Tuesday, October 19, 2010

Molotov Cocktail 2

Entah apalah khabarnya hati. Sakit memang sakit. Tapi terpaksa pujuk hati supaya sabar dan suka buat semua ni. Kadang-kadang hati jadi semakin merah menyala bila tahu orang yang suruh kita buat kerja tu sebenarnya sedang buat kerja personal dia. Macam makan gaji buta. Padahal masa yang dia guna untuk buat kerja personal tu boleh buat kerja dia yang dia bagi kat kita tu. Tu kerja dia. Dia seronok je buat kerja personal dan layan panggilan telefon berkenaan kerja personal dia tu. Tapi apalah daya orang yang sabar ni. Berdoa dalam hati je lah.

Kita tak mahu jadi macam dia makan gaji buta. Tapi buat kerja dalam keadaan hati sakit, tak ikhlas jadinya. Kalau tak ikhlas, gaji kita pun buta juga ke?

Nanti kita sambung cerita lain pulak ye. Bukan. Bukan C4.

4 comments:

Lan Bingka said...

kadang2 kena gak macam tu..

eL said...

Lan: Kena tak ikhlas ke macam mana?

Lan Bingka said...

org suruh buat keje, padahal sendiri bleh buat.. malas je lebih

eL said...

Terbakar rasa. Nak-nak pulak sejak kami renovate ofis, sepatutnya dia yang duduk depan sekali dekat dengan bilik bos sebab dia PA bos. Ni dia pulak duduk belakang sekali. Senang la dia nak buat kerja personal dia. Kat belakang dia tak ada sesiapa. Cuma ada kabinet. Bila staf lain masuk nak jumpa bos, semua tanya kenapa dia pulak duduk belakang. Dia kata dia nak new environment. Macam hampeh! Orang lain pun tahu yang dia sepatutnya duduk depan.