Friday, September 24, 2010

'Cos We All Live Under The Same Sun

Saya satu kelas dengan Suria semasa saya berada di tingkatan 3. Zaman saya dulu meja disusun dua-dua. Saya duduk di barisan pertama, nombor 2 akhir. Memang saya selalu kena duduk belakang. Sebab saya tinggi. Tingkatan 5 je saya duduk depan sekali. Depan meja cikgu. Itu pun tepi dinding. Kena paksa duduk situ sebab saya ketua tingkatan. Senang nak berurusan kata cikgu. Ala, macamlah tak boleh panggil saya kalau ada apa-apa. Nak kongsi rahsia la tu hikssss. Tak boleh duduk tengah. Nanti orang belakang saya stress LOL.

Apa cerita pasal tingkatan 5 ni? Nak cerita pasal tingkatan 3 lah.

Tingkatan 3. Sebelah saya Woon Choy. Bila dah "besar", tiba-tiba saya dapat tahu dia tambah "Corrina" kat depan nama sebenar dia. Belakang saya, Jar Ay. Bila dah "besar", tiba-tiba saya dapat tahu dia tambah "Irene" kat depan nama sebenar dia LOL. Kawan-kawan aku ni la. Suria duduk sebelah Jar Ay. Eh, boleh bayangkan ke tak ni? 4 sekawan stooges ni tak adalah ke sana ke sini bersama sebab masing-masing ada kawan baik sendiri. Suria, Woon Choy, Jar Ay tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Boleh dikatakan mereka bertiga agak rapat di rumah. Kat sekolah mereka cari kawan lain. Takkan nak bersama je. Bosan pulak kot LOL.

Kami ni kalau dalam kelas, memang sentiasa bertukar-tukar meniru jawapan terutama sekali subjek bahasa malaysia, matematik dan bahasa inggeris. Bab tu yang buat kami rapat sekejap setiap kali tiba subjek-subjek tu. Masa tingkatan 3 ni Suria, Woon Choy dan Jar Ay adalah pengawas probation. Diorang jadi pengawas proper masa tingkatan 4. Saya tak layak jadi pengawas. Kalau kena offer pun saya tak nak. Kalau offer saya masa tingkatan 5 saya nak la sebab saya cuma ada masa setahun je berkhidmat. Tak nak berkhidmat lama-lama. Ingat senang ke jadi pengawas. Asyik kena tulis nama orang je. Lepas tu kena keluar rehat awal. Masuk kelas lambat selepas rehat. Demand. Siapa la nak bagi kan? Tapi masa tingkatan 5 tak ada siapa pun offer saya jadi pengawas sebab saya dah kena paksa jadi ketua tingkatan sejak tingkatan 4. Kalau dah jadi ketua tingkatan masa tingkatan 4, tingkatan 5 pun mesti kena jadi jugak sebab sekolah kami ni - contohnya, macam saya kelas 4 Sains2 - kalau dari tingkatan 4 masuk kelas 4 Sains2, masa tingkatan 5 pun kena masuk kelas 5 Sains2. Murid-murid pun murid yang sama. Kelas sains ada 2 je pun. Sekolah lain pun macam ni jugak ke?

Melalut lagi.

Saya tak tahu lah saya dah pernah cerita ke tak. Masa tu saya dalam lif. Macam biasa, saya buat tak kisah pun siapa yang masuk dalam lif tu. Satu hari, macam cerita kanak-kanak pulak, saya terdengar perbualan 2 orang perempuan ni. Diorang masuk dari tingkat 15. Saya macam biasa dengar suara salah seorang perempuan tu. Saya perhati dia. Dari belakang tak nampak jelas muka dia. Lepas tu saya tanya Indra ada tak budak nama Suria kat tingkat dia tu, tingkat 15. Dia kata ada. Sah la. Memang Suria. Saya masih kenal suara dia. Yang berubah cuma rambut dia. Habis dia rebondingkan. Dulu curly habis.

Saya cari email dia dalam Outlook. Saya hantar email kat dia. Kebetulan sebelum tu Indra dah tanya dia sama ada dia ingat saya ke tak. Dia masih kenal saya. Betapa kecilnya dunia ni. Berbelas tahun tak jumpa, tak berhubung. Sekarang jumpa di dalam syarikat yang sama. Dia sendiri dah berbelas tahun kerja dengan syarikat ni. Dah jadi macam "perabot" kat syarikat ni. Melekap. Dalam 3 orang tu, hanya Woon Choy yang saya masih berhubung. Itu pun ketika birthday dia dan ketika Tahun Baru Cina.

Selepas jejak kasih tu, Suria ajak saya minum petang lepas kerja kat kedai berdekatan pejabat. Banyak juga kami sembang. Berbelas tahun punya cerita mana boleh habis dalam masa sejam dua. Ketara segan di pihak saya. Saya memang penyegan sikit terutama sekali bila dah lama sangat tak jumpa. Dah jadi macam kurang biasa. Nak fine tune balik tu lambat sikit. Nak-nak pulak dia nampak saya dah lain banyak dari dulu. Dia tetap macam tu cuma rambut je dah rebonding habis LOL. Dan lagi satu perbezaannya, dia dah kahwin tapi belum mempunyai anak, sementara saya cuma ada anak tekak, anak rambut dan anak mata. Sekarang kami cuma bersapa "hi hi bye bye" je bila terserempak.

Gloss: Nama sebenar Suria adalah Suria Kumari.

Gloss II: Kami berempat hanya sekelas semasa di tingkatan 3. Semasa di tingkatan 4 hanya saya seorang ke kelas sains. Mereka bertiga ke kelas sastera.

3 comments:

Lan Bingka said...

biasa kalau jumpa kawan lama..awal2 tu rancak la bersembang, lepas beberapa minit tak tahu nak sembang apa dah..

Lan Bingka said...
This comment has been removed by the author.
eL said...

Lan: Betullah...lepas tu rasa macam janggal je. Kalau dengan kawan yang sedia ada tu, sampai tak cukup-cukup perkataan nak sembang.