Monday, August 2, 2010

Exam Tu Best Apa....

Hari Sabtu.

Lagi 10 minit peperiksaan nak mula, saya sms kat kawan-kawan dan sepupu saya supaya doakan saya lulus dengan cemerlang.

Mcna balas sms saya keesokan harinya.

McNa: Siapa yang exam ni el?
Saya: Aku la yang exam.
McNa: Exam apa? Yang ngaji kau tu ke?
Saya: Ye. Semalam. Best lama tak exam. Bertulis 2 jam. Baca 2 jam.
Mcna: Hah? Best exam? Kalau tak gilo, ni mesti dah senget otak kawan aku ni.
Saya: Muahahaha...best apa exam. Aku suka.

LOL. Best apa exam. Best tengok diri tunggang langgang seminggu sebelum peperiksaan macam orang yang dah tak berapa betul. Sampai hari peperiksaan teringat pulak masa belajar dulu. Hari peperiksaan tu la hari paling stress terutama bila peperiksaan sebelah petang. Tengok dewan yang luas terbentang saujana mata memandang tu lagi la stress. Tengok orang lain tertunduk-tunduk tekun jawab soalan bertambah-tambah stress.

Stress akan berkurangan kalau kita dah ulangkaji dari awal dan semua maklumat lekat dalam kepala ditambah dengan apa yang kita baca keluar dalam peperiksaan.

Lagi best kalau soalannya SENANG(!) L:-)L

No comments: