Tuesday, October 19, 2010

Sembang Sikit 2

1
Memang betul la orang kata, pujian boleh menjadikan hari seseorang itu ceria. Hati suka. Rasa nak senyum sentiasa. Boleh terpancar melalui air muka. Tak ada orang tahu. Biarlah rahsia. Tapi puji-pujian bukankah hanya milik Pencipta? Kenapa mesti orang yang kena puji tu pulak yang kembang berbunga-bunga? 

2
KA: eL, kak Aisyah cerita...patutlah selama ni dia sms you tak pernah dapat reply. Tadi baru dia perasan dia sms you kat nombor ofis.
eL: Hehehehe...patutlah dalam voice message box saya ada je lampu warna merah tiap-tiap hari hahaha!!!

** Masa saya ambil cuti bulan 7 hari tu, bila saya masuk kerja balik saya tak sempat nak retrieve voice message saya kat telefon. Sangka saya kapasiti mesej yang boleh masuk dalam tu maksimum pun 30 mesej. Bila dah penuh, mesej lain tak boleh masuk lagi. Jadi, bila-bila pun saya boleh retrieve. Jadi, bulan lepas selepas dua bulan baru saya retrieve ke semua mesej tu. Tahu ada berapa? Seratus lapan belas mesej. 118 ye. Penat jugaklah telinga saya ni. Tak pasti berapa jam saya tadah telinga. Saya retrieve tu lepas waktu kerja pulak tu. Kira dalam pukul 8 malam jugaklah saya balik rumah. Tapi dalam banyak-banyak mesej tu, tak ada pulak mesej kak Aishah hehehe. Sms mana boleh masuk dalam voice message box tu.

2 comments:

nohas said...

Pendengar setia...

eL said...

Nohas: Terpaksa. Kalau tidak nanti orang kata, "I tinggal voice message kat you, you tak retrieve ke?". Duhhh...kena kat muka sendiri. Nanti diorang kata saya tak layak duduk kat ofis ni pulak :-)