Thursday, October 21, 2010

Kehidupan Terindah Adalah Ketika Remaja...Betul Ke?

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja

Pernah dengar lirik lagu ni? Entah apa la tajuknya. Yang saya tahu Ogy Ahmad Daud yang nyanyi. Lupa pulak runut bunyi filem apa. Kejap, saya tanya Pakcik Google.

Pakcik Google kata tajuk dia Wajah Rahsia Hati. Runut bunyi filem Ali Se*an.

Betul ke usia remaja tu kehidupan terindah? Mungkin untuk orang lain. Tapi bukan saya. Saya tak ingat apa yang indah ketika saya berada di usia itu. Mungkin sebab saya bukan seorang extrovert. Ketika usia itu kehidupan saya hanya di sekolah dan rumah. Waktu petang ketika adik-adik keluar bermain, saya masih di rumah. Duduk dalam bilik. Entah apa yang saya buat. Ulangkaji agaknya. Duduk kat meja belajar, buka buku. Selepas sejam saya masih di muka surat yang sama. Patutlah teruk keputusan SPM saya.

Kalau saya keluar rumah ke padang permainan depan rumah pun, saya bukan main sama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Saya menggesel je kat dinding rumah orang yang berdekatan dengan padang tu. Nak join segan kalau orang tak ajak. Tapi kalau saya main, saya suka join diorang main rounders, konda-kondi atau batu seremban. Tiga mainan ni saya memang terror. Puji diri sendiri.

Lagi satu, kalau saya keluar rumah pun dengan baju kurung dan kain batik, saya naik basikal BMX adik saya, saya pusing satu kawasan perumahan. Itu pun bukan pusingan penuh. Segan kalau lalu depan makcik-makcik yang tengah bersidai kat pagar buat ketupat petang-petang. Segan kalau lalu depan budak-budak lelaki yang duduk melepak.

bersambung.......


2 comments:

nohas said...

Suka juga main rounders,konda-kondi & batu seremban + lompat getah, siap ada lagu..talibet..talibet..entah dah lupa...

eL said...

Nohas: Main getah tu macam-macam lagu kan. Ada yang main getah yang tak ada lagu tu, yang kena rentangkan getah dari atas lantai, naik ke lutut, naik ke pinggang, ke bahu, ke kepala, kita kena lompat. Seksa. Yang lagu tu terlompat-lompat hehehe