Wednesday, September 1, 2010

Allah Tarik Sedikit NikmatNya

Semalam niatnya nak ajak mak dan adik-adik datang berbuka kat rumah. Allah tarik nikmat sikit semalam, langsung tak jadi. Setengah hari saya terlantar atas tilam. Tak berapa sihat. Mata bengkak tak cukup tidur. Tak pasti sama ada saya stress atau saya tidur dalam aircond yang kuat hari ahad. Sepupu saya si Farah, kalau tak pasang aircond, tak basahkan kepala sebelum tidur memang dia tak boleh tidur. Aircond pulak dia pasang sampai 16(!). Saya pulak terpaksa berkongsi bilik dengan dia sebab Pak Teh saya ajak berbuka dan bersahur di rumahnya. Tebal sungguh kulit si Farah ni. Saya ni tak boleh sejuk sangat, tak boleh panas sangat, tak boleh tak cukup tidur, tak boleh tak cukup air. Cepat je nak demam.

Hari Isnin saya dah rasa aura nak demam. Pakai aura-aura pulak demam kau ye eL. Hari Selasa memang all out melepek. Memang saya tak masak. Tak ke pasar ramadhan. Tak makan. Tak minum. Entah berapa biji ubat saya telan. Plan saya nak beli barang-barang keperluan semalam terpaksa saya batalkan. Memang tak larat betul badan ni.

Saya sedar semalam adalah Hari Kemerdekaan Malaysia tapi dengan keadaan macam ni, memang tak patriotik pun saya tunggu countdown. Amboiiiii...countdown kau nak tunggu. Kau punya tadarus tu bila nak habis?

Lepas sahur tadi perut saya pulak tak berapa selesa. Rasa macam nak MC je. Tapi saya ada Conference Call pulak hari ni. Tak datang kang, mahu sepanjang tembok besar China jelingan bos saya.

Entah-entah berjangkit dengan demam dan batuk si Shanna. Hmmm....

2 comments:

Lan Bingka said...

demam saya dah ok. tapi batuk tak baik2..

semoga cepat sembuh..

eL said...

Lan: Hairan kan...makan ubat sakit tekak untuk baikkan tekak yang sakit sikit-sikit ni. Alih-alih bertambah teruk sakitnya.