comments:

Lan Bingka said...

ada satu masa tu, kawan saya accident, masa tu semua org tak dapat nak hubungi saya nak bagitahu pasal tu sebab saya duk di rumah pakcik yg tiada telefon. saya hanya tahu 2-3 hari kemudian.. lepas tu terus beli handphone..:)

eL said...

Lan: Masa kecederaan yang macam tu la, handphone berguna sangat. Saya terfikir, macam mana lah agaknya orang dulu-dulu menghadapi kecemasan. Saya masih ingat, arwah atuk saya meninggal tahun 1980an. Masa tu kat rumah tak ada fixed line, handphone apatah lagi. Terpaksalah bapa saudara saya naik bas dari Pahang ke KL untuk bagitahu. Dulu kalau naik bas bukan cepat macam sekarang. Bas akhir pulak tu.

hai said...

emm..ni penyakit somi akak...manjang tertinggal hp..kadang wallet pun boleh tertinggal..haru betul!!

eL said...

Kak Hai: Wah...best tu tertinggal wallet hehehe! Wallet saya belum pernah tertinggal lagi. Janganlah hendaknya. Menangis saya kang.