Tuesday, September 21, 2010

Nak Sangat, Ambillah

Saya pernah cerita yang ada orang letak sampah depan rumah saya. Padahal tu sampah orang atas yang di sapu ke bawah, kena kat rumah saya. Saya tolong sapu dan kumpulkan setempat. Lepas tu, sampah tu orang letak depan rumah saya pulak.

Lepas kejadian tu, saya beli penyapu dan penyeduk sampah yang baru. Khas untuk sapu kat luar je. Penyapu dan penyeduk murah je. Sekali sapu tercabut sehelai dua jeraminya. Habuk jerami pun masih banyak lagi. Lama-lama botak penyapu tu. Penyapu lama tu performancenya dah kurang baik even though it knows every corner of the corridor LOL. Penyeduk tu pulak sebelum ni tak ada. Saya beli sebab senang saya nak kumpulkan sampah dalam penyeduk tu. Sebelum tu saya sapu ke tepi dinding je. Dah banyak, baru saya buang. Dah ada penyeduk tu, tak payah nak kisah nak letak mana sampah tu. Biar je dalam penyeduk tu sampai banyak. Dah banyak baru buang.

Semalam, masa saya hendak keluar rumah pergi kerja saya tengok penyapu tu dah tak ada. Saya sangat sensitif mengesan jika barang-barang saya hilang atau disentuh orang. Ke mana pula penyapu ni? Ikutkan sisi saya yang baik, saya fikirkan mungkin orang pinjam. Esok-esok dia pulangkanlah balik. Macam hari tu. Saya rasa ada orang pinjam penyapu dan penyeduk saya sebab segala isi sampah dalam penyeduk tu entah ke mana. Bersih.

Kalau ikutkan sisi jahat saya, memang saya menyumpah dalam hati. Memang itu yang saya buat semalam. Saya menyumpah sungguh-sungguh dalam keadaan betul-betul marah. Kurang pahala puasa saya semalam. Penyapu buruk tu pun nak ambik. Tak mampu sangat nak beli atau malas nak pergi beli atau memang sikap mengambil hak orang tanpa izin tu dah sebati dalam diri. Saya nak tengok, kalau pinjam, berapa lama nak pulangkan balik. Kalau ambil terus (dibaca: curi), saya nak sangat tahu siapa yang ambil.

Dah memang jadi kebiasaan saya, setiap kali balik kerja mesti saya sapu dulu lantai depan rumah saya sebelum saya masuk rumah. Balik kerja semalam saya tengok penyapu tu masih belum ada. Geram hati saya nak naik tingkat atas kalau-kalau jumpa balik dengan penyapu tu. Tapi dalam keadaan penat baru balik kerja, ditambah dengan puasa lagi, saya batalkan niat tu.

Keluar rumah pagi ni, saya masih geram tapi dah kurang daripada hari semalam. Penyapu tu masih belum ada. Saya doakan supaya Allah bagi petunjuk kepada orang yang ambil penyapu tu, Allah ampunkan dosa dia, murahkan rezeki dia dan panjangkan umur dia. Kalau nak sangat, ambillah. Redha je lah. Macam tak redha je eL LOL.

Ala setakat penyapu. Itu pun nak jadikan isu besar. Biar je la. Anggap sedekah. Benda yang sangat remeh kan?.

Bukan.

Bukan masalah penyapu tapi masalah sikap. Tak ke menyusahkan saya. Saya kena pergi beli penyapu baru secepat yang mungkin padahal kalau penyapu tu orang tak ambil, mesti saya tak perlu nak sibuk nak ke kedai lepas balik kerja. Dah la selalu balik lambat. Kedai pun dah tutup. Saya rimas depan rumah saya tak bersih.

Sakit jantung.

2 comments:

nohas said...

Penyapu pun disapu juga...kat luar rumah dianggap harta awam kot..

sharing is caring..

eL said...

Nohas: kalau dipulangkan balik macam hari tu tak apa la jugak. Kita ni dah la segan nak bawak balik penyapu siang-siang buta kalau dah beli :)