Saturday, September 18, 2010

Satu

Percubaan pertama saya :-) Imaginasi entah apa-apa :-) Karya yang sangat rapuh dan perasan. Ada lagi yang akan menyusul dengan tema yang lain dan lebih kurang sama, insya-Allah. 

1
Selalu jugalah ke tingkat 15 untuk berjumpa Rya. Tupperware yang mengeratkan kami. Bermula daripada dia menghantar tutup Tupperware yang Kak Hani pesan. Tutup bekas Kak Hani dah rosak. Dia pesan yang baru dari Rya. Dah lama juga nak cari agen yang jual barangan Tupperware. Baru sekarang berjumpa. Dulu tak mampu nak beli. Sakan juga membuat pesanan dengan Rya. Mencecah RM2,000 kesemuanya.

Selepas mendail sambungan Rya, "Hello, takkan hantar tutup je. Katalognya mana?". Itulah ayat permulaan aku yang menjadikan perkenalan kami lebih rapat. Selama ini hanya berhubung melalui telefon berkenaan hal kerja sahaja. Sejak dari itu selalulah ke mejanya di tingkat 15.

Kalau hendak masuk ke jabatan Rya, kawalan keselamatan memang ketat. Kena ketuk pintu kaca. Kemudian ketuk pula pintu kayu.  Kemudian seseorang akan tekan butang untuk membenarkan kita masuk. Pintu kayu ke jabatannya itu diperbuat daripada kayu maple dan bercermin panjang. Boleh nampak pekerja-pekerja yang duduk setentang dengan cermin tersebut. Setiap kali ketuk pintu pejabat Rya, mesti ternampak dia tu. Daripada pandangan pertama iras wajahnya tak ubah seperti kasanova.

Beberapa kali terserempak dengan dia sama ada di dalam lif atau di lobi, terasa seperti selalu dipandang-pandang. Tak adalah berminat sangat tapi sengaja bertanya kepada Rya, "Budak lelaki yang duduk depan pintu tu unit apa?". Tanpa riak Rya menjawab, "Oh, pengurus kanan tu. Budak Trade. Dia tu kalau bercakap dengan wife dia kat telefon tak segan silu cakap lovey dovey. Wife dia stewardess. Dia tu suka hati dia je nak hilang dari pejabat". Panjang lebar Rya menjawab tanpa ditanya. Macam CNN. Bertanya lagi, "Siapa nama dia?". Tanpa menoleh Rya menjawab "Kumar". "Oh, dia bukan melayu eh? Muka macam melayu. Kalau bukan melayu pun, ada iras Serani atau Eurasian", aku menambah. Rya angkat kening, "Ye ke?".

Sejak dari itu, memang kerap terserempak dengan dia. Sebelum ini dipercayai dia wujud juga, bukan pekerja baru tapi tidaklah kerap terserempak macam sekarang.

2
"Suri, ada appointment tak lunch ni? Jom lunch dengan saya". Rya mengajak.
"Boleh juga. Awak tunggu saya kat lobi jam 12:30 pm". Aku berjanji.

Dalam perjalanan ke restoran Dorsett Corner aku cuba memancing Rya, "Awak, awak nampak tak budak tu. Setiap kali saya terserempak dengan dia, saya selalu teringat awak pernah cerita kat saya pasal dia bercakap lovey dovey dengan wife dia kat telefon. Patutlah, muka dia pun nampak macam kasanova". Tapi kenapa dia selalu pandang saya kalau dah ada isteri seorang pramugari dan semestinya seorang yang cantik. Ini hanya ayat di dalam hati aku.

Rya menepis tangan aku, "Eh, itu bukan Kumar la. Itu Avinesh".

Nada terkejut aku simpan di dalam hati, "Laaa...mati-mati saya ingatkan orang yang awak cerita hari tu adalah budak tu".

Setiap kali terserempak dengan dia, adakalanya aku sengaja pandang tepat ke arahnya semata-mata mahu memastikan sama ada dia sedang memandang aku atau tidak. Padahal sebelum ni nak pandang tepat ke muka mana-mana lelaki pun segan macam kura-kura masukkan kepala ke dalam cengkerang ketika diancam musuh. Kerap kali juga hati mengatakan dia memandang orang yang berada dibelakang aku. Kira aku bukan seorang yang perasanlah kan? Pernah satu hari hampir terlanggar dia di lobi. Tiba-tiba bibir ni tersenyum kat dia. Ishhh...maklumlah, orang yang murah dengan senyuman ni memang selalunya akan tersenyum bila terpandang sesiapa saja. Hari yang lain pula, aku sudah masuk ke dalam perut lif, aku ternampak dia baru hendak masuk lif yang sama. Apa sebabnya dia memanjangkan lehernya untuk memastikan sama ada betul atau tidak dia nampak aku dalam lif tu, aku pun tak tahu.

3
"Rya, Avinesh tu admire kat awak ke?".
"Kenapa awak cakap macam tu pulak Suri? Tak adalah".
"Ye lah, selalunya kalau orang admire kat seseorang, kadang-kadang orang yang selalu berkawan dengan orang dia admire tu pun kena tempias sama", aku cuba berlapik. Bimbang si Rya ni mengorek apa yang selama ni bermain-main dalam fikiran aku.
"Dia admire awak ke Suri?"
"Entah. Kalau dia admire sekali pun takkan dia nak bagitahu saya. Lagipun saya rasa kalau dia admire awak pun saya taklah pelik sangat sebab awak memang cantik. Ramai orang admire". Berulang kali aku mengatakan pada Rya memang dia seorang yang cantik.
"Ke situ pulak awak ni." Rya menoktahkan perbualan kami.

4.
Pagi itu meja penyambut tetamu sangat sibuk. Mungkin ada pekerja-pekerja yang sedang menjalani latihan dan menggunakan bilik latihan di tingkat 16 di mana pejabat aku berada.
Tiba-tiba, "Excuse me. May I know your name?"
"I am Suri. What can I do for you?" Amboi...garangnya.
"Can we talk for a while?"
Apa yang dia nak ni? "Errr...shoot".
"I have been eyeing on you ever since. Would you mind if I want to know you much better - as a friend for a start maybe?"
Haaaaaaaaa? Terus-terangnya. Apa nak jawab ni?
"Errr...we are friends, aren't we? All employees in this Company are friends right?". Itu saja ke yang mampu kau cakap Suri?
"Yeah, but we never dealt in anything in terms of work. So, it is no way for me to know you much better that way. I always think of you since I terpandang you hari tu. I can't even get you off my mind. Boleh tak we know each other?"
"Avinesh...errr...what ever your name is...I am not keen on any guy who like to play with sweet words. Fullstop!". 

Belum apa-apa dah pasang ayat bunga-bunga. Noktah!

2 comments:

Lan Bingka said...

omak ai..

razlan said...

macam cerekarama dekat tv3 tu. perghh