Monday, August 16, 2010

Rahmat Allah, Murka Allah

Hari tu saya sempat menonton Semanis Kurma dengan topik "Seronok Puasa & Puasa Seronok". 

Saya sangat suka dengan apa yang Ustaz Jazlan Abdullah katakan:

"Allah berikan rahmat dalam ketaatan kita dan Allah duga kita dalam kemurkaanNya."

Lebih kurang macam tu lah kalau tak silap saya. Memori saya tak bertahan lama sejak dah masuk usia gangsa ni :-)

Rahmat Allah yang tersembunyi dalam ketaatan kita bila kita melakukan kebaikan tanpa kita sedari di dalam solat, di dalam puasa, di dalam sedekah kita dan di dalam ibadah dan kebaikan lainnya.

Kita lupa Pencipta kita bila hidup dalam kemewahan yang Dia berikan. Kita tak sedar yang Allah murka pada kita kerana sikap kita yang buat endah tak endah suruhanNya. Inilah istidraj namanya.


2 comments:

Lan Bingka said...

menjenguk rumah baru..;) lagi panjang namanya..hehe

eL said...

Lan: Tapi dah ada sawang sikit-sikit :-) supaya yang tak berkenaan tu susah nak cari alamat rumah baru :-)