Monday, October 4, 2010

Susahkan Yang Senang

Tahu tak tudung yang zaman sekarang tu? Yang ada awning tu? Tahu tak? Ke tak tahu? Hehehe.

Tak kisahlah kan. Haaa...tudung tu. Yang tu lah. Setakat ni saya tak berminat untuk pakai tudung macam tu. Sebabnya hanya satu. Pendek dan kecik. Eh, kata satu sebab. Dah jadi dua pulak ni. Ok, tak kisah lagi.

Tudung tu kan sepatutnya menyenangkan bila kita pakai. Main sarung je. Tak payah kisah nak kelepet sana, nak kelepet sini. Nak betulkan awning dia bagi elok sepanjang hari. Tak herot sana, herot sini. Tapi kan saya tengok orang yang pakai tudung tu sekarang bukan main susah lagi nak pakai tudung tu. Sebab apa tau. Kena bukak brooch kat bahu kanan. Kena bukak brooch kat bahu kiri. 

Tak ke susah tu. 

Err...bukan saya yang susah pun. Yang saya membebel tu kenapa? Hehehehe.

Gloss: Kadang-kadang penat mata tengok pemandangan tudung awning kat surau. Sepatutnya solat boleh jadi cepat, main sauk je tudung tu, jadi macam lambat pulak sebab kena brooch sana, brooch sini macam tudung biasa. Tudung biasa yang saya pakai ni pun tak payah la nak berbrooch-brooch bagai lintang sana sini. Jawapannya senang. Saya tahu, nak cantik kan. Cantik manalah boleh berpisah dengan perempuan. Kalau tidak, rugilah brooch yang banyak-banyak dah beli tu.

Gloss II: Membebel. Membebel.

Gloss III: Mesti diorang jawab; "ada aku kisah?" LOL.

2 comments:

Kay said...

ada tudung saiz besar, beli kat Hajra...

eL said...

Kehelan: tau ada yang macam tudung labuh tu kan tapi saya kurang suka kain jenis tu. Kain jenis tu saya pernah pakai masa sekolah rendah. Saya sangat cerewet cari jenis kain untuk tudung.