Tuesday, August 17, 2010

Email Pagi Isnin

Semalam tiba-tiba dapat email dengan subjek "Pagi Isnin". Hoh...apa cerita pulak ni kan. Si Razlan. Adik ni sesekali muncul dengan email dia: "akak apa khabar?", "akak tengah buat apa?", "akak, tadi saya terserempak dengan Nurul Syuhada lagi" (pengacara Majalah 3 tu...dia dah berkenan), "akak dot dot dot", "akak, tot tet tot tet". Hehehe...best ada adik macam dia ni. Budak baik ni. Hari minggu memerap kat rumah macam anak dara. 

Email dia.

Lan: Akak buat apa?
Saya: Tengah tulis blog. Shhh...jangan bagitahu bos (padahalnya bukan satu ofis pun hehehe)
Lan: Chronicle of Ebony And Ivory Of Life ke? Akak tak rasa nak jadi penulis ke? Rasanya ada bakat saya tengok di situ

The rest is history.

Kawan-kawan saya ramai tak tahu yang saya sangat suka membaca dan menulis merapu-rapu-meraban. Lagi satu saya sangat suka ambil apa-apa kelas untuk belajar. Hidup saya tak meriah kalau saya tak buat apa-apa. Mungkin sebab saya masih sorang kot. Kalau dah lebih dari sorang esok lusa, mahu tak menang tangan kalutnya hidup saya.

Membaca. Seingat saya novel pertama yang saya baca adalah Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Mungkin sebab itu je satu-satunya novel yang ada kat rumah saya yang di baca oleh mak saya. Saya galak membaca novel bila umur saya mencecah 18 tahun semalam. Mungkin sebab masa tu ada RM lebih. Masa sekolah manalah nak dapat RM. Keluarga bukannya berada. Novel tau. Bukannya buku-buku ilmiah. Buku-buku ilmiah saya mula baca 2, 3 tahun lepas je.

Menulis. Setakat menulis sikit-sikit macam ni bolehlah. Kalau nak tulis yang serius atau kreatif, rasanya otak saya setakat kreatif menulis "kisah benar saya" je la kot. Orang nak tulis novel kreatif mana boleh tulis kisah benar je. Dah nama kreatif. Kenalah tulis secara kreatif. Banyak sangat alasannya kan. Si Lan kata: "Akak kena buat aje takyah fikir-fikir,........satu pelaburan tu, mana tau mula-mula jadi best selling lepas tu ada pulak orang nak buat jadi filem, lepas tu saya dapat sorang lagi member yang jadi artis....dasat tu".

Ewahhh....itu yang dia fikir. Jauh ke laut perginya.

Kawan kami yang jadi artis yang dia maksudkan tu ialah si Jipie, vokalis kumpulan Pesawat. Dulu masa satu pejabat dengan Jipie boleh dikatakan hari-hari main teka-teki dengan dia. Dia pulak selalu je kat bilik server sebelah tempat duduk saya. Hingar bingar kawasan tu. Tak tau lah si Lan dengan kawan-kawan dia boleh buat kerja ke tak hehehe.

Kelas. Yang ni buat saya berfikir dari sekarang. Kelas tilawah yang saya ambil sekarang mungkin akan selesai dalam beberapa semester lagi. Lepas tu saya ambil kelas apa pulak? Tak tahu lah. Dalam kepala ni ingat nak ambil kelas yang senang je. Yang susah tak mahu. Teruk betul.

4 comments:

Lan Bingka said...

ala....kawan ofis dah ramai tahu pasal blog saya..

eL said...

Lan: Huiii...saya tak boleh sebab sesekali nak mengumpat bos hehehe...taklah, saya ni private kind of person.

Lan Bingka said...

tu la pasal..adui. ada sorang pinjam laptop, pastu terjumpa url saya. ade la dlm 7-8 org yg tau skrg ni.

biasa la geng pompuan ni..gi makan sekali, bila dah berkumpul tu mesti la terkeluar gak citer pasal blog saya. sebelum ni org sebelah pun tak tahu saya ada blog tau.. skrg rasa segan plak nak tulis..;)

eL said...

Lan: Kan? Kalau orang dah tau, kita jadi pemilih nak tulis sebarang topik. Kena sentiasa berjaga-jaga je takut terkena tempias kat sesiapa. Saya faham tu sebab saya rasa benda yang sama. Yang peliknya dengan orang yang kita tak kenal, kita main selamba je tulis. Kadang-kadang saya fikir itu split atau double personality ke? Atau pun itu adalah sisi lain diri kita yang orang tak tau.