Monday, October 25, 2010

Kehidupan Terindah Adalah Ketika Remaja...Betul Ke? 2

sambungan……

Boleh dikatakan tiap-tiap hari macam tu. Tak bosan ke? Entah. Saya tak pernah tahu apa rasa bosan. Memang itu rutin seharian. Saya selalu cakap kat diri sendiri saya ni seorang yang sangat membosankan. Hidup saya sangat rutin dan kurang warna. Hanya hitam dan putih macam blog ni kot LOL ebony and ivory. Sehingga sekarang orang melihat saya amat membosankan. Tapi bagi diri saya, biasa je. Kita yang jalani hidup ni, kita je yang tahu bosan ke tidak. Saya tak kisah pun orang nak kata hidup saya membosankan atau tidak. Bagi saya kalau saya tak keluar melepak bersama kawan-kawan bukan sesuatu yang kurang dalam hidup.

Pernah juga abah cakap, “awak ni kalau awak keluar abah risau, tapi kalau awak duduk dalam bilik ni tak keluar-keluar pun abah risau jugak”.

Pernah juga jiran-jiran tak tahu yang mak saya ada anak yang satu ni. Jiran-jiran ingat anak sulung mak saya ialah adik perempuan saya, adik kedua saya. Habis tu, tak keluar rumah. Macam mana la jiran tak kenal. Pernah sekali jiran Makcik Maznah tegur saya ketika saya sedang menunggu bas untuk pergi kerja. Dia tanya saya, “Ni anak Kak Hawa kan? ****** dah besar”. Makcik, mujur saya nak pergi kerja. Kalau tak, saya dah belanja Makcik roti canai dah. Bukan nak cerita yang tu. Nak cerita betapa lamanya Makcik Maznah tu tak nampak saya. Sampai saya dah besar(!)

Saya jadi kronik memerap kat rumah ketika saya di tingkatan 3. Masa tu kan tahun peperiksaan. Memang sakan memerap. Puncanya mungkin sebab cikgu Kamisah yang garang tu. Dia ajar subjek Sejarah dan Geografi. Disebabkan dia saya dapat A untuk 2 subjek tu dalam peperiksaan besar saya. Padahalnya sebelum tu saya paling tak suka Sejarah. Saya mula suka Geografi bila dia yang ajar terutama sekali bila dia suruh lukis peta tanpa menekap peta kat buku. Bila berjaya lukis, kena warna dan letak macam-macam tanda dan gambar untuk senang ingat kawasan mana yang tanam banyak padi, tanam banyak tebu, taburan hujan terbanyak, kawasan tadahan hujan, tanah tinggi, tanah rendah. Seronok betul belajar Geografi dengan dia. Dia bagi saya semangat dalam diam. Dia tak pernah sekali lebihkan masa dan tumpuan pada saya. Dia bagi masa sama rata kepada semua anak murid dia. Entah apa la khabarnya cikgu nan seorang itu.

Panjang lagi nampaknya. Mahu berulang-ulang cerita saya ni kang. Kalau berulang tu maaflah ye.

bersambung……


3 comments:

nohas said...

Saya pun kurang suka subjek Sejarah, byk nak kena hafal..geografi suka, siap ada buku atlas lagi..

Lan Bingka said...

ish..ish..lamanya memerap..
tau2 dah besar..

eL said...

Nohas: Tahun 2013 subjek sejarah jadi subjek wajib lulus. Nasib baik dah lepas :-)

Lan: Kekeke macam ayam mengeram telur. Lama nak menetas.