Tuesday, October 26, 2010

Kehidupan Terindah Adalah Ketika Remaja…Betul Ke? 4

sambungan.....

Bermulanya kehidupan di sekolah lama. Jumpa balik kawan-kawan yang bila jumpa saya je, diorang kata “eh, bukan kau dah masuk asrama ke?”, “eh, kau buat apa kat sini lagi? Hari tu dah salam-salam mintak maaf segala”. Kekekeke…macam tak suka je saya kat sekolah tu lagi.

Kat sekolah, saya tak ramai kawan. Yang dalam kelas tu je la kawan saya. Itu pun bukanlah semua. Saya tak ingat ada berapa orang dalam kelas. Selalunya ada la dalam 30 lebih. Selalunya bila awal-awal tahun naik tingkatan, kita tertunggu-tunggu guru mana yang akan mengajar kita untuk satu-satu subjek tu. Bila dapat guru yang tak best, muka masing-masing macam tak dapat nasi setahun.

Memasuki persatuan itu dan ini adalah kerana paksaan. Begitu juga dengan pasukan berunifom. Kalau orang tengok saya, orang boleh tahu persatuan apa dan pasukan berunifom apa yang saya masuk. Persatuan Pelajar Islam dan Puteri Islam. Tipikal. Memegang jawatan dalam Persatuan dengan kerelaan hati sendiri adalah seperti melihat rumput tumbuh kat langit. Amat mustahil. Kalau orang calonkan, saya akan berusaha untuk mengecewakan orang yang mencalonkan saya tu. Tapi kalau dah berusaha pun tak berjaya jugak, saya terpaksa terima dan saya akan buat bersungguh-sungguh. Contohnya, saya akan jadi vokalis yang baik untuk pertandingan nasyid sehingga persatuan saya gagal mendapat apa-apa tempat LOL. Saya akan jadi bendahari persatuan yang mengutip wang tabung daripada ahli persatuan setiap bulan seperti seorang Ahlong LOL. Masa kutip wang tabung, muka tersiput-siput malu hahahaha!!!

Contoh yang lain, menjadi ketua tingkatan sehingga kelas saya mendapat kelas terbersih 2 kali berturut-turut. Alaaaa….2 kali je. Mahu tak menang, lepas je diorang bersihkan kelas waktu rehat, saya akan datang periksa sama ada meja lurus ke tidak, lantai bersih tanpa sebarang pasir, tingkap bersih tanpa sebarang habuk, kad-kad manila yang ditampal di dinding mesti kemas terletak, papan hitam bersih – kat tepi hujung mesti kena tulis cantik-cantik tarikh, nama kelas, countdown tarikh peperiksaan, ada kapur yang mencukupi, atas meja guru ada bunga. Sebenarnya tak ada niat pun nak menang. Saya cuma suka kelas saya bersih dan kemas.

bersambung......


No comments: