Wednesday, October 20, 2010

Dulu Tak Mampu...Sekarang Pandang Sebelah Mata Je...Lupa Daratan

Saya tak tahulah kat syarikat lain tapi kat syarikat saya ni bukan main banyak majalah yang kami terima dalam sebulan. Boleh dikatakan rak majalah kat reception area tu penuh dengan majalah yang dialamatkan ke pejabat bos saya. Bukan majalah Mangga, URTV atau Hai. Tapi majalah Foreign Affairs, Time, Economist, Malaysian Business, Forbes, Malaysia Tattler, Cards Now, Passion, The Banker dan banyak lagilah sampai saya pun tak ingat semuanya. Kalau tengok harganya kat kedai berbelas-belas ringgit sebuah.

Dulu, masa zaman saya belajar, saya memang perlukan sangat-sangat majalah-majalah yang macam ni. Buat menambah point dalam menjawab soalan peperiksaan. Kalau nak beli memang bercinta. Mahal(!).

Sekarang ni berlambak majalah-majalah tu kat depan mata. Selalunya saya letak kat meja receptionist. Tak ada pulak saya nak baca beriya-iya macam dulu-dulu. Kadang-kadang saya kena belek sikit-sikit kalau-kalau ada artikel pasal syarikat saya. Bukan setakat artikel, saya jugak kena tengok gambar-gambar dalam majalah-majalah tu kalau-kalau ada staf-staf syarikat saya yang keluar majalah dan bercakap tentang sesuatu topik dalam majalah tu. Saya kena letak tag kat mukasurat tu dan bagi bos baca. Takut nanti kalau orang lain tanya dia ada tak dia baca artikel pasal si polan si polan ni yang tulis, kang malu pulak bos saya nak jawab "tak".

Eh...tu bukan kerja Corporate Affairs ke? Hmmmm....penat kan buat kerja orang?

4 comments:

Lan Bingka said...

cari gambar sendiri kot..;p

eL said...

Lan: Kalau gambar bos saya kemungkinan besar ada :-) Tapi kalau gambar sendiri, sampai kiamat pun tak akan jumpa punyalah.

nohas said...

Suka juga baca Malaysian Tatler (dpt free juga)..majalah orang kaya2..tengok gambar je, kdg2 meluat juga..tup..tup..ada gambar big bos attending themed birthday party..eyptian night...hoho..*gelak kuat-kuat dlm hati*

eL said...

Nohas: Kalau beli kat luar mahal ya amat kan? Memang tak akan beli.