Tuesday, October 26, 2010

Kehidupan Terindah Adalah Ketika Remaja…Betul Ke? 3

sambungan.....

Disebabkan cara Cik Kamisah mengajar membuatkan saya sangat suka belajar Sejarah dan Geografi. Makanya, (teruk betul bahasa melayu ni) saya rajinlah belajar kedua-dua subjek ni. Banyak soalan tahun-tahun lepas yang saya jawab melalui bermacam-macam buku rujukan. Bertambah saya suka bila saya jawab tu banyak yang betul dari salah. Itu menandakan saya faham sesuatu topik tu. Itu menandakan saya suka dengan subjek tu. Kalau tidak jangan harap saya nak dapat jawapan banyak yang betul sebab saya bukan seorang yang genius. Nak kata pertengahan pun bukan. Saya kategorikan saya pelajar yang lembab. Saya kena belajar kuat-kuat dan faham baru saya boleh dapat. Kalau setakat saya duduk dalam bilik mengadap buku berjam-jam tapi saya tak faham, memang saya tak akan dapat. Nampak je macam belajar, tapi tak dapat apa pun. Pulak tu, saya memang elakkan diri saya daripada belajar sambil baring. Kalau tak, tertidur. Kalau tertidur mesti mak ayah saya kata “nama je duduk dalam bilik, ingat belajar, rupanya tidur, patutlah keputusan teruk”. Haaa…kan dah kena. Kalau saya tak tidur, kalau keputusan teruk pun, diorang tak salahkan saya hahahahaha!!!!!!!!!!! Benda-benda macam ni saya bijaklah.

Masa tu lah saya terfikir, dapat guru yang betul baru kita dapat ilmu yang betul. Masa saya di tingkatan 3 tu, saya dapat banyak juga guru yang betul. Contohnya guru bahasa inggeris dan guru matematik. Lagi subjek apa eh saya belajar masa tingkatan 3. Lupa la. Kalau pendidikan jasmani dan agama tu saya ingatlah. Pendidikan jasmani lah kelas yang paling banyak saya bagi alasan. Selalunya saya sengaja tak bawak baju sebab saya memang tak nak main dan tak suka langsung subjek tu. Kena marah pun kena marahlah. Saya tak macam remaja lain yang ternanti-nanti subjek tu sebab boleh main dan terkejar-kejar sana sini. Saya tak suka semua tu. Saya duduk diam je tepi padang tengok orang main. Pendiam dan tak aktif.

Dengan keputusan peperiksaan tingkatan 3 yang melayakkan saya ke sekolah berasrama, saya pergi ke sekolah tersebut untuk mendaftar dengan hati yang berbelah bagi. Nak ke tak nak? Saya pergi atas alasan saya nak tengok dulu sekolah tu. Bila abah tanya, “kalau bla bla bla bla nak tak?”. Terus saya jawab "tak nak". Abah terus memandu balik rumah. Mulai hari itu bermulalah kehidupan saya di sekolah lama di aliran sains. Masa tu memang boleh tukar aliran. Ramai juga kawan-kawan saya yang tukar bila orang cuit sikit kata aliran sains susah. Saya fikir banyak kali juga nak tukar. Bila dah sampai tarikh akhir saya masih tak buat keputusan, saya terpaksa la masuk aliran sains tu jugak. Nampak sangat memang aliran tu jugaklah yang saya akan belajar. Tak perlu saya nak buat keputusan nak pilih-pilih dah. Saya jenis yang “alah…biar je lah”, “nantilah”. Suka bertangguh(!) Sebenarnya memang itulah keputusannya pun. Saja nak bagi otak tu berfungsi sikit memikir.

bersambung.....


2 comments:

nohas said...

Suka subjek biologi, fizik & kimia kurang sikit esp. lab session..buat experiment, selalu x jadi..hehe..

eL said...

Nohas: Masuk tingkatan 4 saya tak tau subjek apa yang saya suka. Yang saya tau, saya faham subjek kimia dekat-dekat nak amali kimia. Kenapa la tak faham dari awal. Dah nak SPM baru nak faham. Dapat la C6.